Tuesday, August 20, 2013

♥ grill rumah baru ♥


- Assalamualaikum -

Alhamdulillah, kami dah dapat kunci rumah 1 Ogos 2013 aritu, seminggu sebelum raya. Seronok sebab Allah permudahkan urusan. Orang lain ada yang kena bayar denda beratus-ratus sampai beribu-beribu, syukur kami juz kena bayar duit cukai tanah jer RM 23 untuk sampai hujung tahun ini. =)

Kami memang berazam nak duduk rumah ni cepat sebab sepanjang mengandung ni, aku tak larat sangat nak drive jauh-jauh Kulim-Bertam hari-hari pagi-petang. Nasib baik Pipi yang selalu hantar dan ambik masa pergi keje. =P Manja giler iolssss...kehkeh..

Grill rumah pun dah siap dipasang. Hehe kami orang first pasang..pastu dapat murah je pulak tu..alhamdulillah. Dalam 2 ribu jer..aritu survey-survey, rata-rata ambik 2 ribu setengah ke tiga ribu..lambat plak tu.. (-.-') Kami terkejut jugak sebab masa pergi tengok rumah lepas raya tu, dah siap ada orang duduk..tapi takde grill la. Giler cepat..agaknya bila la diorang nak mencuci rumah semua ye..tak raya kot. =P

Aritu survey, kalo grill jenis metal biasa bentuk S tu mahal sikit..dekat nak sama harga dengan wrought iron. Kami bukannya takmau grill jenis wrought iron tu, tapi dia buruk..hehe..tak sesuai dengan jiwa. Masa deal dengan Cina tu, dia nasihatkan jangan ambik kaler putih, memang la smart, tapi nak mencucinya susah..cepat kotor. Kami kami pun decide nak ambik kaler sama dengan pintu..grey slow camtu la. Alik-alik bila nak pasang, dia cakap staf dia tersalah cat kaler putih, nak tukar ke tak? Kalo tukar kena tunggu esok. Aku pun terus cakap taknak tukar la, hehe sebab dah tak sabar nak pasang.. =P




Sepatutnya tingkap no 2 tu, uncle tu buat la dua 'S' jugak. Tak la burukss. T_T 

Yang bestnya Uncle Cina ni buat bentuk S tu kat semua tingkap & pintu..kat dapur dengan bilik pun. Kalo dengan Melayu tu, dia nak ambik RM 2500 paling murah..tu pun bentuk S tu dia nak buat kat tingkap depan jer.. Dapur, bilik semua nak buat yang straight biasa jer..

Oklah, banyak duit sebenarnya nak masuk rumah baru ni. Kami pun takdela banyak mana saving, so buat apa yang perlu la dulu. Cabinet dapur, plaster siling semua tu, slow-slow la hokey..tak buat lagi. =')






12 comments:

aDisH.sHidA said...

lawa....buat kat mana nie

Siti Fatimah said...

salam....

boleh bagi contact no uncle yng buat grill ni n area mana?

Siti Fatimah said...
This comment has been removed by the author.
najwa's said...

@siti fatimah : bertam, kulim dan sekitarnya.. no tel dia tak ingat. esok insyaallah blh bg.

Rosyima Kasim said...

akak da rasa...masuk umah baru memang agak stress..banyak perlu duit..

Bin Md Tahir Hiryanizam said...

cantik.. bleh bgi no tepon uncle yg buat grill x?

Bin Md Tahir Hiryanizam said...

Cantik.. bleh PM no uncle tu x?

awis said...

nk tempah juga grill camni..hehehe leh bagi nk fon kontraktor tu x?

najwa's said...

0164362122 - kim - uncle yang buat grill

sakura-chi said...

brp yer grill ni awak keja?

sakura-chi said...

brp yer kos awak buat grill ni

noraida omar said...

Saya beli rumah mayang yg color hijau tu sblh projek rumah awak..nak cr org buat grill gak.