Sunday, June 9, 2013

♥ Amerikano Breakfast {hashbrown} ♥


- Assalamualaikum -

Pipi tengah exam sekarang ni. 3 minggu. So, aku berazam untuk taknak miss breakfast Pipi hari-hari exam dia. Hari-hari yang bukan exam tu, aku bagi cuti untuk diri aku sendiri. Haha..pandai-pandai la paham kan? =P

Cara senang dan mudah untuk buat breakfast adalah dengan pakai bahan-bahan yang mudah. So, aku pun belasah jelah. Jadi ke tak ke, kami sumbat jer dalam mulut. =P Pssttt, aku memang langsung tak pandai masak.

Baru-baru ni aku belajar buat satu lagi Amerikano Breakfast iaitu hashbrown. 


Bahan-bahan yang diperlukan (untuk 2 orang makan)  :-

1) Ubi kentang 2 biji - guna kentang putih lagi best. Aku takde, belasah jer pakai kentang kuning.
2) Bawang Holland satu biji - dipotong dadu.
3) Telur - pilihan nak letak ke tak.
4) Lada hitam - serbuk atau tumbuk terpulang.
5) Garam secukup rasa.
6) Mixed herb - sukahati nak letak ke tak.

Cara buat :-

1) Parut kentang yang dah dikupas kulit dengan pemarut keju.


2) Campurkan dengan bawang holland yang dah dipotong dadu.
3) Masukkan lada hitam, garam, mixed herb secukup rasa.
4) Tambah telur dan gaulkan sebati.


5) Bakar atas pemanggang ajaib dengan api sederhana. Siap!


Hashbrown ni boleh juga dihidangkan dengan grilled sausage, garden salad, dan scrambled egg. =)


Boleh jadi breakfast ataupun dinner yang simple dan berkhasiat.

(^___^)




1 comment:

Mama2Q said...

wow....healthy breakfast!. looks delicious..boleh tiru...