Sunday, November 10, 2013

♥ dating ke hatyai ♥


- Assalamualaikum -

Hihi dah lama ibu mengandung ni teringin nak pergi Hatyai. Alhamdulillah, Allah izinkan sampai lagi sekali pada 3 November lepas. Kali ni pergi sendiri naik kereta. Hehe heaven..tak payah ko usung barang2 banyak. Semua sumbat masuk kereta jer. Lagipun tak jauh border Bukit Kayu Hitam - Hatyai. Lebih kurang 45 minit dah sampai. Jalan pun straight jer. Cumanya Pipi ada download GPS Thailand navigator, memudahkan jugak sebab tak perlu pakai internet pun GPS tu. 

Dokumen yang perlu masa nak bawak masuk kereta ke Thailand ialah :-

1) Geran kereta - salinan yang disahkan pun xpe.
2) Insurans Thailand - boleh buat di kedai-kedai dekat Changlun, Kedah. RM14 untuk 9 hari.
3) Authorized letter yang ori untuk kereta yang pakai nama orang lain. Yang ini kami bermasalah sikit. Kereta nama Dila (adik Pipi), so, surat kebenaran tu Dila yang buat. Mula-mula tak lepas imigresen Thai sebab Pipi just print surat tu daripada emel. So, tandatangan Dila tu yang print punya..pegawai tu taknak lepas. Dia nak surat yang ada tandatangan original. Lagi satu masalah, geran kereta tu tak update nama owner yang latest. Dalam geran tu still nama owner Chinese yang lama. Memang imigresen tak lepas la sebab surat kebenaran nama Dila, geran nama Chinese tu..huhu..last-last buat muka sedih, Allah lembutkan hati pegawai imigresen tu jugak..hihi alhamdulillah. Lepas ni beringat la check betul-betul geran semua..
4) Passport masing-masing. 

Lepas beratur lebih kurang sejam lebih ke dua jam (lama oiii..sebab ramai pulak bikers-bikers yang nak masuk Thai sempena cuti awal muharam ni), kami pun masuk ke negara jiran. Mula-mula bergerak ke hotel dulu. Pipi booked Hi-Season Hotel, jauh sikit daripada Lee Garden tu-dalam 1.6 km jer, tapi still ok..dan puas hati sangat. Bilik selesa, bersih, kemas, dan murah (RM 68). =) Kat depan hotel pun ada tut-tut tunggu jer setiap masa. 








Lepas check in semua, perut pun lapar. Jalan depan hotel sikit, ada kedai makan Abang. Kami lunch kat situ. Tomyamnya masyaallah..sedap giler! Harganya pun boleh tahan mahal walaupun kedai tepi jalan jer. 260 baht untuk semangkuk tomyam, dua nasi goreng, dan dua air limau. Hehe ingatkan kat Krabi jer mahal. =P 



Lepas rehat, mandi, solat semua, kami bertolak ke Samila Beach, Songhkla. Berpandukan navigator, alhamdulillah, senang jer nak cari. Dalam setengah jam jer daripada Hatyai, sampai la Songhkla. Sekali pergi jer, esoknya dah tak payah pakai GPS, dah pandai drive sendiri ke Songhkla..hihi. Layan jela pantai Samila ni okay.. =D Best lepak sini, dating-dating dengan cik somi sambil bayang-bayangkan ada baby..haha..








Lepas tu, ke Floating Market pulak. Tapi, alangkah sedihnya sebab elok kami nak masuk parking jer, hujan rahmat turun mencurah-curah. Dah la floating market tu becak, pastu dia macam nak buat baru jambatan ke seberang jalan tu. So, viewnya tak lawa sangat. Tapi, its okay. Kami enjoy jer..memandangkan Pipi sejak dari aritu lagi teringin benor nak pergi Floating Market. =)







Balik Floating Market, malamnya kami keluar ke Patthai (tak tau spelling camna) Night Market. Naik tut-tut sebab tak pernah pergi sana. Selama ni asyik pergi night market Lee Garden jer. Rupanya kat Patthai night market ni lagi best la. Banyak kedai..baju-bajunya pun update jugak. Murah giler berbanding pasar lain, dan kainnya pun sedap pakai dan tak jarang.. Tapi, kami tak beli apa pun kat sini sebab rambang mata, lagipun mata aku dah sipi-sipi jer terbukanya..hihi sejak nak jadi mak-mak ni, asyik ngantok awal jer.. =P

Esok paginya, awal-awal kami dah keluar pergi Bazaar dekat tengah pekan tu. Breakfast dulu kat atas tu (aku makan roti banana campur telur dua - makcik jual tu siap gelak lagi sebab aku makan banyak..sedih uols, Pipi roti kosong satu jer), lepas tu shopping la sikit-sikit. Tengahari balik hotel, mandi, check out..dan gerak ke Songhkla balik.

Lunch dekat Songkla, sedap dan murah la sikit (160 baht jer untuk nasi lauk-lauk). Pastu gerak ke Songhkla Zoo yang aku rasa macam menyesal jer masuk. Haha. 100 baht per person + 50 baht untuk kereta. Memang wajib bawak masuk kereta pun weh sebab jalan daripada satu binatang ke binatang yang lain tu jauh.. =( Dah la dalam zoo tu, ada beberapa orang jer family daripada Malaysia. Yang lain, kosong, sunyi, sepi. Keadaan zoo pun macam tak terurus, dan binatang-binatang pun macam tua, dan tak terjaga. =( Time kami pergi tu, Isnin, memang waterpark dia tutup. So, takleh la nak mandi-manda kat situ. Frust sangat dengan Songhkla Zoo.









Balik daripada zoo, kami ke Big C hypermarket dekat Hatyai. Jalan-jalan tengok HomePro dia macam best jer. HomePro tu ala-ala Ikea la.. =P Jamu mata best jugak..

Lepas tu, dah lewat petang, kami pun balik ke border..masuk Malaysia dengan selamat. Alhamdulillah.. happy giler dapat dating camni. Jom abang next trip ke mana pulak ye sebelum baby Fateh keluar? Haha.. =P


Saturday, November 9, 2013

♥ trimester kedua & bye-bye tam ♥


- Assalamualaikum -

Trimester kedua yang indah

Hehe alhamdulillah, sekarang dah masuk 26 minggu..badan mencanak-canak naik uols..dah 12 kg dah naik..bahagia katanya.. =P Nak berjalan ala-ala backpakers macam dulu tu dah tersemput-semput, balik jer sakit kaki, sakit betis. Masuk trimester kedua ni rasa happy jer.. =D Walaupun awal-awal 5 bulan dulu, baju semua dah start tak muat, badan naik mendadak, dan macam-macam perubahan dalam diri ni. Bila tengok citer Back Up Plan (JLo berlakon tu), rasa macam sebijik kena macam diri sendiri jer..hihi. 

Cumanya aritu, aku terpitam dua kali masa nak masuk 5 bulan. Ntah la nape..maybe penat kot. Sekali masa hari Isnin, aku puasa, lepas berbuka..aku dengan Pipi pun solat sama-sama. Tiba-tiba tengah solat tu, aku rasa macam melayang jer..pastu terus jatuh. Hehe Pipi pulak cool jer..panggil aku, tinggikan kepala, ambik air, lapkan muka..sapu minyak berangin tu..bagi aku minum..terus sedar dan okay. =P Pastu siap pergi umah Nurul amik kucing Tam.. 

Esoknya, Foo dengan Sob cuti, Kak Yam pulak berkursus, tinggal aku sorang dengan 2 orang budak praktikal dalam lab. Keje pulak agak banyak..nak settlekan routine slide, pastu nak tukar reagent tissue processor, pastu nak mengemas lab sebab esoknya ada audit 5S. Sebenarnya aku dah rasa lemah-lemah badan lepas angkat botol-botol reagent daripada stor masuk lab, tapi ingatkan perasaan aku jer.. Tut-tut sampai lab, camna ntah aku terpengsan pulak. Budak praktikal yang nampak dan panggil kawan-kawan kat lab lain.. Hehe malu uols bila orang tengok kita jatuh. Tapi, bila scan baby, check doktor semua alhamdulillah normal jer. Cuma doktor kat KK suruh jugak refer Pakar FMS dengan buat echo (untuk check jantung)..appoinmentnya next week la.. =) Doakan semuanya okay dan selamat ye..amin..

Saja letak gambar yang nampak kurus sket..haha padahal gemok gedempol..pecayalah! =D


Tam - si meow yang baik hati

Sedih. Tam dah 2 minggu tinggalkan kami. =( Malam tu kami nak balik Kulim, Tam terlepas keluar dari rumah..kejar tak dapat (sebelum ni dia duduk dalam rumah jer), pastu dia lari.. Esoknya kami nak pergi scan 3D baby dekat Sg Petani, tengok-tengok ada jiran mesej cakap Tam dah mati sebab gaduh dengan anjing. =( Ya Allah, time tu Allah jela yang tau perasaan aku..sedih sangat, nagis tak henti-henti sampai takleh masuk rumah. Masuk rumah jer, ada bau Tam, tengok mainan dia, tengok tempat tido dia, tengok rumah dia, sampai tengok lantai, nampak bekas tapak kaki Tam pun aku sedih dan nangis..huhu.. emosi beno sampai Pipi marah - dia suruh pentingkan baby dalam perut ni daripada perasaan aku. 

Last-last cancel scan baby sebab balik ambik Tam dan kebumikan dia. Sedih sangat..walaupun sebulan baru Tam ada dengan kami, tapi rasa macam dah rapat sangat. Yela, tido sekatil, kami solat, dia duduk tepi sejadah, bangun tengah malam pun, dia temankan, kami makan, dia pun makan (kadang2 siap letak pinggan sebiji untuk dia)..macam mana la tak terasa kehilangan dia kan? Tam tak pernah buat masalah - makan tak bersepah, berak kencing semua kat tempat dia la.. =( Tapi redhalah..ada hikmahnya. Semoga Allah kurniakan yang lebih baik..amin..Tam, kita jumpa di syurga ye?



Kenangan terakhir bersama Tam.. ='(

RIP Tam - 27 Oktober 2013 


Nota kaki :-

Okaylah..banyak nak update, tapi ntah bila rajinnya..buat list dulu ye..kang lupa.. =P

1) Hatyai holiday
2) DIY maternity pillow + mum & kids's expo
3) Update rumah baru - cat, langsir, pokok-pokok di taman.. =)