Friday, February 15, 2013

♥ alahai butik pengantin ♥


- Assalamualaikum -

Yep. Kurang sebulan aku bakal menamatkan zaman single. Ehem. Apa rasa? Hehe. Heartless. Semoga Allah tetapkan hati ini dan permudahkan segalanya..insyaallah. =)

Kepada semua bakal pengantin, aku nasihatkan hati-hati pilih butik, pilih caterer, pilih photoghrapher. Kalau boleh, time majlis kita nanti nak semuanya berjalan lancar kan? Kami pun dah tertipu dengan somebody pasal butik pengantin. Bukan nak burukkan sesiapa, apatah lagi nak balas dendam, cuma ambillah sebagai pengajaran. Manusia ni macam-macam jenis kan? So, kami anggap apa yang berlaku tu sebagai kifarah dosa-dosa kami.

Sebenarnya, kami dah book  satu butik pengantin ni pada bulan 10 tahun lepas lagi..sebab konon nak settlekan cepat-cepat. Nanti Pipi masuk intensif, susah. Cadangnya nak buat baju baru. Tapi, sampai last 2 weeks, bila kami tanya pasal baju, orang yang in charge (kononnya nama A) cakap belit-belit. Pastu dia nak jumpa kami di butik yang lain, bukan butik awal-awal kami book dulu. Aku dah rasa pelik dah..dup dap dup dap. Maklumlah, kite perempuan mesti risau jugak baju mana nak pakai nanti kan. Bila tengok baju kat butik tu, aku langsung tak berkenan. Geram jugak la sebab dia jnji nak buat baju baru, tapi tak. So, aku pun cakap kat A yang aku nak pegi pilih baju kat butik yang lama tu..butik ni baju cantik-cantik. Tapi, A ni tak bagi aku pegi butik tu.. Alahai..geram!

Esoknya, aku dok termenung kat pantry pikirkan baju aku dengan mimpi yang pelik-pelik. Yes, pelik giler - aku mimpi aku kena sihir..mimpi keluar paku dari telinga, mimpi benda-benda tajam banyak di sekeliling aku. Sebelum ni, aku tak amik port pun mimpi-mimpi camtu. Tapi, nape ntah pagi tu dok teringat jer. Dipendekkan citer, time lunch aku ajak Nurul pegi butik yang first2 aku tempah tu tanpa pengetahuan A. Sampai jer, owner butik tu cakap A dah lama behenti keje sebab asyik songlap duit customer. Ya Allah..time tu speechless jela sebab Pipi dah bayar habis duit kat A ni. Itu pun sebab A ni mintak suruh bank in cepat2. Stress jugak time ni.

Tapi, alhamdulillah..owner butik dah jnji nak buat balik baju kitorang semua. Dia cakap, memang la dia rugi, tapi dia taknak aniaya customer dia. Yang belot dengan dia staff dia, so dia nak bertanggungjawab. Alhamdulillah..bersyukur sangat2. Kesian jugak dengan owner tu sebab dia pun kedai baru kena rompak, dia kena tikam..kena hiris2 kat tangan..masuk icu la. Time ni jugak staff dia buat hal. Tapi, dia anggap ni sebagai dugaan. 

Yang si A ni mati-mati taknak pulangkan duit kami. Siap pujuk suruh ambil baju kat butik dia yang baru tu. Masalahnya butik dia tu, terlalu bersih, xde barang, tak meyakinkan langsung..tambahan pula dia cakap belit-belit susah orang nak paham. So, kami tak berani nak tanggung risiko. Dia taknak pulangkan duit, kami dah report polis. So, biar polis buat keje diorang la pulak.

Huhu..apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk kami ye? :D 
Rabbi yasir, wala tu asir.. ♥

Nota kaki :

Aku taip pakai tab, so boring la entry kali ni takde gambar banyak2 kan.. lagipun takde mood, malas. 

Monday, February 11, 2013

♥ Hatyai - Songkla Trip ~ Part 3 ♥



Lunch, solat & Samila Beach

Kemudian, kami pun bertolak ke Samila Beach. On the way nak ke sana, singgah dulu tepi jalan isi perut dan solat. Harga makanan kat sini, boleh tahan mahal jugak la. Macam makan kat Penang pulak rasanya. =P Tapi, make sure korang tukar duit baht cukup-cukup ye. Sebab kebanyakan peniaga tak amek Ringgit Malaysia. Ada jugak yang ambil. Aku tak kata semua tau. Lepas tu, kami solat di sebuah masjid sebelah kedai makan. Bila aku tanya penduduk kat situ nama masjid tu, diorang pun tak tau. 





Sampai Samila Beach, tengok laut dan pantai...subhanallah..cantik! =D Ombaknya kuat giler. Kat sini jugak ada statue kucing dan tikus, dan jugak golden mermaid. Punya la ralit bergambar kat sini sampai kami lewat 15 minit naik bas. Huhu malu jugak. =P



Klanghoe Floating Market

Hehe kat sini tempat paling best! =D Sebab unik, sedap, dan murah. Rata-rata makanan yang dijual kat Folating Market ni dibungkus pakai tembikar. Air pun dijual camtu jugak. Dah la sedap. Beli air laici & kelapa - pekat sangat rasanya. Jangan risau makanan kat sini kebanyakan halal. Selain makanan, ada jugak jual barang-barang macam baju, beg, kasut, souvenir dll. Pilih jer yang mana berkenan & tawarlah harga semurah mungkin. =P 




Okay2, sudah malas mau bebel panjang-panjang. Hati tengah runsing. (-.-') Tak sampai sebulan saya bakal bergelar isteri orang! Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bi khair. Amin~  =')