Monday, February 11, 2013

♥ Hatyai - Songkla Trip ~ Part 3 ♥



Lunch, solat & Samila Beach

Kemudian, kami pun bertolak ke Samila Beach. On the way nak ke sana, singgah dulu tepi jalan isi perut dan solat. Harga makanan kat sini, boleh tahan mahal jugak la. Macam makan kat Penang pulak rasanya. =P Tapi, make sure korang tukar duit baht cukup-cukup ye. Sebab kebanyakan peniaga tak amek Ringgit Malaysia. Ada jugak yang ambil. Aku tak kata semua tau. Lepas tu, kami solat di sebuah masjid sebelah kedai makan. Bila aku tanya penduduk kat situ nama masjid tu, diorang pun tak tau. 





Sampai Samila Beach, tengok laut dan pantai...subhanallah..cantik! =D Ombaknya kuat giler. Kat sini jugak ada statue kucing dan tikus, dan jugak golden mermaid. Punya la ralit bergambar kat sini sampai kami lewat 15 minit naik bas. Huhu malu jugak. =P



Klanghoe Floating Market

Hehe kat sini tempat paling best! =D Sebab unik, sedap, dan murah. Rata-rata makanan yang dijual kat Folating Market ni dibungkus pakai tembikar. Air pun dijual camtu jugak. Dah la sedap. Beli air laici & kelapa - pekat sangat rasanya. Jangan risau makanan kat sini kebanyakan halal. Selain makanan, ada jugak jual barang-barang macam baju, beg, kasut, souvenir dll. Pilih jer yang mana berkenan & tawarlah harga semurah mungkin. =P 




Okay2, sudah malas mau bebel panjang-panjang. Hati tengah runsing. (-.-') Tak sampai sebulan saya bakal bergelar isteri orang! Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bi khair. Amin~  =')




1 comment:

Isha Rulina's said...

salam kenal....best tak kat Hatyai sis?