Wednesday, July 9, 2014

♥ Aiyra Az-zahra turned 4 & happy babywearing ♥

- Assalamualaikum -

Haaa..curi-curi update blog kat lab! =D Lol..puasa la..patient tak ramai buat op. Jadi, weols relax la sket sambil membanyakkan amal ibadat..bekerja pun ibadat lah! =)

Sekarang alhamdulillah, Aiyra dah masuk 4 bulan. Asyik nak main jer kerjanya..takleh tinggal sorang-sorang mesti menjerit. Haha meriah sungguh rumah bila ada anak..baru sorang.. =P Sekarang dia dah terer meniarap..start 3 bulan setengah ritu Aiyra dah boleh meniarap.. Sampai dalam tido pun dia meniarap kepala tegak, mata pejam..haha.. Bila dah lenguh xnak jatuhkan kepala.. Maktok cakap sama macam ibu masa kecik-kecik..hihi.. =P Sekarang jer dah reti jatuhkan kepala bila meniarap dalam tido.



4 bulan ritu berat Aiyra naik sikit jer..450gram jer? Sedih ibu.. =( Jadilah 6.65kg. 3 bulan ritu 6.2kg. Dulu sebelum ibu masuk keje, sebulan mesti naik 1 - 1.2 kg. Takpelah, mungkin dah banyak main, plus ada masalah sikit dengan baby sitter lama ritu.. Kesian Aiyra, ibu minta maaf sayang sebab tinggalkan Aiyra dengan _____ ritu. Ibu taktau apa lagi dia buat kat anak ibu. Ibu doakan semoga baby sitter Aiyra kali ni (Aiyra call her Mama Zila) dapat jaga & didik Aiyra macam anak sendiri.. =) Sebenarnya ibu nak hantar Aiyra ke taska jer terus, senang..biar belajar bergaul, pastu baby sitter boleh fokus kat baby jer tanpa buat kerja rumah yang lain.. Tapi, taktau la..nanti dah besar sikit kita masuk taska ye sayang? =)

Sejak ibu dah bersalinkan Aiyra, baru ibu baca tentang baby wearing. Rasa menyesal jugak sebab terlambat. Sepatutnya masa pregnant lagi ibu dah study pasal ni..macam ibu study pasal breastfeeding. =D Takpela..alhamdulillah ibu tau pun masa Aiyra kecik lagi. Sekarang ni, ibu gila nak kendong Aiyra..hehe dan jugak berjaya meracun abah untuk beli babywearing gear. =P First carrier yang ibu dan abah beli untuk Aiyra adalah crotch carrier Baby Love. Masa tu ibu taktau bahaya crotch carrier. =( Beli pun masa Aiyra 2 bulan lebih gitu sebab maktok & abahwan nak bawak Aiyra pegi jalan-jalan Cameron Highlands. Ni ada gambar kita kat sana.

Masa ni ibu taktau..big NO to crotch carrier (kaki tergantung) apatah lagi front facing (baby overstimulate)! Sorry sayang! =(

Sekarang ibu dah tau pasal ergonomic carrier. Jadi, pilihan ibu as a beginner mestilah scc (soft structured carrier) sebab senang pakai plus abah pun boleh pakai. Kalo ibu beli wrap kang jenuh nak melilit, abah pun kompem xnak lilit-lilit. =P Aritu ibu tengak ada sale kat tinytapir terus ibu order Patapum Baby dapat RM 100 jer (harga asal RM250). Bila sampai jer, teruja giler. Alhamdulillah, Aiyra tak banyak ragam..nak jer dikendong sampai dalam rumah pun ibu dok menggendong. =P Paling best bila ibu nak shopping, Aiyra plak nyenyak jer tido dalam tu atas dada ibu..suwiittt sangat rasa.. =) 

Masa ni test drive Boba Kak Ema. =)

Our Patapum..kat IKEA ramai orang Aiyra nyenyak jer tido..i like.. =)

Abah yang gelisah bila baby gelisah..LOL =P

Aiyra nyenyak dalam Boba pulak. =P Sama jer material Boba dengan Patapum..tebal jugak.. tak sesuai untuk ibu bawak Aiyra hiking nanti (berangan! =P) Cuma Boba body panel dia besar dan padded dia nipis sket..

Sekarang ni ibu tengah meracun abah nak upgrade scc amek yang lawa sket..dan 'mahal' sket..haha. Tapi ibu taknak la Ergo ke, Boba ke, Pognae ke.. Ibu nak yang local made jer sebab nampak simple dan sporty..kehkeh.. =P Okay, tu jela angan-angan ibu.. 

Nota kaki :-

Sekarang ni stroller jadi habuk dalam bilik belakang.. =P Dont worry stroller boleh pakai bila nak jalan-jalan jer, bukan shopping.. =)






6 comments:

Mama3Q said...

so, mana yg best, boba ke patapum?

Anonymous said...

I simply could not leave your site prior to suggesting
that I extremely loved the usual information an individual provide in your visitors?
Is going to be again regularly to check up on new posts

Also visit my page - cheap web hosting php

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam sis,
Salam perkenalan..
bam bam nyer baby he3..
jemputla singgah & join blog akak yer :)

kehidupan sihat said...

gebu ye aiyra.. :)

doakan nana pun miliki zuriat nanti..dah 3 tahun kahwin..

salam perkenalan sis

Anonymous said...

Delete ar gambaq aiyra xpakai baju tu sis.. Rse xelok plak pembaca tgk..:-)

najwa's said...

thanks sis. hampir terlupa gambar dalam blog ni. lepas kes pedo ritu, terus beringat never upload gambar sexy2 baby kat media sosial, sendiri terlupa ada blog. =P maklumlah sindrom mak-mak bizi..