Sunday, January 20, 2013

♥ Hatyai - Songkla Trip ~ Part 1 ♥


- Assalamualaikum -

Sawadikaa.. Sawadikaap.. 

Haha~ Hatyai mood still activate. =) Okay, last thursday kami (abah, mama, aku, angah, abang & baby in) ikut trip ofis mama ke Hatyai & Songkla, Thailand untuk 2 hari 1 malam. Kami bertolak naik bas pukul 4.30 petang. Kemudian, berhenti di kedai tepi jalan di Changlun untuk tukar duit dan buat insurans. Kami hanya pakai border pass untuk ke sana sebab penduduk Kedah boleh ke Hatyai, Singgora dan kawasan sekitar tanpa pasport. Duit Thailand 100 baht bersamaan RM 10.

Thai baht.

Imigresen

Kami masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam. Alhamdulillah. Kedua-dua imigresen Malaysia & Thailand tak banyak songeh. Lepas cop border pass, terus boleh masuk. Masa nak keluar Thailand (nak balik) pulak, kami cop dulu border pass di imigresen Thailand, lepas tu baru sambung shopping di Dannok. Bila sampai Malaysia ( Bukit Kayu Hitam), bas berhenti dan kami kena keluarkan semua barang yang kami bawa dan beli untuk di scan. Well, prosedur biasa yang tak banyak kerenah.

Masuk Thai, terus nampak menara jam ini dari Imigresen Thailand.

Sami Kitchen

Kami sampai di Hatyai kira-kira pukul 8 lebih waktu kita. Waktu di Thailand lewat sejam daripada waktu Malaysia. Lepas tu, terus makan di Sami Kitchen. Sebenarnya dinner ni yang jadi tujuan utama trip ni diadakan. Untuk meraikan someone. Of cos aku tak tau siapa dan tak kenal sebab dia kawan ofis mama. Food kat Sami Kitchen, sedap! Kalau pegi Hatyai jer, mesti makan kat sini. Original Thai food yang halal. Tempat pun selesa dan bersih. Surau dan free wifi turut disediakan.





Tempat tinggal

Selepas dinner, kami terus check in bilik tido. Kalau dulu di Golden Crown Plaza Hotel, kali ini di VC Apartment pulak. Biliknya biasa-biasa saja. Boleh la untuk rest dan tido. Terletak betul-betul di bandar Hatyai, sebelah jer dengan hotel-hotel besar. Malam-malam ada street bazaar yang kita boleh jalan kaki 5 minit jer daripada apartment ni ataupun hotel-hotel macam Golden Crown Plaza & Hotel Regency (terletak berhadapan hotel Golden Crown).



Rumah urut

Sampai bilik lebih kurang pukul 11 malam. Jadi, aku dan Nadia bercadang nak melepak kat street bazaar tu sambil cuci mata. Tapi, kebanyakan kedai dah tutup. Kedai makan jer banyak lagi yang buka. Paling banyak jual pulut durian, pulut mangga, udang goreng (dari udang sederhana besar sampai lah ke lobster) dan pan cake. Disebabkan kami dah kenyang dinner tempat best sebelum tu, jadi kami tak beli makanan apa-apa pun. 

Jalan-jalan tepi kedai pulak, ada banyak rumah urut. Nadia hasut aku suruh mengurut (haha sebenarnya sebelum sampai lagi kami dah berangan nak pegi mengurut). Masuk satu kedai ni (tak ingat nama apa), minta nak buat Thai Massage..murah giler kot. RM 20 (200 baht) untuk sejam. Memang sejam tu kaw-kaw dia urut. Siap duduk atas badan kita lagi. Tapi, dinasihatkan yang lelaki, kalo rasa iman tak kuat, jangan datang sini tau. Cobaannn~ =P Untuk Thai massage yang kami amek, tak perlu tukar kain batik pun. Dia hanya massage atas baju kita jer..tapi sumpah sedap! =D Untuk Oil Massage 400 baht. Foot massage tak tau berapa harganya. Sesi mengurut kami habis tepat jam 1 pagi (pukul 12 tengah malam Thailand). 

Aku rasa kan, no wonder la ramai lelaki gatal yang datang Hatyai untuk dapatkan servis ehem-ehem ataupun urutan..sebab harganya murah giler dan best. Berbaloi-baloi kata orang. Tapi, rugi pulak tak snap sekeping dua gambar kat rumah urut tu. 

Okay, setakat ni dulu entry part 1. Insyaallah part 2 akan menyusul soon. Tapi kena cepat la. Takut nanti habis lupa semua mende. =P Untuk hari pertama, alhamdulillah semuanya best! Thumbs up! =D =D


Nota kaki :

"Katakanlah, berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan (makhluk), kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah Al-Ankabut : 20)




3 comments:

missina said...

Tak penah smpi lg hatyai..tgk member gi pasar terapung mcm best je...

Sunah Sakura said...

eh, dia duk kat kedah ka?

Anonymous said...

hope cik wife xmarah la kalu i p ngurut..sape suruh cik wife xpndai urutkn..hehe