Tuesday, January 6, 2015

♥ Aiyra Az-zahra 10 months ♥

-Assalamualaikum-

Last update blog masa Aiyra 4 bulan.. sekarang alhamdulillah dia dah 10 bulan. Thanks Allah for give me this great happiness. =) Dan alhamdulillah again sebab Az-zahra ibu still fully breastfeed. Perjalanan breastfeeding mula-mula jer memang mencabar terutama hari ke 2, 3 lepas kelahiran..lepas tu, alhamdulillah again. Thanks suami sayang, Aizat Hafifi Hafriz sebab support our bf journey dan jugak buat family sebab sudi uruskan ebm semua. =) =) Panjang lagi journey ni, semoga Allah izinkan bf Aiyra sampai 2 tahun or more, insyaallah.


Mewah kamu sayang~alhamdulillah..

Okay, perkembangan anak kesayangan ibu ni..3 bulan ritu dia start meniarap, 6 bulan merangkak, 9 bulan tumbuh gigi, 9 bulan pandai sebut abah (abah suka letewwww~), 9 bulan pandai berebut barang (terutama dengan ibu..ekeke.. =P) sekarang 10 bulan dah pandai angkat tangan bila kita tanya "sapa nama Aiyra Az-zahra angkat tangan?" Cumanya perangai Aiyra yang palingggggggggggg sweet bagi ibu ialah bila Aiyra nak susu. Asal dedek jer, memang anytime..anywhere la..freestyle habih. Tertonggeng2, sambil merangkak, sambil berdiri, allahuakbar..sabo jela ibu..ikutkan jela kamu nakk~ =) Abah cakap Aiyra nenen freestyle sebab dulu ibu time pregnant suka tengok citer budak tu menyusu mak dia freestyle jugak (budak tu dah 5, 6 tahun weii).


I love u both..rindunya kat abah. Time ni abah ada join misi kemanusiaan bantu mangsa banjir kat Kelantan..i miss u sayang. =)

Okay, perkembangan berat badan Aiyra ok jer alhamdulillah walaupun naik 100-200g ajer lepas 4 bulan ritu. Yela, dah start melasak, memang la berat tak naik banyak. Aiyra memang slalu jadi juara pun kalo jumpa geng. Dah besar esok, jangan buli orang tau sayang.. =P Setakat 10 bulan aritu, Aiyra dah 8.6kg.

Sepanjang 10 bulan ni, ibu memang x bagi gula/garam langsung pada Aiyra. Intro semi-solid food pun time Aiyra 6 bulan. Tapi, kadang-kadang tu memang banyak la jugak cheat-day Aiyra..terutama kalo balik kampung. Hehe..maktok cakap, ajar jer anak makan semua..senang nanti perut dah biasa, makan x memilih..hihi =) ok boss!


Setakat 10 bulan ni, Aiyra dah pernah pegi Cameron Highlands, Kelantan (Rantau Panjang, KB dll), Terengganu (Kuala Terengganu, Dungun dll) , Perak (Sri Iskandar, Taiping), KL (op kos ler balik umah nenek), Melaka (kenduri makngah Dila), Johor (JB dll), Negeri Sembilan (Seremban)..hehe sorry sayang ibu banyak tak update. Tak sempat la.. Luar Malaysia Aiyra belum sampai..insyaallah bulan 5 nanti kita pergi ye sayang.. =) Masa tu Aiyra dah besar sket..insyaallah, semoga Allah izinkan.


Kenduri mak ngah Dila di Melaka.

Aiyra first time selsema umur 6 bulan camtu. Demam pernah sekali..adus, ibu tak ingat masa Aiyra bape bulan..8 bulan ke 9 bulan camtu la. Tapi time tu 2 hari gak kot Aiyra demam..sedih jer ibu tengok. Nak mengempeng jela. Sian sayang..


Sekarang ni kalo tengok gambar Aiyra nampak la dah tak tembam macam dulu. Tapi, takpe sayang, as long as Aiyra membesar dengan sihat dan kuat dengan susu ibu dah cukup. =) Tak ralat pun Aiyra tak bam-bam sangat. =)


Masa ni ibu & abah join sgm (support group meeting) breastfeeding & babywearing. See, supportive giler abah walaupun few daddies jer yang datang. He was one of them! Proud of u abah! =)



Masa kita picnic kat Vision Park, Bertam. =) 
Weekend kalo takda apa-apa, kita slalu lepak sini. =)


Carrier Aiyra selepas patapum - Ergo Organic Green River Rock. =) 
Beli masa Aiyra 7 bulan gitu kot.


Baby ibu dah besaq. Galas beg nak p school. Huhu..sedih ibu rasa, 
Hehe cepat sangat Aiyra besar. *nangis*



Hehe one of her action - memang aktif, sihat & kuat!



Aiyra & Khaira - baby Kak Faizah


Aiyra dan Nafiz - baby Fizah


Nota kaki : 

Thank you ALLLAH! Thank you ALLAH! Thank you ALLAH!
*feeling blessed*
(^_^)



3 comments:

Cik_Shiqah said...

comelnya aiyra az zahra. moga jadi anak yg solehah buat ibu dan abah. amin :)
kak najwa tinggal kat mana? saya slalu juga lepak dkt vision park, bertam tu. hehe :D

najwa's said...

hehe bertam perdana jer.. tegur la kalo perasan. =)

NurulAiyra said...

Nama sama laaaa Aiyra..:-)