Friday, May 31, 2013

♥ Terengganu Vacation {Part 1} ♥


- Assalamualaikum -

Last two weeks kitorang jalan-jalan lagi. Perghh..bulan ni tiap minggu jalan-jalan. (-.-') Kali ni ke Terengganu pulak. Adik Pipi. Fatihah konvo kat UiTM Dungun. Wedding Sensei Khairul pun kebetulan date yang selang sehari jer..kat Dungun jugak. Alhamdulillah, save bajet aku. Hihi. =P

Sejak akil baligh, aku tak penah pergi Terengganu. Sadis kan? Time kecik-kecik dulu tak tau la pulak abah mama pernah bawak ke tak. Kitorang bertolak pukul 9 malam, dan sampai pukul 6 di UiTM Dungun. Tu pun lepas dah sesat banyak kali dekat Kuala Terengganu. On the way, masa dekat Grik, siap jumpa gajah anak beranak lagi. Gajar liar ni lain rupanya..kaler whitish-grey, badan tegap, mata bolatt. Kalau gajah kat zoo, hehe kuyu layu je tengok kan.

Okay, enjoy the pichas jelah.. =')

Kenduri sensei ~18 Mei 2013. Bebudak lab yang lain datang naik bas.

Antara yang menarik yang sempat aku nikmati di Terengganu :-

Pasar Payang

Hehe sejujurnya aku rasa tak best pasar ni. Maybe sebab aku bukan penggemar batik? Opss.. Boleh dikatakan semua kedai baju jual batik. Blouse biasa-biasa memang payah nak cari. Baru berangan nak tambah koleksi blouse. Huhu. Nadia pun sama pening kepala dengan aku. Round berpuluh-puluh kali, tak tau nak beli apa. Tiba-tiba rindu dekat Pasar Jalan TAR. Eh. (*_*) Kat bawah pasar payang ni banyak jual makanan. Hehe yang ni aku suka. =P



Kenangan manis dengan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. Bayar cepat, RM 5. Tapi, tetap tak best. Kesnya sebab masukkan syiling kat tempat parking tak cukup. (-.-')


Telur Penyu

Okay, first time aku jumpa telur penyu di Pasar Payang. Teruja sebab tak pernah tengok. Anak-anak penyu pernah tengok, telur tak. Tengok jer, apa lagi..terus nak beli. RM 4 sebiji. Pipi dengan Nadia dah buat muka eeuuuwwww. Aku maintain teruja. =P






Telur penyu ni apa rasa? Haha sumpah aku tak boleh telan sampai habih. Telur ayam yang tak masak pun aku geli geleman. Telur penyu ni aku 'makan' berperingkat. Mula-mula rasa masin air laut - a bit sticky (aku rasa yang ni part telur yang 'thin albumin'). Pastu, rasa yang macam keras sikit - 'thick albumin'. Pastu, terus rasa yolk egg - lagi pekat, tapi dah kurang lembik dan kurang hanyir. Antara telur ayam dan telur penyu, telur penyu lagi kurang hanyir. =P 

Apa-apa pun, kesimpulannya, tolonglahhh jangan beli telur penyu. Aku menyesal beli sebab aku buang camtu jer. Lagipun, disebabkan aku dah langgar pantang larang aku sebagai pencinta haiwan, perut aku meragam sepanjang keesokkan harinya. Serius, seksa! Hentikan memakan telur penyu, sayangi penyu. =)


Masjid Kristal

Subhanallah. Cantik Masjid Kristal, kemas dan bercahaya. Tapi, bahagian dalamnya, biasa-biasa saja. Mungkin sebab dah lama dan jadi tempat persinggahan banyak pelancong. Kotor sikit.




Taman Tamadun Islam

Terletak beberapa minit daripada Masjid Kristal. Kami tak masuk sebab dah lambat. Mula-mula pergi jugak kat kaunter tiker. Tanpa tanya pape, terus keluarkan RM 50 untuk 3 orang. Akak tu cakap, tak cukup lagi dik. Errrr...jap ye kak, duit tertinggal dalam kete. Lepas tu terus keluar, tak masuk dah. Haha.

Nadia cakap daripada masuk sini, baik p makan steamboat. Kihkih. Sebabnya kami sampai dah petang. Sejam lagi nak tutup..tak sempat nak explore lama-lama. Lagipun dah tak larat sangat nak berjalan. Maklumlah berjalan tanpa shopping kat Pasar Payang dah sampai lembik, lemas, rimas..


Harga masuk ke Taman Tamadun Islam - Mei 2013. Sebenarnya, aritu search kat blog mana ntah..dia cakap RM 10/person. Tu yang konfiden pergi hulur duit RM 50 jer. 




Keropok Losong

Keluar daripada jalan Masjid Kristal, nampak signboard Kg Losong Hj Su. So, beli kat sini jelah keropok losong. Orang cakap ada tempat lain yang kena Q amek nombor tu lagi sedap. Malas dah nak mencari. Sini pun banyak kedai jugak. 






Hehe banyak giler kan gambar. Jangan muntah ye tengok iols syok sendiri. Bersambung part 2 la pulak. Dah nak kena masuk lab sebab banyak kerja hakiki yang menunggu. Haha sejak jadi bini orang ni, banyak pulak entry berpart-part ye.. =P

Adios~



Wednesday, May 29, 2013

♥ 1st honeymoon - Krabi {Part 4} ♥


- Assalamualaikum -

Krabi honeymoon part 3 di sini. =)

Hari terakhir di Krabi..huwaaa..sedih. Bangun seawal pagi yang mungkin. Kami round-round dulu dengan motor sekitar Ao Nang dan Pantai Noparathara - amek udara segar.


Kami makan berat pagi ni - Nasi Briyani Ayam..sedap! 


Kemudian, kami check out dan tunggu tut-tut untuk ke Terminal Krabi (RM 6 sorang). Kami decide untuk balik naik bas pulak..dulu datang dah naik van. Rupanya bas dari Krabi ke Hatyai lagi murah daripada van. RM 29 sorang. Dari Krabi ke Phuket RM 15 jer (2 jam perjalanan). Ke Koh Sa Mui pun murah. Kalo cuti panjang, boleh la terus ke sana.


Tunggu dalam 20 minit, bas sampai. Opss..basnya tak seindah yang disangka. Tapi alhamdulillah..agak selesa..siap ada toilet dalam bas. Kami duduk belakang sekali  tido nyenyak sebab kepenatan. Bas ini lalu pekan-pekan kecil nak ke Hatyai sambil turunkan penumpang. Ala-ala separa ekspress gitu. Sampai di Trang, tiba-tiba semua orang turun. Aku dengan Pipi dah terpinga-pinga. Takkan dah sampai kot. Bila tanya orang, baik driver, konduktor, ataupun penumpang..semua tak pandai cakap English. Pipi cakap maybe kita kena tukar bas kot sebab semua beg-beg kami dah dibawa ke bas sebelah. Kami pun naik bas sebelah - sama macam bas ekspress kita - cantik, tapi sempit. =(



Alhamdulillah, sampai Hatyai dalam pukul 4. Pipi ngidam nak ke Khlong Hae Floating Market. So, kami cari tut-tut ke sana. Susah nak dapatkan driver tut-tut yang paham English. Mula-mula dapat tut-tut dia hantar ke market biasa (yang banyak jual baju, beg, kasut..dll). Lepas tu, minta dia hantar balik ke Terminal bas sebab salah tempat. Cari lagi tut-tut lain, pun dia hantar salah tempat gak. Sebenarnya aku dah seram sejuk bila tengok driver ni bawak ke jalan lain (aku dah familiar sikit-sikit jalan ke Floating Market tu sebab dah pernah pergi 2 kali). Tengok-tengok dia bawak kami ke pasar malam dalam kuil Buddha. Aku memang taknak turun langsung, dan suruh dia hantar balik ke terminal bas. Dekat RM 50 duit habih untuk kerja yang sia-sia ni. Geram pun ada. 

Khlong Hae Floating Market

Last-last kami tunggu je van ke Danok sebab last van ke Danok pukul 7 malam. Sementara tunggu tu, ada sorang driver tut-tut tegur kami sambil tunjuk pamplet yang ada gambar Floating Market. Huhu finally, ada jugak yang paham kami nak ke sana. Tapi, apakan daya masa pun dah suntuk..kami dah tak sempat pergi. Lagipun kalo nak ke sana, tut-tut charge RM 25 seorang satu hala. Kalo campur 2 orang pergi balik, tak ke RM 100? Tak berbaloi pulak rasanya. Lain kali lah datang lagi naik kereta sendiri. Hatyai bukan jauh pun kan.. =P

Dalam 45 minit dalam van, kami sampai di Danok (7.30 pm). Shopping beras wangi dan jajan sikit-sikit. Kemudian, singgah makan dulu. Aku dah tak lalu nak makan dah..kepenatan. Lepas tu, masuk Malaysia dengan hati yang berbunga-bunga.. =)




Tamatlah sudah episod honeymoon pertama kami di Krabi. Rasa excited bila dapat pergi ke tempat yang asing bersama 'orang yang asing' buat pertama kalinya..secara backpackers pulak tu. Hehe. Sebenarnya, nak jalan senang ada, amek jer van dari Penang terus ke Krabi..baru RM 60. Hehe tapi kami nak rasai lebih banyak rempah-ratus perjalanan ni..sebab tu amek jalan susah. =P 

Semoga kita dapat buat 'kerja gila' macam ni sampai tua kerepot ye abang? 

I love u more!! 
(^____^)

BON VOYAGE THAILAND



Friday, May 10, 2013

♥ 1st honeymoon - Krabi {Part 3} ♥


 - Assalamualaikum -

Yeay~
Krabi honeymoon Part 2 di sini..

Okay, malam kedua kami di Ao Nang, kami sewa motor (scoopy)...sebab ingatkan nak pegi berjalan jauh sikit. Motornya cantik, comel, cute, banyak design boleh pilih..dan yang penting MURAH! =D Murah dan sangat berbaloi berbanding Pangkor. Opss.. (>_<) Kami order dari hotel jer..dapat RM25. Kalo cari tepi-tepi jalan sekitar Ao Nang tu, banyak jer yang RM20. Kami isi minyak dulu..dalam RM 5 boleh dah sampai Krabi Town (Awas! Minyak di Thailand mahal oo..takde subsidi. =P)

Kami peminat MU. =)

Selepas minta map dari receptionist hotel, terus kami gerak ke Krabi Town - jauh gak dalam 20 minit - lenguh bontot makkk.... Setiap Sabtu dan Ahad, ada pasar malam kat sini. Best jugak pasar malam ni - ada banyak barang, food (of cos campur gaul jer halal & tak halal..pandai-pandai pilih ye), souvenir dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, sebelum jumpa pasar malam ni, kami dah tersesat pergi satu lagi pasar malam apa ntah. Pasar ni hanya jual food jer.. Pipi dah dinner nasi kat sini. Sedap katanya. Aku plak macam tak selera sebab tempat dia aku rasa macam agak kotor..lagipun aku ni sensitip sket dengan bau-bauan makanan non-halal. (-.-') Tapi, satu jer makanan yang memang aku tergila-gilakan kat sini...banana pancake campur coklat. Meleleh wa cakap lu! Hadap 3 keping pun tak kenyang..hihi. Lagi satu air buah-buah campur yang diblend..sedap dan berkhasiat. Aku pun berazam nak wat gini la bila balik Malaysia..tapi sampai sekarang pun tak pernah buat lagi sebab malas tak sempat. =P

Pasar malam yang salah. =P 

Blended fruit yang sedap di pasar malam salah. TB20 = RM 2 

Banana pancake di pasar malam yang salah.

Letak susu jer..coklat habih katanya. 

Gegar-gegar gambar aku amek - makanan apa ntah? Di pasar malam yang benar.. =P

Nasi udang - di pasar malam yang benar.. =P 

Barang-barang antik - di pasar malam yang benar.. 

Persembahan kebudayaan - di pasar malam yang benar.. 

Lepas dah shopping dan puas berjalan, kami pun balik. On the way balik tu, sesat lagi..maklumlah gelap malam kan..jalan pun tak berapa nak jelas. Alhamdulillah. Last-last sampai jugak ke Ao Nang..sambung shopping kat sini nokss.. hihi.Lepas dah cramp kaki berjalan..Pipi ajak masuk rumah urut lagi.. aku? Oh no..no..laki aku dah kesedapan nampak. Aku pujuk jer dia minum-minum kopi tepi jalan dulu sebelum balik hotel. =)

Pancake lagi..hehe di Ao Nang beach..


Kopi plak der..boleh tahan mahal la.

Akhirnya kami pun tido nyenyak sebab kepenatan tahap melampau. Tapi best! =D

Okaylah..bersambung lagi la plak hari terakhir a.k.a perjalanan balik kami yang penuh onak dan ranjau..haha..

Bon voyage..
(^___^)


Nota kaki : 

Sebenarnya nak habihkan entry Krabi ni part 3 jer..tapi masa tak mengizinkan..ade plak la Part 4. (-.-')





Tuesday, May 7, 2013

♥ 1st honeymoon - Krabi {Part 2} ♥


- Assalamualaikum -

Okay, hari kedua kami di Krabi bersambung daripada sini.... =)

Awal-awal pagi kami dah bangun - pakai baju untuk island hoping siap-siap, dan bergerak cari breakfast sambil amek angin pagi di pantai. Tenang sangat pagi kat sini..tak banyak transport. Kami tak memilih untuk breakfast di hotel. Semestinya local food tetap menjadi sasaran utama. Tengah jalan-jalan kami jumpa sepasang couple Melayu ni tengah breakfast kat gerai basikal tepi jalan. Pipi tegur suami orang tu sambil aku membeli-belah apa yang patut. 

Pipi nak makan nasi briyani ayam goreng (40 baht), dan aku pulak ambik pulut manis (20 baht). Serius, sedap gilerrr makanan dia. Kami tapau balik makan kat balkoni hotel. Saja nak fefeeling romantikkss. (^___^) Kami ada jugak beli some food (coklat, roti dll) kat 7 Eleven untuk bawak ke pulau nanti. Hati-hati pilih makanan (pastikan ada cop halal) sebab kat sini diorang memang campur gaul je halal & non-halal food. Pipi hampir-hampir nak ambik sandwich babi kat 7E tu...

Ready for island hoping. (^__^)

Phi-Phi Island

Lepas makan, kami tunggu van pick up di lobi hotel. 8.30 pagi van datang amek bersama dengan ramai lagi pelancong-pelancong yang bakal se'bot' dengan kami. Lepas dapat penerangan daripada tour guide (yang sangat-sangat peramah), kami pun serbu masuk dalam bot. Aku dengan Pipi mestilah pilih tempat paling special - dekat dek bot (kat depan sekali) sebab boleh tengok view seluas mata memandang. Tapi, sedihnya kat situ takde bumbung - memang hitam berkilat ler kami. Bot kami banyak pelancong mat saleh, ada jugak rakyat Thai sendiri - kami berdua &sepasang couple tadi tu jer Melayu.

Selepas sejam 30 minit atas bot (speedboat), destinasi pertama kami adalah di Bamboo Island. Subhanallah! Aku tak pernah pergi ke pantai yang memang air biru hijau, takde sampah langsung, pantai halus giler, takde kulit kerang yang cucuk-cucuk kaki. Memang terbaik! Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu itu.  Kami mandi manda di sini - sambil round-round keliling pulau. Ada jugak jual air dan sikit makanan kat sini.

Haha - excited wa cakap lu! =D

Jernih giler air - macam swimming pool.

The facilities.

Bamboo Bar - jual makanan ringan.

Lepas tu, kami ke tengah laut untuk snorkeling. Ni la first time aku snorkeling. Tengok orang lain terjun rilex jer, aku pun debushh..masuk air skali la. Mula-mula aku sibuk sesuaikan diri aku dengan goggle tu, dah okay..aku pun selam la muka nak tengok bawah laut. Aku mati-mati ingat cetek jek, tapi masyaallah...dalamnya lautt.. Aku terus angkat muka - gabra. Pastu baru terpikir yang aku tak pandai berenang la apa la. Mula carik Pipi nak pegang dan tarik-tarik dia. Pipi suruh aku rilex..cool..nikmati alam katanya. Aku slow-slow rasa okay..tapi still takut. Kami pun berenang tepi-tepi bot jer. Mula-mula terjun tu kemain lagi terus laju jer ke tengah.. =P Seriusly, sangat best! Sebab nampak sampai ke dasar laut. Rasa nak jer pegang ikan-ikan tu, tapi tak dapat.





Cantik kan view dari dalam laut. =') Sape pandai menyelam untung ler..

Tukang amek gambar-gambar dasar laut yang kat atas tu. =P

Dah penat berendam, kami ke Phi Phi Don untuk lunch. Lunch ni termasuk dalam pakej - halal. Rupanya kat Phi Phi Don ni banyak lagi tempat-tempat menarik boleh jelajah. Lepas makan, korag boleh la jalan-jalan keliling pulau ni. Ada banyak kedai-kedai cenderahati dan macam-macam lagi la.

Lepas kenyang, kami menuju ke Maya Bay pulak. Kat sini pernah buat penggambaran citer 'The Beach' - Leonardo Dicaprio. Sini sangat cantik viewnya. Korang jelajah la satu pulau - ada banyak tempat-tempat yang boleh pegi. Tapi, takde la kedai souvenir bagai.. Hujung skali, korang akan jumpa view dari atas - boleh tengok satu pulau dengan cantik skali. Aku tak tau pulau apa. Masa kami sampai sini (dah petang), tak ramai orang pun. Siap boleh mandi manda lagi. Slalu bot lain pergi sini pagi-pagi, memang penuh dengan manusia.


Pulau ni korang akan jumpa di tempat terakhir skali di Maya Bay.

Badan pun dah kepenatan. Last skali, kami melawat pulau-pulau lain macam Monkey Bay, Pileh Bay, Lohsamah Bay, Hin Klarng, dan Viking Cave. Memang cantik view dan sangat romantikkkk~



Gambar ni jer yang cilok google..sebab malas nak transfer Viking Cave ni daripada tab. 
Gambar lain semua amek sendiri.

Ada satu tempat tu, kami punya tour guide (yang super duper peramah) announce satu bot yang kami sedang berhoneymoon - semua orang tepuk tangan. Pastu dia suruh kami berdiri kat dek bot, suruh bercium berlatarbelakangkan view yang romantik tu, dia nak ambik gambar. (-.-') Time tu, aku dah rasa dup dap dup dap dah. Maklum lah, semua orang tengah tengok kami. Aku ingat lagi ayat dia kat Pipi, "Kiss ur wife.. If u dont know how to kiss, lend me ur wife and I'll show u how to kiss..=P.." Haha last-last Pipi cium dahi jela. Siyes, malu giler!

Lepas dah puas meronda keliling laut, kami pun balik. Sangat enjoy dengan pakej yang kami ambik ni. Puas hati. Makanan pun tak kedekut. Tour guide yang sporting. Ada-ada jer gelagat dia menceriakan kami.

Okay, setakat tu dulu. Bersambung part 3..hehe.