Thursday, January 17, 2013

♥ passport oh passport ♥


- Assalamualaikum -

Esok pergi holiday! Yehaaa. =')

Okay, sebenarnya nak cerita pasal kisah buat pasport. Setelah 4 kali berulang-alik ke Pejabat Imigresen, alhamdulillah baru dapat settle. Sebenarnya tak susah. Keadaan yang tak sesuai kot masa aku pergi buat pasport tu.

Mula-mula hari Ahad, pergi ke Pejabat Imigresen Sungai Petani - dekat Wisma Keladi, dekat jam besar. Elok jer sampai pejabat itu dekat tingkat 2, sistem offline pulak. So, hanya dapat ambil borang jelah. Alang-alang dah cuti kat Sungai Petani tu, terus pergi ambil gambar sekali. Nak buat pasport, perlukan gambar 2 keping, photostat IC, IC original, dan duit. Untuk 2 tahun, bayar RM 100. Untuk 5 tahun, bayar RM 300. 

Next day, Isnin - pergi Pejabat Imigresen Seberang Jaya pulak. Sebelah highway, dekat hospital. Masyaallah, orang ramai sangat. Memandangkan aku pergi pun dah petang, pukul 2 camtu la. Rasa macam tak sempat nak ambil pasport hari yang sama. Jadi, terus balik tanpa pikir panjang. (-.-')

Lepas tu, hujung minggu balik kampung, memang berhajat nak buat sekali dengan family semua kat Durian Burung. Sebenarnya, ofis mama ada buat trip ke Hatyai. So, family semua buat border pass jer. Aku la malas nak buat border pass - nanti nak pergi jalan-jalan dengan Pipi nak pakai pasport jugak (haha berangan kan? =P insyaallah!). Pejabat Imigresen Durian Burung sangat tak ramai orang. Maybe sebab jauh dari bandar kot. So, senang lah urusan border pass abah, mama, abang, dan adik (angah buat sendiri, achik dan ateh tak ikut..hehe..). Bila sampai turn aku, aku cakap nak buat passport. Tiba-tiba pegawai tu cakap kat sini tak boleh buat passport. Takde mesin. Adoi~ Stress berasap berangin jer rasa.

Dah tu, tunggu apa lagi, terus berkejar ke Pejabat Imigresen Anak Bukit la pulak. Tengok-tengok orang beratur panjang nak ambil no giliran. Time tu pun dah pukul 2 lebih. Dalam hati dah rasa tak best dah. Takut tak sempat nak ambil hari tu jugak. Hatyai trip tu pun dah dekat, takut tak sempat buat lain kali. Last-last redha jela. Try tunggu jugak berjam-jam pun. Sambil tu, ambil no giliran untuk buat border pass jugak. Mana tau, kalo tak sempat passport, ada border pass back up. Buat border pass lagi cepat dari passport. 

Tunggu punya tunggu, last-last dua-dua no dipanggil dekat-dekat serentak. Mula la kelam kabut nak berkejar ke dua-dua kaunter. Nasib baik ada mama tolong teman. Hehe. =P Border pass siap dulu. Tak lama lepas tu, passport pun dapat siap jugak. Tu pun dah sipi-sipi pejabat nak tutup. Haha rugi kan? Padan muka. Tapi, alhamdulillah..Allah mudahkan urusan. =') 


Sedikit info :-

1) Pejabat Imigresen buka pada pukul 7.30 pagi sampai 5.30 petang.

2) Masa untuk passport siap selepas serahkan borang & buat bayaran di kaunter ialah 1 JAM. Yang lama tu sebab nak tunggu no giliran. Orang ramai.

3) Pejabat Imigresen Anak Bukit best sebab ada kemudahan toilet dan surau yang sangat dekat. Dalam surau pun ada speaker boleh dengar no giliran kita.

4) Nak buat passport, perlu isi borang, photostat IC, IC original, gambar 2 keping, duit bayaran - RM 100 untuk 2 tahun, RM 300 untuk 5 tahun.

5) Nak buat border pass, hanya perlukan IC original, gambar 2 keping, bayaran RM 10.

6) Jika nak buat untuk warga emas atau kanak-kanak, pastikan orang yang nak buat tu hadir sama ke pejabat imigresen.

Passport Malaysia.


Nota kaki :

Badan pun dah penat. Mata pun dah mengantok. Beg untuk esok tak packing lagi. Jadi, nak tido la dulu. Gudnite~ =')





No comments: