Tuesday, January 22, 2013

♥ Hatyai - Songkla Trip ~ Part 2 ♥


- Assalamualaikum -

Orite. Mari kita sambung cerita~ =)

Permulaan hari kedua dengan tak berapa bagus. Sebabnya? Aku terlepas solat subuh. Huwaaaa~ ='( Gara-gara adik aku pegi set jam time Thailand. Grrrr~ Aku ingatkan baru pukul 6, rupanya dah pukul 7, matahari dah tegak oiii~ (-.-')

Bazaar borong Hatyai & tuk-tuk

Okay, selepas tu kami satu family naik tuk-tuk ke bazaar borong kat tengah-tengah bandar Hatyai. Tuk-tuk tu sejenis kenderaan macam van terbuka, tapi berkhidmat macam teksi. Dalamnya boleh muat dalam 6-7 orang. Kat sini, ada jugak teksi motor - untuk sorang penumpang naik. 

Tuk-tuk. Satu aku perasan kat Thailand, wayar elektrik berselirat teruk. 

Dekat bazaar ni, macam-macam ada - macam pasar Siti Khadijah Kelantan tu. Kami breakfast pun kat sini. Makan nasi patayya awal-awal pagi. Rasa macam kembung jer perut tau. Tapi sedap - ada lauk kerabu kaki ayam, kerabu mangga, otak-otak dan lain-lain. 

Otak-otak dan kerabu sangat merbeles.

Kedai yang kami makan. Tingkat dua di bazaar. Halal kan? =)

Kat bazaar ni ada jugak jual barang macam kasut, beg, kain baju..macam-macam la. Kalau pandai tawar menawar, lagi dapat murah. Dun worry kat sini sesetengah peniaga pandai cakap Malay, tak pun English, tak pun kalo kena auntie yang veteran sikit, korang deal jer pakai tekan-tekan no kat kalkulator. =P 

Mari shopping habiskan baht. Hehe.

Nora Plaza

Tepat pukul 12 waktu Malaysia, kami check out apartment. Mula-mula singgah di Nora Plaza, tempat menjual barangan kulit & lain-lain. Tapi, aku tak beli apa-apa pun sebab harganya mahal jugak. 

Gambar google - sumbernya di sini.

Gudang Makanan Ringan

Tak jauh dari Nora Plaza, kami singgah di sebuah gudang makanan ringan. Banyak pilihan. Kat sini, kami beli sebungkus seaweed & perencah tomyam Thai. Haha, yang ni wajib beli tau. Sedap. Bila masak kat rumah, sama macam makan tomyam kat Hatyai. =P Tak pandang dah perencah tomyam Knorr tu. Hihi.

 Suasana dalam gudang makanan ringan.
Seaweed 80  baht. Tomyam paste 100 baht. 

Sebenarnya tak tau nama gudang ni apa - sebab tulisan Thai. Tapi, kat plastiknya tulis camni la.

------------------------------------------------

Cukuplah entry Hatyai Part 2 sampai sini dulu. Next week sambung pasal Samila Beach & Klanghoe Floating Market pulak ye.. Sebab gambar-gambar tertinggal kat kampung. Hehe. Macam tak sedap la entry takde gambar. =P

Adios~ 











1 comment:

missina said...

Kt sana best shopping la yek..sbb murah kann