Wednesday, August 14, 2013

♥ hantaran mahal? senyum lah ♥


- Assalamualaikum -

Pagi tadi, masa on the way ke tempat keje, aku dengar kat radio tentang hantaran mahal. Hehe. Senyum jela..dah lepas khen.. =P Masing-masing ada pandangan tersendiri tentang isu ni. Baru-baru ni pun paper rata-rata dok keluarkan artikel hantaran mahal..sampaikan ada kawan aku yang belum kawen cakap, "kalau asyik dok momokkan masyarakat dengan isu camni jer, baik aku suruh mak aku letak hantaran tinggi-tinggi..geram..padahal sebelum ni, mak aku tak kesah pun hantaran rendah.." Hehe pun aku senyum lagi. =)

Sebenarnya, bagi aku pun, lantak korang la nak hantaran mahal ke murah ke, asalkan ikut kemampuan sudah..dan tak menyusahkan orang lain, dan tak berhutang. Alik-alik duit hantaran tu, bukan dapat ke orang lain pun..bakal keluarga sendiri jugak. Tapi, tak tau la bagi orang lain dia rasa camna kan. 

Alahai lelaki, yang korang takut sangat hantaran mahal tu napenya. Sesetengah perempuan boleh jer nak hulurkan duit, ringankan beban, share hantaran tu. Kalau mak bapak dia letak 10 ribu, ntah-ntah 5 ribu jer korang kena cari..yang lagi 5 ribu, bakal bini korang support. Kadang-kadang si bakal pengantin perempuan tu tak kesah, yang kesahnya family dia..yela..kadang-kadang family ini ikut adat lah..ikut keturunanlah..dan macam-macam lagi. Disebabkan menghormati family perempuan, korang ikutkan jelah. Lagipun nanti si perempuan tu, dah jadi milik korang selamanya - ibu bapanya dah jatuh no 2 - besar tu pengorbanan dia. So, pe salahnya cari duit lebih sikit. Lagipun, mas kawen selalunya tak mahal sangat. Sesetengah orang, mak bapak diorang mintak hantaran mahal tu sebab nak pakai duit tu untuk majlis korang jugak nanti. Harga barang semua pun kan dah naikkk.. (-.-')


Okay, aku nak share sikit sebanyak pasal wedding aku dulu. Tak perfect la. Tapi, yang baik jadikan tauladan, yang buruk tu, jadikanlah sempadan. Masa decide nak kawen, kami dah bincang siap-siap pasal duit hantaran ni. Aku dengan dia pun bukan reti sangat, tapi bajet-bajet jela. Kami bajet 10 ribu - cakap la kat mak bapak masing-masing. Tapi, lepas mak bapak aku bincang dengan ustaz mana ntah, dia cakap seeloknya letak no ganjil. Haha..sian Pipi - parents aku naikkan seribu. Tapi, abah ada tanya aku dulu, Pipi tu mampu ke tak. Dia cakap ok, aku pun ok jelah. 

Masa bertunang, kami decide takmau bagi lagi duit hantaran, nak ambil masa akad nikah jer. Tapi tak tau la camna plan family Pipi, tak dirancang, terbagi jugak dulu 5 ribu. Takpelah, ok jer. Lagi balance 6 ribu, Pipi bagi lepas akad nikah. =P 

Mas kawen pulak, kami decide sendiri-sendiri tanpa pengetahuan orang tua (hehe) yang kami nak pakai dinar emas jer. Mula-mula nak 2 dinar jer..pastu aku gedik nak mintak tambah jadi 3 dinar. Haha..masa ni Pipi taktau lagi modus operandi aku camna. Sebenarnya, aku memang dah niat di hati, lepas nikah, aku nak bagi kat mama dan mak mentua aku sorang satu dinar. Yelah, aku tak mampu nak balas kasih sayang, pengorbanan banyak-banyak macam mama bagi masa besarkan aku dulu, dan aku jugak nak berterima kasih kepada mak mentua aku sebab besarkan suami aku sampai dia jadi lelaki terbaik antara banyak-banyak lelaki yang aku kenal (sebab tu I pilih U sayang..ekeke =P).. Jadi, aku pikir, dengan emas mas kawen aku tu, dapat mengeratkan kasih sayang sesama kami..Insyaallah.

Okay, berbalik pada duit hantaran, sebenarnya aku tak sponsor sesen pun kat Pipi. =P Bukan la aku kejam, tapi aku pun takde duit gak time tu..hehe. 100% pakai duit dia..jangan tanya aku camna dia saving..aku pun taktau sebab aku rasa dia tetap joli sama-sama dengan aku macam dulu-dulu masa dekat-dekat nak kawen tu. =P Duit 5 ribu yang dia bagi tu, aku guna untuk beli rantai emas 3 ribu, & persiapan kawen macam pelamin, sume tu sikit-sikit. Aku pun ada gak saving dua tiga ribu..tapi tak banyak la. =P Pasal makanan dan lain-lain persiapan, semua abah & mama sponsor..hehe always be my hero &heroin! =D I love u more~ 

Dan yang balance 6 ribu tu, aku simpan beberapa bulan, sampai cek nak expired, baru p cashkan..hehe. Konon nak buat kenangan. =P Duit tu, kami dua-dua laki bini pakai 100% hanya untuk persiapan masuk rumah baru kami. Hehe nanti korang p tengok peti ais, washing machine, set bilik tido kami tu..semuanya duit hantaran la tu. So, aku rasa kami fair. Hantaran aku memang agak mahal (bagi kami yang orang biasa-biasa ni), tapi duit tu untuk kegunaan masa depan kami jugak. Kalo dulu abah mintak hantaran sikit jer..hehe sekarang kompem sesak nak cari duit mana nak masuk rumah baru. Sebenarnya, orang tua kita bukan hadap sangat duit bakal menantu tu pun, tapi dia pikir masa depan & kesejahteraan hidup anak menantu dia nanti-nanti..  

Dan dengan duit simpanan yang tak seberapa tu jugak, kami dah pun berjaya pergi honeymoon 2 kali uols dalam masa 2 minggu. =P Satu kat Krabi, Thailand dan satu lagi kat Pulau Pangkor, Perak. Tak la grand mana pun honeymoon, kami kami tetap rasa puas, seronok tak hengatt, dan akan jadi kenangan sampai syurga.. =P


Apa yang aku share kat sini, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk ataupun bajet gedik, bajet perfect semua. langsung takde niat tu. Kami pun masih merangkak-rangkak nak bina family, majlis kawen pun tak sesempurna mana pun..banyak cacat celanya. Tapi, takpela..yang penting Allah redha & bahagia sampai ke syurga.. Kalo ada salah, silalah tegur di bulan Syawal yang mulia ni, dan doakan kami selama-lamanya k.. =) 

Semoga korang-korang yang bakal mendirikan rumahtangga, bijaklah merancang kewangan. Jangan berhutang. Ikutlah kemampuan sendiri.. =) Kehidupan di dalam rumahtangga lagi banyak perlukan duit. Yang lelaki, jangan takut jika bakal mak bapak mentua letak hantaran tinggi. Minta pada Allah, Dia yang boleh bagi segala-galanya. Kan Allah dah janji, Allah akan murahkan rezeki untuk sesiapa yang mendirikan masjid. Aku pun rasa camtu gak.. =P Murah sangat rezeki & urusanku selepas kawen ni. Dan terasa hidup makin bermakna dan lebih bahagia jugak.. hehe. 

Nota kaki :

“Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)

“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)



No comments: