Tuesday, May 7, 2013

♥ 1st honeymoon - Krabi {Part 2} ♥


- Assalamualaikum -

Okay, hari kedua kami di Krabi bersambung daripada sini.... =)

Awal-awal pagi kami dah bangun - pakai baju untuk island hoping siap-siap, dan bergerak cari breakfast sambil amek angin pagi di pantai. Tenang sangat pagi kat sini..tak banyak transport. Kami tak memilih untuk breakfast di hotel. Semestinya local food tetap menjadi sasaran utama. Tengah jalan-jalan kami jumpa sepasang couple Melayu ni tengah breakfast kat gerai basikal tepi jalan. Pipi tegur suami orang tu sambil aku membeli-belah apa yang patut. 

Pipi nak makan nasi briyani ayam goreng (40 baht), dan aku pulak ambik pulut manis (20 baht). Serius, sedap gilerrr makanan dia. Kami tapau balik makan kat balkoni hotel. Saja nak fefeeling romantikkss. (^___^) Kami ada jugak beli some food (coklat, roti dll) kat 7 Eleven untuk bawak ke pulau nanti. Hati-hati pilih makanan (pastikan ada cop halal) sebab kat sini diorang memang campur gaul je halal & non-halal food. Pipi hampir-hampir nak ambik sandwich babi kat 7E tu...

Ready for island hoping. (^__^)

Phi-Phi Island

Lepas makan, kami tunggu van pick up di lobi hotel. 8.30 pagi van datang amek bersama dengan ramai lagi pelancong-pelancong yang bakal se'bot' dengan kami. Lepas dapat penerangan daripada tour guide (yang sangat-sangat peramah), kami pun serbu masuk dalam bot. Aku dengan Pipi mestilah pilih tempat paling special - dekat dek bot (kat depan sekali) sebab boleh tengok view seluas mata memandang. Tapi, sedihnya kat situ takde bumbung - memang hitam berkilat ler kami. Bot kami banyak pelancong mat saleh, ada jugak rakyat Thai sendiri - kami berdua &sepasang couple tadi tu jer Melayu.

Selepas sejam 30 minit atas bot (speedboat), destinasi pertama kami adalah di Bamboo Island. Subhanallah! Aku tak pernah pergi ke pantai yang memang air biru hijau, takde sampah langsung, pantai halus giler, takde kulit kerang yang cucuk-cucuk kaki. Memang terbaik! Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu itu.  Kami mandi manda di sini - sambil round-round keliling pulau. Ada jugak jual air dan sikit makanan kat sini.

Haha - excited wa cakap lu! =D

Jernih giler air - macam swimming pool.

The facilities.

Bamboo Bar - jual makanan ringan.

Lepas tu, kami ke tengah laut untuk snorkeling. Ni la first time aku snorkeling. Tengok orang lain terjun rilex jer, aku pun debushh..masuk air skali la. Mula-mula aku sibuk sesuaikan diri aku dengan goggle tu, dah okay..aku pun selam la muka nak tengok bawah laut. Aku mati-mati ingat cetek jek, tapi masyaallah...dalamnya lautt.. Aku terus angkat muka - gabra. Pastu baru terpikir yang aku tak pandai berenang la apa la. Mula carik Pipi nak pegang dan tarik-tarik dia. Pipi suruh aku rilex..cool..nikmati alam katanya. Aku slow-slow rasa okay..tapi still takut. Kami pun berenang tepi-tepi bot jer. Mula-mula terjun tu kemain lagi terus laju jer ke tengah.. =P Seriusly, sangat best! Sebab nampak sampai ke dasar laut. Rasa nak jer pegang ikan-ikan tu, tapi tak dapat.





Cantik kan view dari dalam laut. =') Sape pandai menyelam untung ler..

Tukang amek gambar-gambar dasar laut yang kat atas tu. =P

Dah penat berendam, kami ke Phi Phi Don untuk lunch. Lunch ni termasuk dalam pakej - halal. Rupanya kat Phi Phi Don ni banyak lagi tempat-tempat menarik boleh jelajah. Lepas makan, korag boleh la jalan-jalan keliling pulau ni. Ada banyak kedai-kedai cenderahati dan macam-macam lagi la.

Lepas kenyang, kami menuju ke Maya Bay pulak. Kat sini pernah buat penggambaran citer 'The Beach' - Leonardo Dicaprio. Sini sangat cantik viewnya. Korang jelajah la satu pulau - ada banyak tempat-tempat yang boleh pegi. Tapi, takde la kedai souvenir bagai.. Hujung skali, korang akan jumpa view dari atas - boleh tengok satu pulau dengan cantik skali. Aku tak tau pulau apa. Masa kami sampai sini (dah petang), tak ramai orang pun. Siap boleh mandi manda lagi. Slalu bot lain pergi sini pagi-pagi, memang penuh dengan manusia.


Pulau ni korang akan jumpa di tempat terakhir skali di Maya Bay.

Badan pun dah kepenatan. Last skali, kami melawat pulau-pulau lain macam Monkey Bay, Pileh Bay, Lohsamah Bay, Hin Klarng, dan Viking Cave. Memang cantik view dan sangat romantikkkk~



Gambar ni jer yang cilok google..sebab malas nak transfer Viking Cave ni daripada tab. 
Gambar lain semua amek sendiri.

Ada satu tempat tu, kami punya tour guide (yang super duper peramah) announce satu bot yang kami sedang berhoneymoon - semua orang tepuk tangan. Pastu dia suruh kami berdiri kat dek bot, suruh bercium berlatarbelakangkan view yang romantik tu, dia nak ambik gambar. (-.-') Time tu, aku dah rasa dup dap dup dap dah. Maklum lah, semua orang tengah tengok kami. Aku ingat lagi ayat dia kat Pipi, "Kiss ur wife.. If u dont know how to kiss, lend me ur wife and I'll show u how to kiss..=P.." Haha last-last Pipi cium dahi jela. Siyes, malu giler!

Lepas dah puas meronda keliling laut, kami pun balik. Sangat enjoy dengan pakej yang kami ambik ni. Puas hati. Makanan pun tak kedekut. Tour guide yang sporting. Ada-ada jer gelagat dia menceriakan kami.

Okay, setakat tu dulu. Bersambung part 3..hehe.







No comments: