Friday, August 16, 2013

♥ raya 2013 ♥


- Assalamualaikum -

Hehe cerita raya aku tak banyak. Walaupun pertama kali beraya berdua sebagai suami isteri..tapi kami dua-dua kurang sihat. Hehe demam selsema semua cukup. So, bila sedara-mara datang umah malam raya tu, aku hidang awal-awal jer..pastu terus tertido. Maklum la, sejak mengandung ni, memang asyik lena memanjang..hehe. =P

Tahun ni beraya kat rumah aku kat Kuala Nerang. Raya kedua dah balik rumah mertua kat Kulim. Kebetulan mak dan abah mertua semua beraya kat Sg Buluh dulu raya pertama tu. Pape pun, seronok jugak dapat kenal lebih ramai sedara mara belah Pipi. Dan agak terkilan jugak sebab tak sempat nak tawaf beraya sakan rumah sedara mara belah aku kali ni. Kalo tak, kami sampai raya ke sepuluh pun dok sibuk atur rumah orang nak pergi beraya. =')

Kali ni kurang bergambar..gambar dengan keluarga belah Pipi pun takde. *sobs* Baju raya kami masing-masing mak bapak sendiri yang sponsor lagi. Haha dah kawen pun semua nak harap mak bapak ye. =P Duit raya pun kami masih dapat lagi. Tapi, tahun ni first time dah start bagi duit raya kat sanak saudara. Tu pun duit raya lebih banyak lagi..tak reti nak bagi kekdahnya.. =P

S.E.L.A.M.A.T   H.A.R.I   R.A.Y.A   A.I.D.I.L.F.I.T.R.I 

M.A.A.F   Z.A.H.I.R   B.A.T.I.N






Semoga ramadhan yang lepas memberikan perubahan takwa buat hati-hati kita.  Dan semoga aidilfitri ini dapat merapatkan ukhwah dan memberi kemaafan sesama kita. =)

Marilah berdoa untuk segala konflik yang berlaku terhadap saudara-saudara seislam kita di Mesir, Palestin, Syria, dan seluruh dunia. Semoga Allah memberikan kemenangan buat Islam tak lama lagi.. Al-Fatihah.


Nota kaki :

Alhamdulillah. Aku berjaya puasa penuh..tak banyak alahan pun sepanjang ramadhan. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan puasaku sepanjang trimester pertama ni. =)







No comments: