Saturday, August 17, 2013

♥ sistem failing bil-bil di rumah ♥


- Assalamualaikum -

Semenjak dah nak masuk rumah baru ni, aku asyik-asyik dok khatam blog-blog tentang home organizing. Hehe seronok tengok rumah orang kemas, susun, dan teratur. Tapi, bila tunjuk kat Pipi masa mula-mula tu, dia siap cakap orang-orang camni perfectionist sangat sebab sampai ke dalam peti ais pun nak di organize nya. Hehe lama-lama baru dia paham & okay bila tau tujuan sebenar kemas-mengemas ni. =)

First step yang aku buat sebelum masuk rumah baru ni adalah dengan menyediakan sistem failing untuk segala surat-menyurat dan bil-bil. Pening jugak nak pikir nak pakai fail jenis macamana untuk senangkan keje nanti. Last-last aku beli fail biru RM2/pcs yang boleh sumbat kertas dan ada button jer untuk tutup. Harap-harap fail ini okay & memudahkan keje. 


Pastu aku labelkan ikut jenis urusan tertentu, macam bil air, elektrik, astro, surat rumah, surat aku, surat Pipi, surat-surat hal nikah, kereta, motor dan lain-lain. Label ni aku ambik daripada Sioca pastu edit ikut kesesuaian hidup kita la. 

Gambar senget - tak boleh rotate pulak. (-.-')

Aku label 2 kali, satu kat tengah-tengah fail (besar) dan satu lagi kat hujung fail (kecil) supaya nanti bila aku susun fail tu menegak, aku boleh pilih fail mana yang aku nak tanpa perlu belek satu persatu fail yang dah disusun tu.




Hehe, okay ni lah entri pertama tentang susun menyusun barang-barang ni. Aku harap dapat terus beristiqomah dalam menjaga harta mende laki aku elok-elok dan dapat menjadi isteri solehah di dunia & akhirat. =)





3 comments:

n0rraslida alias said...

alahai...k.lid pn xrajin cm awk taw.sumer tue hubby akk yg buat hu.

Anonymous said...

hamboi.. 5s kat umah ye.. hihi
madey

Fizah said...

kdg nmpk stress je kan kemas2 ni..sbnrnya tak pun...having fun and theraphy jek to some people yg ada diorder gini..hihik..apapun jom meriahkan dunia organizing ala-malaysia..hoyeahh..!~

;)