Friday, June 7, 2013

♥ Terengganu Vacation {Part 2} ♥

- Assalamualaikum -

Bersambung daripada entry Part 1 di sini.. =)

Keesokkan harinya, konvo adik Fatihah. Enjoylah gambar UiTM Dungun yang best dan cantik. (^___^) Best campus in resort youuu..curlast sangat. Tepi pantai..angin sepoi-sepoi bahasa.






Malamnya, kitorang ke Paka dan Kemaman pulak. Lalu jer sebelah jalan, dah nampak stesyen janakuasa Paka yang sangat davoomm bila waktu malam. Tapi, takde pulak gambar yang comey. Semua vibrate. (-.-')



Kemudian, singgah Mesra Mall. Kebetulan ada promo Kraf Malaysia. So, aku pun rembat la blouse batik sepasang dengan Pipi. RM 100 sepasang. Aku rasa lagi murah daripada Pasar Payang..plus design memenuhi selera aku.

Keesokkannya, kami pun berangkat pulang. Singgah kali ke 3 makan breakfast kat kedai makcik ni. Cari nasi dagang & Nadia kompem ambik pulut ikan gaul kelapa tu la. Sedap, alhamdulillah. =)


Kami balik ikut highway apa ntah. Tak ramai orang lalu sini. Ikut Ajil, Hulu Terengganu, Tasik Kenyir..sampai Felda Aring, Gua Musang, Kelantan. Family Pipi singgah sini sebab nak mengimbau kenangan diorang kan pernah stay sini jap. Time diorang kat sini, Pipi still sekolah menengah kat Pahang (dulu diorang stay Pahang), dan masuk U sem 1 sampai sem 3. Masa ni, weols belum cinta-cintun gitu tak ye bang.. =P Tapi, asyik lepak together2.

Rumah zaman remaja Pipi. Tapi, dia jarang balik sini pun.

Singgah makan di Pekan Lama Gua Musang, lepas tu terus naik Cameron Highlands (nak singgah pun dah tak sempat sebab dah gelap) dan turun balik Simpang Pulai. Parents Pipi balik KL dan kitorang balik Penang Kulim. (Haha, sekarang kalo orang tanya, asyik tersasul cakap duduk Penang jer lagi..)

Berakhirlah sudah kembara kami di Terengganu. Terengganu cantik, permai, damai, dan tanah yang luassss. Tapi, nak shopping, takde la best sangat kot? Harap-harap Nadia kawen dengan orang Ganu, so that weols bulih lepak sini lagi makang telor penyu sokmo. =)

Esoknya, keje. (-.-')





1 comment:

Anonymous said...

Hahaha part yang harap harap nadia kawen ngan org ganu tu aku nak amiinkannnnn. Hahaha