Tuesday, March 12, 2013

♥ bergelar isteri & menantu ♥


 - Assalamualaikum -

Alhamdulillah. Allah kurniakan aku seorang suami. =) Senyum sampai telinga. Semua majlis berjalan lancar..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Walaupun ada sesetengah part tentang majlis saya yang aku paling tak suka. Semuanya pasal butik pengantin. Huwaaa..tapi syukur, aku dah tak perlu berurusan apa-apa lagi dengan diorang. Haha boleh pulak gitu ye? Sebenarnya time make up & salin baju pengantin tu, aku berlakon happy jer. =P Hehe mintak maaf ye..aku memang tak selesa time tu. Syukur semuanya dah lepas.Sekarang rasa dah bebas.. =P

Kehidupan selepas bergelar isteri? Menantu? dan bakal mama? Haha, okay..yang 'mama' tu belum lagi. =P Alhamdulillah. Aku suka dan bahagia. Ada suami yang sekepala dan boleh tolak ansur, ada family baru yang sporting, aku cukup gembira. =) Suami aku pun boleh masuk dengan family aku - terutama dengan si kecik Nurin - dah jadi geng, asyik berkepit jer. Family sebelah suami aku pun alhamdulillah..harap diorang dapat terima aku seadanya - yang serba kurang ini.

Hari pertama di rumah mentua, dup dap dup dap jugak. Maklumlah..tak biasa. Dengan family besar dia dari KL pun masih lagi tak balik, aku jadi kecut perut. Tapi, senang berurusan dengan diorang. Aku tak rasa kekok langsung..sebab aku rasa diorang pun macam family aku jugak la. Diorang pun slumber jer tegur-tegur aku, rasa macam dapat banyak mak pulak. Hehe.

Aku awal-awal lagi dah cakap dekat mak mentua, aku tak pandai sangat buat kerja rumah, memasak apatah lagi. Jadi, aku boleh ikut jela apa yang mak suruh. Lagipun, mama (mak ori - hehe) banyak kali pesan, jaga tingkahlaku kat rumah orang. Kalo tak pandai buat sesuatu, ringankan mulut bertanya itu ini...jangan pandai-pandai buat sendiri.

Sekarang, 2 minggu lagi aku masih lagi stay bersama mak mentua sebelum dia balik KL. Setakat hari ini, aku pergi kerja, mak mentua yang siapkan sarapan, bungkuskan makanan untuk makan kat lab dan hantar sampai depan pintu pagar. Haha heaven kan? Rasa macam balik ke sekolah rendah, time mama jaga kita betul-betul sebelum pergi sekolah. Maklumlah..dah masuk seklah menengah, dok hostel..semua mende kena buat sendiri kan... Malam sebelum tu, aku ada tanya mak mentua, "esok pagi-pagi mak bangun camna? Nak buat apa?" Pastu dia cakap, "Najwa, kau buatlah macam rumah kau sendiri, kau bangun jela macam biasa kau bangun, kau siaplah pergi keje elok-elok. Kat dapur ni tak perlu tolong banyak sangat.." Hehe best kan? Tapi, aku sedar, aku tak boleh terlalu selesa dengan keadaan sekarang. Sentiasa beringat, langit tak selalunya cerah.. =)

Apa-apa pun, terima kasih kepada mama abah kerana sudi mengahwinkan kakak.
Dan kepada family mentua, terima kasih kerana sudi menerima Najwa seadanya.



Nota kaki :

Insyaallah..akan update pasal hari akad nikah yang membuatkan aku malu sepanjang zaman, majlis bertandang, majlis sambut menantu, honeymoon..dan lain-lain. =P Kalau rajin la..