Thursday, July 25, 2013

♥ trimester pertama yang indah ♥


- Assalamualaikum -

Alhamdulillah..sekarang dah nak masuk 12 minggu. Eh, yeke? Sebenarnya, aku pun ting tong ting tong ingat-ingat lupa gitu. Pipi yang selalu ingatkan.

Morning sickness? Alhamdulillah. Aku rasa yang teruk-teruk tu tak pernah lagi. Wallahualam akan datang camna kan? Harap-harap semuanya ok. Sebelum puasa ritu, aku langsung takde rasa pape, sampai konpius aku ni mengandung ke tak. Pastu gigih pegi buat UPT lagi nak double confirm..hehe punya la sengal kan. 

Start awal puasa, aku masih lagi bertenaga penuh. Kakak-kakak lain yang mengandung pun cakap aku ni ceria semacam jer.. Ye ye jer diorang. Time aku buat perangai, diorang tak tau. Laki aku jer tau..hihi sorry abang. =P Cuma badan dah start lenguh-lenguh sebab aku langsung tak minum susu. *sobs* Part ni paling sedih sebab tekak aku macam tak boleh terima gitu produk-produk tenusu ni. Macam-macam brand aku try kecuali susu tepung (Anlene coklat je susu tepung pernah beli..tapi langsung tak minum sebab baunya pun dah menyesakkan tekak aku). Kawan-kawan pakat suggest itu la ini la..sampai satu ketika susu Dutch Lady yang memang aku sedap dok minum tu pun aku dah rasa muak. Huhu susah rupanya untuk aku yang memang dari dulu-dulu tak minum susu. Last-last aku beli Shaklee Osteomatrix sebagai salah satu alternatif mendapatkan kalsium yang ntah cukup ntah tak. (-.-')

Dah masuk pertengahan puasa ni, aku dah mula buat hal sikit-sikit. Tekak rasa loya semacam jer. Rasa malas nak bercakap dengan orang. Maybe sebab aku makan sahur pagi-pagi buta. Aku kan jenis kurangg makan pagi. Breakfast aku selalunya pukul 9 atau 10 pagi. Pernah dua kali aku termuntah selepas sahur. Tapi sikit jer la. Takdela teruk macam morning sickness orang lain tu. Muntah pertama kali tu macam luak baby - susu jer yang keluar, nasi masih selamat dalam perut. Hehe sejak daripada tu, aku terus fobia minum susu.   

Sekarang ni, aku langsung tak drive pegi keje. Hehe tiap-tiap aku laki aku hantar. Sian dia. Pagi-pagi buta kami bertolak dari Kulim ke Bertam (45 minit), pastu dia pergi keje ke Penang island pulak (1 jam). Balik keje pun sama..dia ambik aku dulu, pastu sama-sama balik. Sian Pipi, sokmo punch card merah, pastu balik awal jer.. Dah pecah dah rekod dia sebagai pekerja berdedikasi masa bujang-bujang dulu. Pastu pagi-pagi pulak, semua dia siapkan, daripada kejut aku tido sampai mengemas katil, sampai cari handbag, handphone aku semua masuk kete. Aku bawak badan jer.. Alahai, mana nak cari suami camni lagi. Sumpah demi Allah, aku bersyukur-bersyukur-bersyukur dapat suami yang sangat baik camni.
Thanks sayang..i love u more! =D

Tapi, takpe..dah tak lama. 1hb Ogos ni dah dapat kunci rumah baru kat Bertam. Tak sabar rasanya. Moga-moga semuanya dipermudahkan Allah. Amin~

Syukur ya Allah atas nikmat yang melimpah ruah Kau berikan pada kami yang sangat kerdil lagi cetek amalan ini..





Friday, July 5, 2013

♥ UPT negative tapi hamil? ♥


- Assalamualaikum -

P/S : Entry ini ditulis seminggu yang lepas..haha.. baru publish. =P

Alhamdulillah. Aku sudah 2 bulan 2 hari mengandungkan Al-Fateh..haha..punya la teringin nak baby lelaki kan..tapi kalo girl pun aku terima dengan syukur.. (^_^)

Kisahnya first pregnancy detection ni mencabar la jugak. 17 hari konpius mengandung ke tak. Kang kalo buas-buas pergi hiking, tak ke membahayakan kesihatan sendiri dan jugak baby? 17 hari lewat peod, tapi check UPT semuanya negative. (-.-') Masa ni memang semua pakai UPT Novatest. Mau dekat 10 ke belas-belas kali check nak confirm. Sebabnya aku memang bajet tak mengandung. Tut-tut alhamdulillah rezeki Allah nak bagi..tak payah tunggu lagi sebulan, dah termengandung..hihi alhamdulillah. =)

 Novatest - strip FREE yang memang takde chemistry dengan aku. 
Orang lain 3 hari lewat peod, check dah positive. (-,-')

Sebenarnya, aku rancang nak mengandung bulan 6 ni sebab bulan-bulan yang lepas, time subur aku memang takde kat rumah..busy. =P Nikah bulan 3, tapi bulan 3 ni still merancang..konon-konon nak tunggu rumah siap (bulan 8 rumah siap), baru nak mengandung. Bulan 4 pulak teringin pulak nak baby..cancel la nak rancang-rancang tu semua..tapi time subur dok dalam hutan dengan masyarakat orang asli pulak. Bulan 5, time subur..merayap pergi Terengganu dengan family mertua semua..pastu siap ulang alik balik KL dua tiga kali seminggu. Last-last time subur terlepas gitu jek.. Bulan 6 ni, baru ingat nak plan betul-betul..nak dapatkan baby boy..hihi alik-alik tunggu 17 hari peod dah tak datang. Mula la gelisah, stress semua cukup. Yelah, peod tak datang, UPT negative..pastu nak merancang dapat anak camna. Time ni dengan emosi tak stabil. Asyik sensitive jerr..

Yang Pipi pulak, aku marah..dia senyum-senyum. Aku makan jeruk, dia senyum-senyum.. Padahal, dah takde makanan lain kat umah tu. Lagipun aku takdela teringin sangat pun. Aku nak kencing pun, dia senyum-senyum..padahal memang aku kerap kencing pun. Konfiden beno dia aku mengandung, tapi aku tak rasa pun. Sebab aku rasa diri aku takde pape yang pelik pun melainkan emosi tak stabil. Alah, kalo nak peod pun, emosi tak stabil jugak kan?

Okay, hari ke 18 aku lewat peod, UPT negative, aku pun mintak Wawa buatkan b-HCG (pakai blood). Pastu diam-diam Wawa call..weh, POSITIVE - bacaan 154 IU/L (normal range : 25 IU/L). Pastu aku pun cuak..alamak, camna ni..aku mengandung ke? Takut ler pulak rasanya. Aku tak gtau Pipi lagi sebab dia exam. Tiba-tiba Adawiyah bagi pulak strip UPT dia yang lebih-lebih dulu (brand U-GhAMIL). Aku check tengok..pun positive. Alhamdulillah..tapi aku konpius jugak sebab strip Adawiyah tu dah expired. (-.-')



Balik rumah petang tu, aku check lagi UPT pakai Novatest. Pun negative. Aku dah makin konpius. Pastu ajak Pipi pergi beli UPT kat Watson. Ambik yang murah jer, ada promotion 2 strip RM 10. Balik test tengok, positive. Alhamdulillah..time ni aku dah yakin sikit-sikit. Esoknya pergi check balik UPT kat lab Wawa (pakai Novatest) alhamdulillah dah nampak positive samar-samar. Haha punya la suspen kan? Nampak sangat chemistry aku dengan Novatest takde bonding langsung. =P 

Omeco - strip murah yang mengesahkan kehamilan aku.. =P

Seminggu pastu, lepas balik berjimba-jimba melantak kimchi 4 jam, pergi Klinik Pakar Koh &Chang dekat Kulim (tu pun lepas mak mentua aku yang suruh), scan ikut perut tak nampak..haha lemak aku banyak sangat kot. Scan ikut bawah, dah nampak dah kecik jer Al-Fateh.. =) Excited sangat walaupun scan ikut bawah tu rasa sakit ler jugak. Alhamdulillah, dah nampak baby, so doktor cakap bukan ectopic pregnancy. =) Tapi, dia tak bagi gambar scan tu kat aku. Sobs..sedih jer. Dia cakap dia nak simpan..nanti suruh datang appoinment lagi kat dia.

Dan harini (lepas seminggu setengah jumpa Dr Chang), 1 Julai 2013, aku pun pergi buat buku pink kat klinik kesihatan. Doktor cakap dah 2 bulan 2 hari mengandung. =) Makan jer folic acid tu, tapi kalo nak ambik Obimin, takyah dah makan folic acid. Obimin tu sendiri dah ada folic acid. Tapi, Pipi tak puas hati sebab folic acid dalam Obimin tu sikit jer..haha Pipi memang camtu. Semua control makan aku. Mama pulak okay jer..semua boleh makan. Durian pun dah berbiji-biji aku melantak..pastu sambung masak tempoyak hari-hari.. =P Harap-harap semuanya selamat dan aku berjaya mendidik Al-Fateh sejak dari dalam perut lagi sampai ke akhir hayat ye.. Amin.. =) 

Dan due aku adalah pada 10hb February 2014. 
Last peod : 9 Mei 2013 (anniversary cintan-cintun dulu). 
First pregnancy detection : b-HCG positive pada 20 Jun 2013. 
Buat buku pink : 1 Julai 2013.

Nota kaki :

Sebenarnya, aku balik dari Langkawi ni. Mengandung-mengandung pun, Mangrove Tour tetap taknak tinggal walaupun kena hentakan ombak kuat tu berpuluh-puluh kali! Harap-harap Allah jadikan Al-Fateh dan ibu kuat semangat macam Sultan Muhammad Al-Fateh. Amin~

Tenkiu Allah.

(^__^)