Wednesday, May 29, 2013

♥ 1st honeymoon - Krabi {Part 4} ♥


- Assalamualaikum -

Krabi honeymoon part 3 di sini. =)

Hari terakhir di Krabi..huwaaa..sedih. Bangun seawal pagi yang mungkin. Kami round-round dulu dengan motor sekitar Ao Nang dan Pantai Noparathara - amek udara segar.


Kami makan berat pagi ni - Nasi Briyani Ayam..sedap! 


Kemudian, kami check out dan tunggu tut-tut untuk ke Terminal Krabi (RM 6 sorang). Kami decide untuk balik naik bas pulak..dulu datang dah naik van. Rupanya bas dari Krabi ke Hatyai lagi murah daripada van. RM 29 sorang. Dari Krabi ke Phuket RM 15 jer (2 jam perjalanan). Ke Koh Sa Mui pun murah. Kalo cuti panjang, boleh la terus ke sana.


Tunggu dalam 20 minit, bas sampai. Opss..basnya tak seindah yang disangka. Tapi alhamdulillah..agak selesa..siap ada toilet dalam bas. Kami duduk belakang sekali  tido nyenyak sebab kepenatan. Bas ini lalu pekan-pekan kecil nak ke Hatyai sambil turunkan penumpang. Ala-ala separa ekspress gitu. Sampai di Trang, tiba-tiba semua orang turun. Aku dengan Pipi dah terpinga-pinga. Takkan dah sampai kot. Bila tanya orang, baik driver, konduktor, ataupun penumpang..semua tak pandai cakap English. Pipi cakap maybe kita kena tukar bas kot sebab semua beg-beg kami dah dibawa ke bas sebelah. Kami pun naik bas sebelah - sama macam bas ekspress kita - cantik, tapi sempit. =(



Alhamdulillah, sampai Hatyai dalam pukul 4. Pipi ngidam nak ke Khlong Hae Floating Market. So, kami cari tut-tut ke sana. Susah nak dapatkan driver tut-tut yang paham English. Mula-mula dapat tut-tut dia hantar ke market biasa (yang banyak jual baju, beg, kasut..dll). Lepas tu, minta dia hantar balik ke Terminal bas sebab salah tempat. Cari lagi tut-tut lain, pun dia hantar salah tempat gak. Sebenarnya aku dah seram sejuk bila tengok driver ni bawak ke jalan lain (aku dah familiar sikit-sikit jalan ke Floating Market tu sebab dah pernah pergi 2 kali). Tengok-tengok dia bawak kami ke pasar malam dalam kuil Buddha. Aku memang taknak turun langsung, dan suruh dia hantar balik ke terminal bas. Dekat RM 50 duit habih untuk kerja yang sia-sia ni. Geram pun ada. 

Khlong Hae Floating Market

Last-last kami tunggu je van ke Danok sebab last van ke Danok pukul 7 malam. Sementara tunggu tu, ada sorang driver tut-tut tegur kami sambil tunjuk pamplet yang ada gambar Floating Market. Huhu finally, ada jugak yang paham kami nak ke sana. Tapi, apakan daya masa pun dah suntuk..kami dah tak sempat pergi. Lagipun kalo nak ke sana, tut-tut charge RM 25 seorang satu hala. Kalo campur 2 orang pergi balik, tak ke RM 100? Tak berbaloi pulak rasanya. Lain kali lah datang lagi naik kereta sendiri. Hatyai bukan jauh pun kan.. =P

Dalam 45 minit dalam van, kami sampai di Danok (7.30 pm). Shopping beras wangi dan jajan sikit-sikit. Kemudian, singgah makan dulu. Aku dah tak lalu nak makan dah..kepenatan. Lepas tu, masuk Malaysia dengan hati yang berbunga-bunga.. =)




Tamatlah sudah episod honeymoon pertama kami di Krabi. Rasa excited bila dapat pergi ke tempat yang asing bersama 'orang yang asing' buat pertama kalinya..secara backpackers pulak tu. Hehe. Sebenarnya, nak jalan senang ada, amek jer van dari Penang terus ke Krabi..baru RM 60. Hehe tapi kami nak rasai lebih banyak rempah-ratus perjalanan ni..sebab tu amek jalan susah. =P 

Semoga kita dapat buat 'kerja gila' macam ni sampai tua kerepot ye abang? 

I love u more!! 
(^____^)

BON VOYAGE THAILAND



6 comments:

pelangi chenta said...

mesti seronok habis dapat honeymoon dekat krabhi kan?sy honeymoon dlm malaysia jek

wan said...

bro,terminal bus krabi bukan yg kt ceruk belakang pam myk ke.tp pkl 8 pm dh ttp kn..? dr penang rm 60 direct krabi? kompeni ape? ada website or contact email ke?

najwa's said...

terminal bus krabi memang kena masuk dalam sket daripada jalan besar. kompeni apa yang ada van dari penang tu tak sure la..tapi kedai dia ada kat komtar..

Anonymous said...

Ada ker van dr penang ke krabi rm60.. nk contact number sis...

irfan sahar said...

60 henget?? dri png?? bg number contact.. nk pergi mgu dpn..

irfan sahar said...

60 henget?? dri png?? bg number contact.. nk pergi mgu dpn..