Monday, April 29, 2013

♥ 1st honeymoon - Krabi {Part 1} ♥



- Assalamualaikum -

Okay, dah dekat 2 bulan baru nak update pasal honeymoon. =)

Sebenarnya aku tak plan apa-apa pun untuk honeymoon kami. Tapi, Pipi yang teringin sangat nak ke Krabi, Thailand..aku ikutkan jer. =P




{ Hotel }

Kami booking hotel dulu sebelum ke sana. Book pakai boking.com dapat less 50%. Dua malam RM 240 bersamaan 2400 baht di Aonang Goodwill Hotel.  Dinasihatkan kalau korang nak pergi holiday di Krabi, carilah hotel di sekitar Aonang, jangan cari hotel di Krabi town..sebab Krabi town takde pape pun. Pekan biasa jer. Dekat Aonang sangat happening, dekat dengan pantai, banyak deretan kedai untuk shopping, nak book semua aktiviti pun banyak pilihan kat sini.

Goodwill Hotel sangat berbaloi..dengan harga yang murah, selesa, senang dapat public transport, senang dapat makanan halal, senang shopping dan segalanya senang lah.

Receptionist 

Tempat  makan 

 Anak-anak gajah dengan mak bapak gajah.

Bath tub - bersih. =) 

Toilet - bersih dan selesa. =')

{ Hari pertama }

Perjalanan kami bermula pada pukul 7 pagi dari kampung aku  (Kuala Nerang). Sampai border Bukit Kayu Hitam lebih kurang pukul 8 pagi. Kami park kereta di Kompleks Zon Bebas Cukai – RM 15 sehari semalam. Kalau korang nak park dekat border Thailand pun boleh – free. Bawa la geran kereta sekali. Kat sana, takde sekuriti..tapi aku tengok ramai jer rakyat Malaysia park kereta kat sana.

Selepas scan pasport di Imigresen Malaysia, kami jalan kaki sampai ke border Thai. Tak jauh – 5 hingga 10 minit jer. Kalau tumpang bonceng motor teksi tu, siap la RM 5. Tak berbaloi langsung, mahal. Sebelum masuk Thai, kena isi white card dulu. Sebelah Imigresen Thai ada booth isi white card. Korang suruh orang tu isi – RM 2 sorang. Kalo isi sendiri – free.  Sampai kaunter Thai, nak cop pasport, selitkan duit RM 1 sorang. Masa nak keluar balik Malaysia ritu, pegawai imigresen tu tak pulak mintak RM 1 kat aku. Bila sampai turn Pipi, dia mintak. Tak paham jugak..maybe dia tengok aku gojes sangat kot? Eh? T_T

Lepas cop pasport, kami terus blur. Maklum la..konon nak honeymoon ala-ala backpakers – takde nak booking transport ke dulu. Kami jalan sambil cari van ke Krabi. Mula-mula tak jumpa – asyik jumpa teksi jer – mahal RM 80 sorang. Kami decide untuk jalan lagi hingga sampai kat depan 7E, ada van untuk ke Hatyai. So, kami naik van tu – RM 5.80 sorang. Van tu cantik jugak. Perjalanan ke Hatyai dari Danok (sempadan Thai-Malay) lebih kurang 45 minit.

Sampai stesyen bas Hatyai, ada orang tunjukkan van ke Krabi. RM 29 seorang. Lama betul kami tunggu van ni..sejam lebih baru sampai. (-.-') Ada sorang auntie Siam ni tunggu skali gak. Dia la yang baik hati panggilkan tut-tut bila sampai Krabi. Tapi, servis van ni bagus. Driver dia tolong bukakan pintu tiap kali nak turun dan naik van. Dia juga ada stop untuk lunch di kedai makan yang lengkap (makanan halal - surau - toilet - tempat shopping jajan). Kedai ni memang tepi jalan nak ke Krabi. 

Kedai kami beli tiket van ke Krabi - berhadapan dengan stesyen bas Hatyai.

Akhirnya lepas 4 jam dalam van, kami pun sampai di Krabi. Ambil tut-tut ke Ao Nang dalam RM6 sorang - lebih kurang 20 minit. Sampai Ao Nang, sangat happening dan best! Teruja giler. Lepas check in hotel, mandi-mandi, solat - lepas Maghrib kami decide untuk pergi cari makan dan jalan-jalan dalam deretan kedai yang banyak tu. 

Sumpah sedap giler makanan kat sini. Rinduu... 

Keterujaan Pipi berdiri tegak. (^_^)

Time ni boleh la pre-shopping (hehe leh caya ke?) sambil cari pakej yang sesuai untuk island hoping esok. Sila survey puas-puas sebelum decide nak ambil pakej mana sebab banyak pilihan dengan harga yang berbeza. 

Kami amek pakej Phi Phi Island kat sini. Murah berbanding yang lain.

Kami dapat RM100 sorang (Pakej Phi Phi Island) termasuk perjalanan dengan speedboat ke Phi Phi Don Island, Lohsamah Bay, Pileh Bay, Monkey Bay, Maya Bay, Viking Cave, Hin Klarng, dan Bamboo Island - termasuk lunch di Phi Phi Don Island (halal food), alatan snorkeling, buah-buahan dan coke atas bot.

Lepas dah penat berjalan, kami pun nak merasa 'Thai Massage' jugak. So, sorang RM25 (ada banyak yang RM20) sejam. Kami ambil yang mahal RM5 sebab nak pilih tukang urut lelaki untuk Pipi. Haip! Takkan aku nak bagi 'Thai girl' yang urut dia kan..siap aribulan aku pulak jadi 'TIGER'..

Are u ready for massage? =P

 Skandal Pipi.. =P Geli hokeyyy~

Dah kepenatan, kami pun balik hotel lalu tido dengan nyenyaknya...

(^___^)


 Bersambung esok...insyaallah. =)





Friday, April 19, 2013

♥ 2nd honeymoon - Pangkor (Part 2) ♥


- Assalamualaikum -

Bersambung daripada Part 1 di sini...

Petang hari pertama, selepas singgah di kilang satay, kami pun round-round satu pulau sambil dating-dating pegang tangan..ahaks! =P *sila muntah* Masa ni rasa relax sangat, tak stress.. =) Menikmati alam ciptaan Allah memang sangat menenangkan hati dan perasaan.



Kami singgah minum petang di PantaiTeluk Nipah. Teluk Nipah banyak deretan kedai makan dan hotel-hotel yang dekat dengan pantai. Tapi, kedai makan kat sini boleh tahan mahal jugak. T_T Aku makan pancake pisang - saja nak compare pancake Pangkor dengan Krabi. Hehe. =P


Sambil tu, kami survey pakej untuk snorkeling esok. Banyak harga yang ditawarkan. Kebanyakkannya RM50 - speedboat 2 orang - snorkeling + island hoping. Ada yang lagi mahal dan ada jugak yang kami jumpa RM20 sekepala untuk snorkeling + island hoping. Yang tu paling murah. Pikir punya pikir, kami pilih yang Brader Rasyid punya. RM 15 sekepala untuk snorkeling sahaja. Nak island hoping, tambah RM 10. Rasyid ni kami jumpa masa kami first time naik motor kat Pangkor..kami sesat. Dia yang tunjukkan jalan sampai ke hotel. Kami berkenalan kat situ dan dapat tau dia beach boy. Dia pun ajak lepak kat pondok dia. Tapi, kami tak pi pun sebab nak tido hotel lagi syok. =P

Lepas dah penat, kami balik hotel..mandi dan rehat. Malam lepas maghrib, kami keluar makan. Time tu hujan rintik-rintik. Aku pun rasa nak jadi ayu. So, aku pakai la skirt jeans + t-shirt naik motor. Siap duduk kepit-kepit sebelah kaki macam orang dulu-dulu naik basikal tu. Hehe curlast gitu kan? Pipi pun pandai bawak motor slow-slow jer takut bini dia jatuh. Auuwww~ Rela kena hujan lagi tau. =P Kami singgah satu kedai ikan bakar tak jauh daripada hotel. Lama giler tunggu makanan siap sebab ramai orang. Lepas dapat makanan, sedap jugak! Pipi makan sampai menjilat jari...kalah kepci.


Esoknya, kami pun bersiap untuk snorkeling. Hehe kali ni nak balas dendam sebab time kat Krabi aritu, Pipi mabuk laut pulak. So, kami tak puas terjun tengok Nemo. =P Kami ke tempat Rasyid, naik sebiji boat kecik ke tempat snorkeling. Kat Pangkor snorkeling dekat je dengan pantai. So, tak dalam sangatlah laut tu. Dinasihatkan sesiapa nak pergi snorkeling tu, pergilah awal-awal pagi lepas subuh (pukul 8) sebab time tu air laut sangat jernih dan ikan pun banyak datang kat kita. Best! Bila dah start ramai orang, air laut jadi keruh, ikan pun nampak sipi-sipi jer. Huhu.





Ikan-ikan di Pangkor - kamera kami waterproof. Haha..belagak giler kan? =P

Tapi, time dekat Pangkor ni, aku pulak buat hal. Sian Pipi. Mula-mula nak terjun, aku excited jer. Tapi, lama-lama aku tak pandai control goggle set tu.. Tudung aku puncanya - tebal sangat sebelah tepi tu. Nyelam jer, air masuk. Mula la aku panik, bila dah berjam-jam asyik masuk air jer - aku mula give up. Jadi fobia pulak bila nak lemas. Hehe. Last-last kami tukar port, pergi kat sebelah pantai yang belakang pulak. Time tu baru rasa best. Dapat bagi ikan laut makan kat tangan. =) =) Seronok giler. Korang-korang yang nak pergi snorkeling tu, bawak stok roti banyak-banyak tau. Tapi, kesian jugak kat Pipi - disebabkan aku, dia tak dapat pergi menyelam kat tempat dalam. T_T Rasa bersalah - jadi aku rasa kami perlu bercuti kat laut lagi kot untuk balas dendam dengan ikan-ikan. Kan abang kan? =P


Okay, malas nak cerita pasal Pangkor panjang-panjang. Lepas tu, kami pun balik. Hehe.

Babai~











Monday, April 8, 2013

♥ 2nd honeymoon - Pangkor (Part 1) ♥



- Assalamualaikum -

Alhamdulillah. Honeymoon kedua kami - selang seminggu selepas honeymoon pertama - selang dua minggu selepas nikah - yeay! Ke Pangkor pulak. =) Sebenarnya pakej honeymoon ni dapat sebagai hadiah perkahwinan kami daripada Dato' ape ntah? Owhh..tolong la jangan lupa. Hehe ingat la - Dato' Mohd Arpan Bin Shari (Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah - KEDA).

Perjalanan ke Pangkor dari Penang memakan masa 3 jam. Kot la..sebab masuk kereta jer aku terus lelap sampai la ke Jeti Lumut. =P Kami sampai lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Parking kereta di tempat parking bertingkat & berbumbung. Harga parking ikut jam. Lepas tu, beli tiket di kaunter - RM 10 per head. Feri ada setiap setengah jam. Kami makan dulu sebelum naik feri. (^_^)

Tiket feri

Hidangan aku - bakso (ada maggi + bihun + mee)

 Hidangan Pipi - koey teow goreng

Dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor ambil masa lebih kurang 45 minit. Feri yang kami naik boleh lepak kat luar sambil menikmati pemandangan laut luas terbentang - ciptaan Yang Maha Esa. Tapi aku? Sambung tido. Hehe.

Sampai di Pangkor, kami ambil motor - harga RM 30 sehari semalam. Mahal! Sebab di Krabi motor boleh dapat RM 20 jer - skuter cantik dan comel dan kiut miut fefeling cinderella tau tak. Kat Pangkor dapat motor Honda kapcai jer. Nak skuter yang tak berapa cantik tu RM 40. Mahal. Mahal.

Berbekalkan map yang budak motor tu bagi - kami pun bergerak ke hotel. Hotel kami Up Town Beach Resort - terletak betul-betul depan pantai Pasir Bogak. Jalan kaki seminit je dah sampai. Hehe. Biliknya ok-ok. Selesa. Makan pun ok-ok. Sedap. =) Harga kami tak berapa pasti - maklum la free kan? =P Rasanya dalam RM 150 kot rate biasa (bukan cuti sekolah dll) untuk bilik Standard Deluxe.



Lepas melepak puas-puas dalam bilik, kami pun mandi dan round-round keliling Pangkor dengan motor kami. Mula-mula pergi Kota Belanda - tinggalan sejarah. Ada kubu dan kedai souvenir. Boleh la lepak-lepak sambil makan keropok lekor.



Lepas tu, kami pusing satu pulau. Senang jer - ikut je jalan lurus - macam satu bulatan. Tengah-tengah round tu nampak kilang satay ikan. So, singgah la - shopping siap-siap sebab esok taknak shopping dah. Eh, yeke? Haha. =P Sebenarnya ikan bilis kat sini mahal. Baik korang beli kat Jeti Lumut sebab murah, boleh minta diskaun, dan yang penting perniagaan orang Islam. Kat sebelah pulau ni, kebanyakannya Chinese.




Okay, aku rasa setakat ni dulu lah update pasal honeymoon kedua kami. Nanti sambung balik. Haha..sorry lah sebab update blog tak ikut susunan yang betul. Well, mood memang berkobar-kobar nak update, tapi kekangan waktu, kerja hakiki kat lab pun banyak giler...so memang terbengkalailah seketika. *sobs*


Nota kaki :-

Doakan saya beroleh kekuatan untuk menjadi seorang isteri yang menyenangkan hati suami, seorang pekerja yang komited (walaupun sumpah saya rasa macam nak give up nak guna tulang empat kerat ni), seorang ibu yang penyayang, dan yang paling utama-seutamanya menjadi hamba Allah yang mendapat rahmat dari-Nya. Amin~






Monday, April 1, 2013

♥ majlis akad nikah ♥


- Assalamualaikum -

Alhamdulillah, dah genap 3 minggu kawen, baru sekarang ada masa nak update pasal majlis. =P Hehe orang bersuami memang bizi ye? *muntah*

Akad nikah aku pada hari Jumaat bersamaan 1 March 2013 bersamaan 19 Rabiulakhir 1434 pada pukul 5.30 petang (lepas Asar). 


Memandangkan aku ambil persalinan jauh gitu daripada rumah, kat Jitra nun..awal lagi aku dah bertolak pergi butik. Sampai butik dalam pukul 12.30 tengahari. Pipi pun ikut sekali tapi naik kereta asing-asing. Aku gerak dengan Nadia & Lily. Dekat butik, ada la beberapa perkara yang aku tak berapa suka dihati...yang terpaksa ikhlaskan diri untuk senyum.. =) Tapi, biarlah rahsia..hihi.

Okay, dah habih di butik, kami pun bertolak balik. Tak lama lepas tu, Madehah dengan Ika pun muncul. Terima kasih sayang datang rumah ai masa akad nikah. Lepak-lepak kejap, pihak lelaki pun dah ke masjid, kami pun ke masjid lah jugak. Lepas orang solat semua, tok imam suruh aku ke depan dekat pihak lelaki.

Lepas tu, bermulalah upacara akad nikah kami. Tok imam suruh abah mintak kebenaran aku untuk berkahwin dengan Pipi. Abah pun tanya, "kakak sudi tak nak kawen dengan Aizat ni?" hehe dalam hati aku nak gelak kuat-kuat. Aku pun laju jelah jawab, "SETUJU!" Pastu tok imam tu cakap.. "sebenarnya kalau tak cakap setuju pun takpe, senyum jer pun dah ok.." OMG! OMG! Tebal giler muka aku time tu. Sengih jela. (-.-')

Alhamdulillah, lepas imam baca khutbah semua, imam tanya Pipi, tau x rukun nikah ada berapa? Pipi pandai jawab 5. Dalam hati aku, tolong la imam ni jangan tanya aku. Aku tak hapal apa-apa pun. Langsung tak. Lupa. 

Tengok-tengok imam terus proceed dengan khutbah nikah semua. Lepas tu, Pipi pun genggam tangan tok imam.. Alhamdulillah, sekali lafaz jer (takde imam tu nak suruh praktis dulu ke apa ke) aku dah menjadi milik Pipi. Jeng jeng jeng..aku nangis tak? =P 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tak pun! Adik-adik aku yang tacing. Aku maintain jer. =) Pastu aku terus salam mama yang kat sebelah aku (mata mama tak nangis jugak, dalam hati tak tau ler), salam makngah..lepas tu makngah suruh aku salam dengan mak mentua aku. 


Aku pun dengan control ayu, pergi la salam cium tangan mak mentua aku semua. Tiba-tiba lepas tu dia bisik kat aku.. "Najwa, majlis tak habih lagi. Imam tengah nak sambung cakap, belum baca doa lagi.." OMG! OMG! Time tu double triple muka aku tebal berinci-inci. Semua orang kat masjid tu pandang aku. Gelojoh giler. Aku pun dengan malunya..sipu-sipu la balik ke bantal princess aku. Terus duduk simpuh ayu. 

Selepas semuanya selesai, Pipi pun sarungkan gelang kat aku untuk batalkan air sembahyang. Tapi, si Pipi ni tak pernah pakaikan gelang kot. Cangkuknya dia tak kelip. Terkebil-kebil aku sendiri pasangkan cangkuk. Camera plak asyik dok flash je. Pastu dia cium dahi aku. Haha ni pun rasa nak gelak guling-guling jugak! Tapi, okaylah not bad. Dah jadi suami isteri ye kita bang? =P


Pastu kami pun bergambar sakan. Hari first sebagai isteri, aku tinggalkan Pipi makan sorang-sorang dulu sebab aku berkejar nak solat Asar. Sorry ye sayang? Ngee~ =')

Okay, alhamdulillah..bersyukur sangat sebab semuanya berjalan lancar. Allah kurniakan saya seorang suami. Terima kasih Allah. *sujud syukur*

Pada saat aku diijabkabulkan, aku berjanji pada diri sendiri, aku akan tutup pandangan aku untuk lelaki lain. Sumpah, aku mahu setia & taat pada suami. Yang berlalu, jadikan sejarah.. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami. Mintak maaf semua..