Thursday, July 25, 2013

♥ trimester pertama yang indah ♥


- Assalamualaikum -

Alhamdulillah..sekarang dah nak masuk 12 minggu. Eh, yeke? Sebenarnya, aku pun ting tong ting tong ingat-ingat lupa gitu. Pipi yang selalu ingatkan.

Morning sickness? Alhamdulillah. Aku rasa yang teruk-teruk tu tak pernah lagi. Wallahualam akan datang camna kan? Harap-harap semuanya ok. Sebelum puasa ritu, aku langsung takde rasa pape, sampai konpius aku ni mengandung ke tak. Pastu gigih pegi buat UPT lagi nak double confirm..hehe punya la sengal kan. 

Start awal puasa, aku masih lagi bertenaga penuh. Kakak-kakak lain yang mengandung pun cakap aku ni ceria semacam jer.. Ye ye jer diorang. Time aku buat perangai, diorang tak tau. Laki aku jer tau..hihi sorry abang. =P Cuma badan dah start lenguh-lenguh sebab aku langsung tak minum susu. *sobs* Part ni paling sedih sebab tekak aku macam tak boleh terima gitu produk-produk tenusu ni. Macam-macam brand aku try kecuali susu tepung (Anlene coklat je susu tepung pernah beli..tapi langsung tak minum sebab baunya pun dah menyesakkan tekak aku). Kawan-kawan pakat suggest itu la ini la..sampai satu ketika susu Dutch Lady yang memang aku sedap dok minum tu pun aku dah rasa muak. Huhu susah rupanya untuk aku yang memang dari dulu-dulu tak minum susu. Last-last aku beli Shaklee Osteomatrix sebagai salah satu alternatif mendapatkan kalsium yang ntah cukup ntah tak. (-.-')

Dah masuk pertengahan puasa ni, aku dah mula buat hal sikit-sikit. Tekak rasa loya semacam jer. Rasa malas nak bercakap dengan orang. Maybe sebab aku makan sahur pagi-pagi buta. Aku kan jenis kurangg makan pagi. Breakfast aku selalunya pukul 9 atau 10 pagi. Pernah dua kali aku termuntah selepas sahur. Tapi sikit jer la. Takdela teruk macam morning sickness orang lain tu. Muntah pertama kali tu macam luak baby - susu jer yang keluar, nasi masih selamat dalam perut. Hehe sejak daripada tu, aku terus fobia minum susu.   

Sekarang ni, aku langsung tak drive pegi keje. Hehe tiap-tiap aku laki aku hantar. Sian dia. Pagi-pagi buta kami bertolak dari Kulim ke Bertam (45 minit), pastu dia pergi keje ke Penang island pulak (1 jam). Balik keje pun sama..dia ambik aku dulu, pastu sama-sama balik. Sian Pipi, sokmo punch card merah, pastu balik awal jer.. Dah pecah dah rekod dia sebagai pekerja berdedikasi masa bujang-bujang dulu. Pastu pagi-pagi pulak, semua dia siapkan, daripada kejut aku tido sampai mengemas katil, sampai cari handbag, handphone aku semua masuk kete. Aku bawak badan jer.. Alahai, mana nak cari suami camni lagi. Sumpah demi Allah, aku bersyukur-bersyukur-bersyukur dapat suami yang sangat baik camni.
Thanks sayang..i love u more! =D

Tapi, takpe..dah tak lama. 1hb Ogos ni dah dapat kunci rumah baru kat Bertam. Tak sabar rasanya. Moga-moga semuanya dipermudahkan Allah. Amin~

Syukur ya Allah atas nikmat yang melimpah ruah Kau berikan pada kami yang sangat kerdil lagi cetek amalan ini..





4 comments:

pena rozie said...

Semoga semuanyer selamat. Amin.....

Mama2Q said...

dah wat scan lum? the 1st trimester ultrasound is the most important one!

Mama2Q said...

copp!! ternampak banner kat sblh tu... I pun alumni ESQ jugak you!!!

Atiqah Iqa Shahrul said...

Assalam sis...kes sy sama mcm awak dh lewat 7 hari wat upt byk kali ttp -ve huhu cek kat klinik pun sama jugak resultnya family berharap sgt sy jadi isau kalau2 xde pe2 n kecewa...sy sblum x penah miss period..slalu teratur aje...huhu