Friday, May 31, 2013

♥ Terengganu Vacation {Part 1} ♥


- Assalamualaikum -

Last two weeks kitorang jalan-jalan lagi. Perghh..bulan ni tiap minggu jalan-jalan. (-.-') Kali ni ke Terengganu pulak. Adik Pipi. Fatihah konvo kat UiTM Dungun. Wedding Sensei Khairul pun kebetulan date yang selang sehari jer..kat Dungun jugak. Alhamdulillah, save bajet aku. Hihi. =P

Sejak akil baligh, aku tak penah pergi Terengganu. Sadis kan? Time kecik-kecik dulu tak tau la pulak abah mama pernah bawak ke tak. Kitorang bertolak pukul 9 malam, dan sampai pukul 6 di UiTM Dungun. Tu pun lepas dah sesat banyak kali dekat Kuala Terengganu. On the way, masa dekat Grik, siap jumpa gajah anak beranak lagi. Gajar liar ni lain rupanya..kaler whitish-grey, badan tegap, mata bolatt. Kalau gajah kat zoo, hehe kuyu layu je tengok kan.

Okay, enjoy the pichas jelah.. =')

Kenduri sensei ~18 Mei 2013. Bebudak lab yang lain datang naik bas.

Antara yang menarik yang sempat aku nikmati di Terengganu :-

Pasar Payang

Hehe sejujurnya aku rasa tak best pasar ni. Maybe sebab aku bukan penggemar batik? Opss.. Boleh dikatakan semua kedai baju jual batik. Blouse biasa-biasa memang payah nak cari. Baru berangan nak tambah koleksi blouse. Huhu. Nadia pun sama pening kepala dengan aku. Round berpuluh-puluh kali, tak tau nak beli apa. Tiba-tiba rindu dekat Pasar Jalan TAR. Eh. (*_*) Kat bawah pasar payang ni banyak jual makanan. Hehe yang ni aku suka. =P



Kenangan manis dengan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. Bayar cepat, RM 5. Tapi, tetap tak best. Kesnya sebab masukkan syiling kat tempat parking tak cukup. (-.-')


Telur Penyu

Okay, first time aku jumpa telur penyu di Pasar Payang. Teruja sebab tak pernah tengok. Anak-anak penyu pernah tengok, telur tak. Tengok jer, apa lagi..terus nak beli. RM 4 sebiji. Pipi dengan Nadia dah buat muka eeuuuwwww. Aku maintain teruja. =P






Telur penyu ni apa rasa? Haha sumpah aku tak boleh telan sampai habih. Telur ayam yang tak masak pun aku geli geleman. Telur penyu ni aku 'makan' berperingkat. Mula-mula rasa masin air laut - a bit sticky (aku rasa yang ni part telur yang 'thin albumin'). Pastu, rasa yang macam keras sikit - 'thick albumin'. Pastu, terus rasa yolk egg - lagi pekat, tapi dah kurang lembik dan kurang hanyir. Antara telur ayam dan telur penyu, telur penyu lagi kurang hanyir. =P 

Apa-apa pun, kesimpulannya, tolonglahhh jangan beli telur penyu. Aku menyesal beli sebab aku buang camtu jer. Lagipun, disebabkan aku dah langgar pantang larang aku sebagai pencinta haiwan, perut aku meragam sepanjang keesokkan harinya. Serius, seksa! Hentikan memakan telur penyu, sayangi penyu. =)


Masjid Kristal

Subhanallah. Cantik Masjid Kristal, kemas dan bercahaya. Tapi, bahagian dalamnya, biasa-biasa saja. Mungkin sebab dah lama dan jadi tempat persinggahan banyak pelancong. Kotor sikit.




Taman Tamadun Islam

Terletak beberapa minit daripada Masjid Kristal. Kami tak masuk sebab dah lambat. Mula-mula pergi jugak kat kaunter tiker. Tanpa tanya pape, terus keluarkan RM 50 untuk 3 orang. Akak tu cakap, tak cukup lagi dik. Errrr...jap ye kak, duit tertinggal dalam kete. Lepas tu terus keluar, tak masuk dah. Haha.

Nadia cakap daripada masuk sini, baik p makan steamboat. Kihkih. Sebabnya kami sampai dah petang. Sejam lagi nak tutup..tak sempat nak explore lama-lama. Lagipun dah tak larat sangat nak berjalan. Maklumlah berjalan tanpa shopping kat Pasar Payang dah sampai lembik, lemas, rimas..


Harga masuk ke Taman Tamadun Islam - Mei 2013. Sebenarnya, aritu search kat blog mana ntah..dia cakap RM 10/person. Tu yang konfiden pergi hulur duit RM 50 jer. 




Keropok Losong

Keluar daripada jalan Masjid Kristal, nampak signboard Kg Losong Hj Su. So, beli kat sini jelah keropok losong. Orang cakap ada tempat lain yang kena Q amek nombor tu lagi sedap. Malas dah nak mencari. Sini pun banyak kedai jugak. 






Hehe banyak giler kan gambar. Jangan muntah ye tengok iols syok sendiri. Bersambung part 2 la pulak. Dah nak kena masuk lab sebab banyak kerja hakiki yang menunggu. Haha sejak jadi bini orang ni, banyak pulak entry berpart-part ye.. =P

Adios~



3 comments:

D_08 said...

besttt.... cuti2 Malaysia

D_08 said...

besttt.... cuti2 Malaysia

naiyat said...

Dulu masjid kristal berkilau skrg dah hilang shining..Monumen masjid x payh masuk pun takper x menarik.

Visit my blog http://naionlineshop.blogspot.com/