Tuesday, January 22, 2013

♥ Hatyai - Songkla Trip ~ Part 2 ♥


- Assalamualaikum -

Orite. Mari kita sambung cerita~ =)

Permulaan hari kedua dengan tak berapa bagus. Sebabnya? Aku terlepas solat subuh. Huwaaaa~ ='( Gara-gara adik aku pegi set jam time Thailand. Grrrr~ Aku ingatkan baru pukul 6, rupanya dah pukul 7, matahari dah tegak oiii~ (-.-')

Bazaar borong Hatyai & tuk-tuk

Okay, selepas tu kami satu family naik tuk-tuk ke bazaar borong kat tengah-tengah bandar Hatyai. Tuk-tuk tu sejenis kenderaan macam van terbuka, tapi berkhidmat macam teksi. Dalamnya boleh muat dalam 6-7 orang. Kat sini, ada jugak teksi motor - untuk sorang penumpang naik. 

Tuk-tuk. Satu aku perasan kat Thailand, wayar elektrik berselirat teruk. 

Dekat bazaar ni, macam-macam ada - macam pasar Siti Khadijah Kelantan tu. Kami breakfast pun kat sini. Makan nasi patayya awal-awal pagi. Rasa macam kembung jer perut tau. Tapi sedap - ada lauk kerabu kaki ayam, kerabu mangga, otak-otak dan lain-lain. 

Otak-otak dan kerabu sangat merbeles.

Kedai yang kami makan. Tingkat dua di bazaar. Halal kan? =)

Kat bazaar ni ada jugak jual barang macam kasut, beg, kain baju..macam-macam la. Kalau pandai tawar menawar, lagi dapat murah. Dun worry kat sini sesetengah peniaga pandai cakap Malay, tak pun English, tak pun kalo kena auntie yang veteran sikit, korang deal jer pakai tekan-tekan no kat kalkulator. =P 

Mari shopping habiskan baht. Hehe.

Nora Plaza

Tepat pukul 12 waktu Malaysia, kami check out apartment. Mula-mula singgah di Nora Plaza, tempat menjual barangan kulit & lain-lain. Tapi, aku tak beli apa-apa pun sebab harganya mahal jugak. 

Gambar google - sumbernya di sini.

Gudang Makanan Ringan

Tak jauh dari Nora Plaza, kami singgah di sebuah gudang makanan ringan. Banyak pilihan. Kat sini, kami beli sebungkus seaweed & perencah tomyam Thai. Haha, yang ni wajib beli tau. Sedap. Bila masak kat rumah, sama macam makan tomyam kat Hatyai. =P Tak pandang dah perencah tomyam Knorr tu. Hihi.

 Suasana dalam gudang makanan ringan.
Seaweed 80  baht. Tomyam paste 100 baht. 

Sebenarnya tak tau nama gudang ni apa - sebab tulisan Thai. Tapi, kat plastiknya tulis camni la.

------------------------------------------------

Cukuplah entry Hatyai Part 2 sampai sini dulu. Next week sambung pasal Samila Beach & Klanghoe Floating Market pulak ye.. Sebab gambar-gambar tertinggal kat kampung. Hehe. Macam tak sedap la entry takde gambar. =P

Adios~ 











Monday, January 21, 2013

♥ Carik la kami dalam Utusan Malaysia =P ♥


- Assalamualaikum -

Selingan sebentar sebelum buat entry Hatyai & Songkla Trip ~ Part 2. Hehe.

Guess what? 

Gambar yang pegi Lawatan Mahabbah ke Kediaman Abu Nur dah keluar paper. =P 

Utusan Malaysia ; 21 Jan 2013.


Carik la saya kalo jumpa~ 

Okay, tu jer nak bagitau.

Haha. Annoying kan? Jakun. =P



Sunday, January 20, 2013

♥ Hatyai - Songkla Trip ~ Part 1 ♥


- Assalamualaikum -

Sawadikaa.. Sawadikaap.. 

Haha~ Hatyai mood still activate. =) Okay, last thursday kami (abah, mama, aku, angah, abang & baby in) ikut trip ofis mama ke Hatyai & Songkla, Thailand untuk 2 hari 1 malam. Kami bertolak naik bas pukul 4.30 petang. Kemudian, berhenti di kedai tepi jalan di Changlun untuk tukar duit dan buat insurans. Kami hanya pakai border pass untuk ke sana sebab penduduk Kedah boleh ke Hatyai, Singgora dan kawasan sekitar tanpa pasport. Duit Thailand 100 baht bersamaan RM 10.

Thai baht.

Imigresen

Kami masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam. Alhamdulillah. Kedua-dua imigresen Malaysia & Thailand tak banyak songeh. Lepas cop border pass, terus boleh masuk. Masa nak keluar Thailand (nak balik) pulak, kami cop dulu border pass di imigresen Thailand, lepas tu baru sambung shopping di Dannok. Bila sampai Malaysia ( Bukit Kayu Hitam), bas berhenti dan kami kena keluarkan semua barang yang kami bawa dan beli untuk di scan. Well, prosedur biasa yang tak banyak kerenah.

Masuk Thai, terus nampak menara jam ini dari Imigresen Thailand.

Sami Kitchen

Kami sampai di Hatyai kira-kira pukul 8 lebih waktu kita. Waktu di Thailand lewat sejam daripada waktu Malaysia. Lepas tu, terus makan di Sami Kitchen. Sebenarnya dinner ni yang jadi tujuan utama trip ni diadakan. Untuk meraikan someone. Of cos aku tak tau siapa dan tak kenal sebab dia kawan ofis mama. Food kat Sami Kitchen, sedap! Kalau pegi Hatyai jer, mesti makan kat sini. Original Thai food yang halal. Tempat pun selesa dan bersih. Surau dan free wifi turut disediakan.





Tempat tinggal

Selepas dinner, kami terus check in bilik tido. Kalau dulu di Golden Crown Plaza Hotel, kali ini di VC Apartment pulak. Biliknya biasa-biasa saja. Boleh la untuk rest dan tido. Terletak betul-betul di bandar Hatyai, sebelah jer dengan hotel-hotel besar. Malam-malam ada street bazaar yang kita boleh jalan kaki 5 minit jer daripada apartment ni ataupun hotel-hotel macam Golden Crown Plaza & Hotel Regency (terletak berhadapan hotel Golden Crown).



Rumah urut

Sampai bilik lebih kurang pukul 11 malam. Jadi, aku dan Nadia bercadang nak melepak kat street bazaar tu sambil cuci mata. Tapi, kebanyakan kedai dah tutup. Kedai makan jer banyak lagi yang buka. Paling banyak jual pulut durian, pulut mangga, udang goreng (dari udang sederhana besar sampai lah ke lobster) dan pan cake. Disebabkan kami dah kenyang dinner tempat best sebelum tu, jadi kami tak beli makanan apa-apa pun. 

Jalan-jalan tepi kedai pulak, ada banyak rumah urut. Nadia hasut aku suruh mengurut (haha sebenarnya sebelum sampai lagi kami dah berangan nak pegi mengurut). Masuk satu kedai ni (tak ingat nama apa), minta nak buat Thai Massage..murah giler kot. RM 20 (200 baht) untuk sejam. Memang sejam tu kaw-kaw dia urut. Siap duduk atas badan kita lagi. Tapi, dinasihatkan yang lelaki, kalo rasa iman tak kuat, jangan datang sini tau. Cobaannn~ =P Untuk Thai massage yang kami amek, tak perlu tukar kain batik pun. Dia hanya massage atas baju kita jer..tapi sumpah sedap! =D Untuk Oil Massage 400 baht. Foot massage tak tau berapa harganya. Sesi mengurut kami habis tepat jam 1 pagi (pukul 12 tengah malam Thailand). 

Aku rasa kan, no wonder la ramai lelaki gatal yang datang Hatyai untuk dapatkan servis ehem-ehem ataupun urutan..sebab harganya murah giler dan best. Berbaloi-baloi kata orang. Tapi, rugi pulak tak snap sekeping dua gambar kat rumah urut tu. 

Okay, setakat ni dulu entry part 1. Insyaallah part 2 akan menyusul soon. Tapi kena cepat la. Takut nanti habis lupa semua mende. =P Untuk hari pertama, alhamdulillah semuanya best! Thumbs up! =D =D


Nota kaki :

"Katakanlah, berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan (makhluk), kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah Al-Ankabut : 20)




Thursday, January 17, 2013

♥ passport oh passport ♥


- Assalamualaikum -

Esok pergi holiday! Yehaaa. =')

Okay, sebenarnya nak cerita pasal kisah buat pasport. Setelah 4 kali berulang-alik ke Pejabat Imigresen, alhamdulillah baru dapat settle. Sebenarnya tak susah. Keadaan yang tak sesuai kot masa aku pergi buat pasport tu.

Mula-mula hari Ahad, pergi ke Pejabat Imigresen Sungai Petani - dekat Wisma Keladi, dekat jam besar. Elok jer sampai pejabat itu dekat tingkat 2, sistem offline pulak. So, hanya dapat ambil borang jelah. Alang-alang dah cuti kat Sungai Petani tu, terus pergi ambil gambar sekali. Nak buat pasport, perlukan gambar 2 keping, photostat IC, IC original, dan duit. Untuk 2 tahun, bayar RM 100. Untuk 5 tahun, bayar RM 300. 

Next day, Isnin - pergi Pejabat Imigresen Seberang Jaya pulak. Sebelah highway, dekat hospital. Masyaallah, orang ramai sangat. Memandangkan aku pergi pun dah petang, pukul 2 camtu la. Rasa macam tak sempat nak ambil pasport hari yang sama. Jadi, terus balik tanpa pikir panjang. (-.-')

Lepas tu, hujung minggu balik kampung, memang berhajat nak buat sekali dengan family semua kat Durian Burung. Sebenarnya, ofis mama ada buat trip ke Hatyai. So, family semua buat border pass jer. Aku la malas nak buat border pass - nanti nak pergi jalan-jalan dengan Pipi nak pakai pasport jugak (haha berangan kan? =P insyaallah!). Pejabat Imigresen Durian Burung sangat tak ramai orang. Maybe sebab jauh dari bandar kot. So, senang lah urusan border pass abah, mama, abang, dan adik (angah buat sendiri, achik dan ateh tak ikut..hehe..). Bila sampai turn aku, aku cakap nak buat passport. Tiba-tiba pegawai tu cakap kat sini tak boleh buat passport. Takde mesin. Adoi~ Stress berasap berangin jer rasa.

Dah tu, tunggu apa lagi, terus berkejar ke Pejabat Imigresen Anak Bukit la pulak. Tengok-tengok orang beratur panjang nak ambil no giliran. Time tu pun dah pukul 2 lebih. Dalam hati dah rasa tak best dah. Takut tak sempat nak ambil hari tu jugak. Hatyai trip tu pun dah dekat, takut tak sempat buat lain kali. Last-last redha jela. Try tunggu jugak berjam-jam pun. Sambil tu, ambil no giliran untuk buat border pass jugak. Mana tau, kalo tak sempat passport, ada border pass back up. Buat border pass lagi cepat dari passport. 

Tunggu punya tunggu, last-last dua-dua no dipanggil dekat-dekat serentak. Mula la kelam kabut nak berkejar ke dua-dua kaunter. Nasib baik ada mama tolong teman. Hehe. =P Border pass siap dulu. Tak lama lepas tu, passport pun dapat siap jugak. Tu pun dah sipi-sipi pejabat nak tutup. Haha rugi kan? Padan muka. Tapi, alhamdulillah..Allah mudahkan urusan. =') 


Sedikit info :-

1) Pejabat Imigresen buka pada pukul 7.30 pagi sampai 5.30 petang.

2) Masa untuk passport siap selepas serahkan borang & buat bayaran di kaunter ialah 1 JAM. Yang lama tu sebab nak tunggu no giliran. Orang ramai.

3) Pejabat Imigresen Anak Bukit best sebab ada kemudahan toilet dan surau yang sangat dekat. Dalam surau pun ada speaker boleh dengar no giliran kita.

4) Nak buat passport, perlu isi borang, photostat IC, IC original, gambar 2 keping, duit bayaran - RM 100 untuk 2 tahun, RM 300 untuk 5 tahun.

5) Nak buat border pass, hanya perlukan IC original, gambar 2 keping, bayaran RM 10.

6) Jika nak buat untuk warga emas atau kanak-kanak, pastikan orang yang nak buat tu hadir sama ke pejabat imigresen.

Passport Malaysia.


Nota kaki :

Badan pun dah penat. Mata pun dah mengantok. Beg untuk esok tak packing lagi. Jadi, nak tido la dulu. Gudnite~ =')





Friday, January 11, 2013

♥ Lawatan Mahabbah ke Kediaman Abu Nur ♥


- Assalamualaikum -

Sebenarnya cerita dah basi, tapi lambat update. Bizi kekdahnya? Hehe. Okay, tipu! =D

Last week ADLC buat Lawatan Mahabbah ke Rumah Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin Abu Nur, Pengkalan Hulu. Selama ini, aku ingat Pengkalan Hulu tu dekat Kelantan. Salah rupanya, dekat Perak jer. Hehe tolak satu markah geografi kan?

Alhamdulillah, kitorang ada buat makan-makan sikit kat sana. Bab makan ni serah pada senior-senior la masak. Sebab depa kan lagi terer? Kalo suruh weols yang muda remaja ni, nanti kurang umpphh pulak ye dak? =P Dah la lepas makan, yang muda remaja semua tak mengemas, senior-senior jugak yang buat. Sebelum tu pun, yang muda remaja naik van masuk ke dalam rumah Abu Nur (rumah tu bas tak boleh masuk sampai dalam, kena lalu jalan kecil). Yang makcik-makcik jalan kaki jer. Mintak ampun dan maaf ye puan-puan yang comel jelita semua. Tak sengaja. =D

Subhanallah, anak-anak kediaman Abu Nur sangat comel dan peramah. Tak perlu ambil masa yang lama pun untuk suai kenal. Semua mudah mesra. Kitorang buat jugak sedikit talk tentang kerjaya, segmen Biar Sampai ke Bintang, dan game. Walaupun sebenarnya kitorang agak kelam-kabut time tu, tp alhamdulillah..semua berjalan lancar.

Sumbangan yang dapat dikumpulkan dan diberi pada warga kediaman Abu Nur pun alhamdulillah. Dapat dalam RM 4480 - total, termasuk voucher buku RM 300. Belikan diorang tudung, buku-buku dan sumbangan cikedies. Lepas tu, agak jugak sponsor untuk cabutan bertuah. Suka sangat tengok adik-adik gembira dapat hadiah. Agaknya ni la kot yang Prof Muhaya selalu sebut tu - bahagia membahagiakan. =') Terima kasih buat semua penyumbang. Semoga Allah kira sebagai pahala untuk bekalan di sana kelak. Kawan-kawan ADLC pun semua best. Harap-harap kita dapat buat lagi event macam ni next-next time. ♥

 “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah ayat 261)



“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

(Surah al-Baqarah ayat 262)


Breakfast sebelum gerak.

Adik-adik yang comel.

Yeay! Kami menang!

Hehe sorry ler, kena jalan kaki pulak.

Aja! Aja! Fighting!



 

Thursday, January 3, 2013

♥ penang street art ♥


- Assalamualaikum - 

Sejak sibuk dengan keje hakiki ni, rasa macam dah lama tak pegi jalan- jalan tau. So, sempena cuti tahun baru aritu aku pun cuci la mata area Penang ni. Mula-mula lunch dekat Nasi Kandar Kapitan. Seriusly, roti nan ayam tandoori dia sangat sedap bagi orang-orang yang tak suka mamak macam aku ni. Nan cheese pun sedap. Rasa giler cheese tu.

Lepas tu masuk lorong-lorong kecik area Penang Road. Kat situ ada banyak street art yang cantik-cantik. Aku tak tau art camni dipanggil apa. Tapi aku suka. :) Layan gambar jela ye~♥

The girl and little bro. =')

Take me home! =D

Worried? (T_T)

The culture.


The temple.

Cafe? hehe. 

Souvenirs. =')

Lost? Find me the way.

Love the art. 

Guess who is Ah Quee?

Mini toy museum! =D

Lepas itu, weols ke area Padang Kota Lama pulak. Masuk ke Fort Conwallis iaitu tempat pertama Francis Light mendarat. Di sini juga theyols simpan senjata dan ada gereja kecil untuk tujuan ibadat. Bayar untuk masuk RM 2 dewasa, RM 1 kanak-kanak. Tapi, bagi aku, tak berbaloi bayar (walaupun murah) sebab tempat dia agak tak terjaga. Pokok, rumput semua okay. Tapi, bahan pameran macam dah hilang label, pencahayaan dalam tempat letak pameran pun tak jelas. Macam scary sikit la nak masuk baca info kat dalam tu.

Fort Conwallis - cantik pintu gerbang.

Kat dalam ruang tu, ada information-information yang berkaitan sejarah Fort Conwallis.

Just me. =)

Okay, giler banyak gambar sendiri kan? Gila glamer! =P Tapi, seronok juga jalan-jalan lepak macam ni. Minda tenang, otak rest. Tapi, satu jer..anda memerlukan kekuatan fizikal dan kudrat kaki yang mantap. Hehe.


Adios~