Thursday, May 2, 2013

♥ Homemade Meatball IKEA with love ♥



- Assalamualaikum -

Alhamdulillah. Arini Pipi sangat rajin. =P 

On the way balik rumah (lepas keje)..
Pipi call, "Ayang katne? Abang dah sampai..tengah buat meatball.." 

Dalam hati aku, mula la tumbuh bunga-bunga tulip..hehe
"Okay abang, I'm coming home. 2 minit lagi sampai.."

Masuk je rumah, tengok dia siap dengan baju keje tak buka lagi tengah potong bawang dengan tomato. Hehe sian pulak tengok laki aku camni. Banyak keje dia buat sama-sama dengan aku. So, beban keje rumah tak terasa langsung pun. 

Terima kasih suami. (^___^) I love u more~ 




Dan hasilnya dinner kami malam ni..
tadaaaaaaaaaaaaaaaa...
-
-
-
-
-
-
-


Simple la sikit. Takde sayur ke..fries ke.. Tapi, sumpah sedap gravy dia. 
Tak sangka laki aku pandai masak jugak. Haha. =P 
Aritu dia dah try masak tomyam. Aku balik keje, makan jer.. 
Perut kenyang, hati senang.. =P

T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H  S.A.Y.A.N.G! 


Resepi Meatball Ala-ala IKEA

 {Meatball}

1) Beli jer meatball ke chicken ball ke kat kedai.
2) Bakar dalam kuali serbaguna - letak minyak bijan sikit.
3) Tak pun, goreng jer meatball tu..

{Gravy}

2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang holland - di dadu kecil
2 biji tomato sederhana - di dadu kecil
1 1/2 cawan air
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos cili/tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap 
1 sudu serbuk lada hitam 
(tambahan serbuk lada putih secukup rasa)
1/2 kiub pati ayam
mixed herbs (sukahati nak ke tak)

1) Tumiskan bawang + tomato = sampai layu --> alihkan
2) Cairkan mentega dalam kuali + tepung gandum (tak payah bancuh dengan air) = biarkan sampai kecoklatan dengan api sederhana.
3) Masukkan air sikit demi sikit, kacau supaya tak berketul.
4) Masukkan susu.
5) Masukkan sos tiram + kicap + gula + garam + lada hitam = hingga mendidih
6) Masukkan bawang + tomato = hingga mendidih
7) Kisarkan semua bahan yang dah masak tadi.

Siap!

(^____^)

Sos meatball ni, boleh buat banyak-banyak..simpan dalam peti sejuk. 
Nanti-nanti bila balik keje tak sempat masak, panaskan jer..

Nota kaki :

Sumpah arini makan banyak giler. 
Nasi lemak, mee kari, kuih-muih, pizza, meatball! 
Perut dah macam 2 bulan, tapi UPT asyik negative jek. 
=P





No comments: