Monday, September 2, 2013

♥ mimpi susukan baby masa pregnant ♥



- Assalamualaikum -

Korang pernah mimpi pelik-pelik tak masa mengandung? Hehe aku ni sokmo jah mimpi..tertido dalam kelas masa cikgu mengajar pun boleh termimpi lagi.. =P

Baru-baru ni, lepas balik daripada rumah Bertam, lebih kurang pukul 10 pm, aku dengan Pipi terus balik Kulim. Plan asalnya memang lepas keje nak balik Kulim terus, tapi perabot bilik tidur plak nak sampai..dah takleh delay-delay ke weekend. Terpaksa jugak gigih mengecat bilik tu sampai siap sebelum lori sampai lepas magrib camtu la.. Dah settle pasang-pasang semua, pukul 10 pm, kami bertolak balik Kulim ikut jalan lama yang serammmm tu.. (-.-')

Sampai jer rumah, aku terus tido sebab penat. Malam tu aku termimpi ada orang bagi baby boy kat aku. Aku pun terus menyusukan baby tu yang aku tak tau anak sape ntah..time tu aku still mengandung macam sekarang ni la. Masa nak susukan tu, aku terpikir jugak yang susu pertama banyak kolostrum, nanti kesian Fateh tak dapat kolostrum banyak-banyak. Tapi, aku pikir nanti-nanti budak tu bakal jadi anak angkat aku jugak..so, aku bagi jelah. Dalam mimpi tu, susu aku tu bercampur darah sikit..tapi aku gamak pulak bagi kat baby tu. (-.-')

Susu aku banyak sangat keluar sampai baby tu kenyang. Tiba-tiba baby tu bangun dan sebut 'wahid..isnain, salasa..sampai a'syaro.. (sebutan 1, 2, 3 dalam bahasa arab). Aku mula la bangga sebab susu aku yang menyebabkan budak tu pandai baca. Pastu tiba-tiba budak tu jatuh terlentang daripada katil yang tinggi, tapi langsung dia tak nangis. Terus lagi sekali aku bangga sebab susu aku buatkan budak tu jadi kental. Haha tak senonoh kan? Mimpi aku panjang lagi jalan ceritanya..tapi part tu la paling aku ingat sekali.

Tiba-tiba dalam tengah pagi-pagi buta tu, aku terjaga daripada tido sebab terdengar Pipi azan. Mak aii..dia pun mimpi mengigau tengah azan pulak. Esok pagi, dia cakap dia mimpi dia tengah tunggu solat Jumaat, tiba-tiba ada pakcik tu tunjuk kat dia, dan suruh dia azan dengan kuat dan lantang.. Tu la pasal dia mengigau azan. (-.-')

Masa tido tu, aku rasa sejuk melampau sampai menggigil-gigil gigi. Esok pagi, lepas bangun pun aku gigil sangat..sampai takleh mandi nak pergi keje. Lat-last aku sampai lab pukul 10.30 am. ='( Lepas sampai lab, aku teruja sebab mimpi aku susukan baby tu..aku pikir mesti susu aku nanti jadi banyak untuk Fateh..syukur2.. Tapi, lepas share status tu kat FB, ramai pulak kawan-kawan cakap mimpi aku seram..siap ada akak tu PM sharing pengalaman dia kena sihir..first2 dulu pun dia mimpi susukan baby. Terus aku cuak..search2 kat internet, memang pun jumpa banyak orang cakap mimpi susukan baby tak elok - ada kaitan dengan sihir, saka, gangguan jin..dan lain-lain. Terus aku rasa tak best. =(

Mula-mula aku citer kat mak mertua, dia pun dah risau..siap bagi petua macam-macam kat aku. Letak garam, pakai bawang putih sebelum keluar rumah.. Pastu citer pulak kat mama, mama cakap mimpi camtu memang ada kaitan dengan mende2 tak elok pun.. Hehe terkejut aku bila mama cakap camtu, yelah..mama tu aku rasa dia bukan jenis taksub sangat dengan perkara-perkara mistik ni. 

Pastu, aku pun mula la pikir mende-mende pelik yang jadi kat diri aku akhir-akhir ni..lepas aku kawen terutamanya..(yang aku rasa aku tak boleh ceritakan kat sini). Hehe saje je terpikir bukan-bukan. Terus rasa nak ajak Pipi pergi Darussyifa' kat Bertam Indah tu. Lepas jumpa ustazah semua..ustazah ada baca-baca kat kepala aku, dia cakap badan aku okay..alhamdulillah. Cumanya, dia taktau la maybe kat tempat-tempat tertentu tu ada gangguan jin tu. Dia cakap memang mende tu mengganggu manusia, cumanya kita kena yakin dengan kuasa Allah melebihi segala-galanya. Dia nasihatkan banyakkan baca surah Alamnashroh, dengan bismillahillazi..tu. Lepas tu sebelum tido, tepuk-tepuk bantal dan tempat tido tu. Pasang selalu ayat-ayat Rukyah, Surah Al-Baqarah, dan semua ayat Al-Quran la. Try ubah tempat tido..Insyaallah okay..

Mimpi tu mungkin mainan syaitan..dan mende-mende pelik yang lain tu pun mungkin mainan syaitan jugak..ataupun kerja manusia-manusia terlaknat. So, banyakkan berdoa supaya dijauhi daripada perkara-perkara tak elok. Semoga Allah lindungi baby yang dikandung ni dan jugak kami sekeluarga serta tempat tinggal dan kenderaan kami..aminnn... =)


Nota kaki :

Ada orang cakap bagus betul Pipi ni..kuat instinct dia. Aku yang mimpi tak elok, dia pun mimpi azan. Semuanya ilham daripada Allah jugak.. Hehe well, abang kan always my hero tak kira di alam realiti ataupun alam mimpi.. =P








2 comments:

hazlina azmi said...

org tua cakap mimpi mainan tido..tp kdg2 ada jugak yg btul2 jd kan..huhuhu

blogwalking...jemput ke blog saya dan kita tukar link ye..
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

mamayaya said...

owh memang seremmmm jalan tu..moga wani sekeluarga dilindungi Allah dari godaan dan gangguan syaitan..bagus pasang ayat ruqyah selalu..selain tu..bagus lazimi baca ayat manzil..byk manfaatnye..buku tu kecik je..tiga ringgit lebih tak silap