Sunday, November 10, 2013

♥ dating ke hatyai ♥


- Assalamualaikum -

Hihi dah lama ibu mengandung ni teringin nak pergi Hatyai. Alhamdulillah, Allah izinkan sampai lagi sekali pada 3 November lepas. Kali ni pergi sendiri naik kereta. Hehe heaven..tak payah ko usung barang2 banyak. Semua sumbat masuk kereta jer. Lagipun tak jauh border Bukit Kayu Hitam - Hatyai. Lebih kurang 45 minit dah sampai. Jalan pun straight jer. Cumanya Pipi ada download GPS Thailand navigator, memudahkan jugak sebab tak perlu pakai internet pun GPS tu. 

Dokumen yang perlu masa nak bawak masuk kereta ke Thailand ialah :-

1) Geran kereta - salinan yang disahkan pun xpe.
2) Insurans Thailand - boleh buat di kedai-kedai dekat Changlun, Kedah. RM14 untuk 9 hari.
3) Authorized letter yang ori untuk kereta yang pakai nama orang lain. Yang ini kami bermasalah sikit. Kereta nama Dila (adik Pipi), so, surat kebenaran tu Dila yang buat. Mula-mula tak lepas imigresen Thai sebab Pipi just print surat tu daripada emel. So, tandatangan Dila tu yang print punya..pegawai tu taknak lepas. Dia nak surat yang ada tandatangan original. Lagi satu masalah, geran kereta tu tak update nama owner yang latest. Dalam geran tu still nama owner Chinese yang lama. Memang imigresen tak lepas la sebab surat kebenaran nama Dila, geran nama Chinese tu..huhu..last-last buat muka sedih, Allah lembutkan hati pegawai imigresen tu jugak..hihi alhamdulillah. Lepas ni beringat la check betul-betul geran semua..
4) Passport masing-masing. 

Lepas beratur lebih kurang sejam lebih ke dua jam (lama oiii..sebab ramai pulak bikers-bikers yang nak masuk Thai sempena cuti awal muharam ni), kami pun masuk ke negara jiran. Mula-mula bergerak ke hotel dulu. Pipi booked Hi-Season Hotel, jauh sikit daripada Lee Garden tu-dalam 1.6 km jer, tapi still ok..dan puas hati sangat. Bilik selesa, bersih, kemas, dan murah (RM 68). =) Kat depan hotel pun ada tut-tut tunggu jer setiap masa. 








Lepas check in semua, perut pun lapar. Jalan depan hotel sikit, ada kedai makan Abang. Kami lunch kat situ. Tomyamnya masyaallah..sedap giler! Harganya pun boleh tahan mahal walaupun kedai tepi jalan jer. 260 baht untuk semangkuk tomyam, dua nasi goreng, dan dua air limau. Hehe ingatkan kat Krabi jer mahal. =P 



Lepas rehat, mandi, solat semua, kami bertolak ke Samila Beach, Songhkla. Berpandukan navigator, alhamdulillah, senang jer nak cari. Dalam setengah jam jer daripada Hatyai, sampai la Songhkla. Sekali pergi jer, esoknya dah tak payah pakai GPS, dah pandai drive sendiri ke Songhkla..hihi. Layan jela pantai Samila ni okay.. =D Best lepak sini, dating-dating dengan cik somi sambil bayang-bayangkan ada baby..haha..








Lepas tu, ke Floating Market pulak. Tapi, alangkah sedihnya sebab elok kami nak masuk parking jer, hujan rahmat turun mencurah-curah. Dah la floating market tu becak, pastu dia macam nak buat baru jambatan ke seberang jalan tu. So, viewnya tak lawa sangat. Tapi, its okay. Kami enjoy jer..memandangkan Pipi sejak dari aritu lagi teringin benor nak pergi Floating Market. =)







Balik Floating Market, malamnya kami keluar ke Patthai (tak tau spelling camna) Night Market. Naik tut-tut sebab tak pernah pergi sana. Selama ni asyik pergi night market Lee Garden jer. Rupanya kat Patthai night market ni lagi best la. Banyak kedai..baju-bajunya pun update jugak. Murah giler berbanding pasar lain, dan kainnya pun sedap pakai dan tak jarang.. Tapi, kami tak beli apa pun kat sini sebab rambang mata, lagipun mata aku dah sipi-sipi jer terbukanya..hihi sejak nak jadi mak-mak ni, asyik ngantok awal jer.. =P

Esok paginya, awal-awal kami dah keluar pergi Bazaar dekat tengah pekan tu. Breakfast dulu kat atas tu (aku makan roti banana campur telur dua - makcik jual tu siap gelak lagi sebab aku makan banyak..sedih uols, Pipi roti kosong satu jer), lepas tu shopping la sikit-sikit. Tengahari balik hotel, mandi, check out..dan gerak ke Songhkla balik.

Lunch dekat Songkla, sedap dan murah la sikit (160 baht jer untuk nasi lauk-lauk). Pastu gerak ke Songhkla Zoo yang aku rasa macam menyesal jer masuk. Haha. 100 baht per person + 50 baht untuk kereta. Memang wajib bawak masuk kereta pun weh sebab jalan daripada satu binatang ke binatang yang lain tu jauh.. =( Dah la dalam zoo tu, ada beberapa orang jer family daripada Malaysia. Yang lain, kosong, sunyi, sepi. Keadaan zoo pun macam tak terurus, dan binatang-binatang pun macam tua, dan tak terjaga. =( Time kami pergi tu, Isnin, memang waterpark dia tutup. So, takleh la nak mandi-manda kat situ. Frust sangat dengan Songhkla Zoo.









Balik daripada zoo, kami ke Big C hypermarket dekat Hatyai. Jalan-jalan tengok HomePro dia macam best jer. HomePro tu ala-ala Ikea la.. =P Jamu mata best jugak..

Lepas tu, dah lewat petang, kami pun balik ke border..masuk Malaysia dengan selamat. Alhamdulillah.. happy giler dapat dating camni. Jom abang next trip ke mana pulak ye sebelum baby Fateh keluar? Haha.. =P


Saturday, November 9, 2013

♥ trimester kedua & bye-bye tam ♥


- Assalamualaikum -

Trimester kedua yang indah

Hehe alhamdulillah, sekarang dah masuk 26 minggu..badan mencanak-canak naik uols..dah 12 kg dah naik..bahagia katanya.. =P Nak berjalan ala-ala backpakers macam dulu tu dah tersemput-semput, balik jer sakit kaki, sakit betis. Masuk trimester kedua ni rasa happy jer.. =D Walaupun awal-awal 5 bulan dulu, baju semua dah start tak muat, badan naik mendadak, dan macam-macam perubahan dalam diri ni. Bila tengok citer Back Up Plan (JLo berlakon tu), rasa macam sebijik kena macam diri sendiri jer..hihi. 

Cumanya aritu, aku terpitam dua kali masa nak masuk 5 bulan. Ntah la nape..maybe penat kot. Sekali masa hari Isnin, aku puasa, lepas berbuka..aku dengan Pipi pun solat sama-sama. Tiba-tiba tengah solat tu, aku rasa macam melayang jer..pastu terus jatuh. Hehe Pipi pulak cool jer..panggil aku, tinggikan kepala, ambik air, lapkan muka..sapu minyak berangin tu..bagi aku minum..terus sedar dan okay. =P Pastu siap pergi umah Nurul amik kucing Tam.. 

Esoknya, Foo dengan Sob cuti, Kak Yam pulak berkursus, tinggal aku sorang dengan 2 orang budak praktikal dalam lab. Keje pulak agak banyak..nak settlekan routine slide, pastu nak tukar reagent tissue processor, pastu nak mengemas lab sebab esoknya ada audit 5S. Sebenarnya aku dah rasa lemah-lemah badan lepas angkat botol-botol reagent daripada stor masuk lab, tapi ingatkan perasaan aku jer.. Tut-tut sampai lab, camna ntah aku terpengsan pulak. Budak praktikal yang nampak dan panggil kawan-kawan kat lab lain.. Hehe malu uols bila orang tengok kita jatuh. Tapi, bila scan baby, check doktor semua alhamdulillah normal jer. Cuma doktor kat KK suruh jugak refer Pakar FMS dengan buat echo (untuk check jantung)..appoinmentnya next week la.. =) Doakan semuanya okay dan selamat ye..amin..

Saja letak gambar yang nampak kurus sket..haha padahal gemok gedempol..pecayalah! =D


Tam - si meow yang baik hati

Sedih. Tam dah 2 minggu tinggalkan kami. =( Malam tu kami nak balik Kulim, Tam terlepas keluar dari rumah..kejar tak dapat (sebelum ni dia duduk dalam rumah jer), pastu dia lari.. Esoknya kami nak pergi scan 3D baby dekat Sg Petani, tengok-tengok ada jiran mesej cakap Tam dah mati sebab gaduh dengan anjing. =( Ya Allah, time tu Allah jela yang tau perasaan aku..sedih sangat, nagis tak henti-henti sampai takleh masuk rumah. Masuk rumah jer, ada bau Tam, tengok mainan dia, tengok tempat tido dia, tengok rumah dia, sampai tengok lantai, nampak bekas tapak kaki Tam pun aku sedih dan nangis..huhu.. emosi beno sampai Pipi marah - dia suruh pentingkan baby dalam perut ni daripada perasaan aku. 

Last-last cancel scan baby sebab balik ambik Tam dan kebumikan dia. Sedih sangat..walaupun sebulan baru Tam ada dengan kami, tapi rasa macam dah rapat sangat. Yela, tido sekatil, kami solat, dia duduk tepi sejadah, bangun tengah malam pun, dia temankan, kami makan, dia pun makan (kadang2 siap letak pinggan sebiji untuk dia)..macam mana la tak terasa kehilangan dia kan? Tam tak pernah buat masalah - makan tak bersepah, berak kencing semua kat tempat dia la.. =( Tapi redhalah..ada hikmahnya. Semoga Allah kurniakan yang lebih baik..amin..Tam, kita jumpa di syurga ye?



Kenangan terakhir bersama Tam.. ='(

RIP Tam - 27 Oktober 2013 


Nota kaki :-

Okaylah..banyak nak update, tapi ntah bila rajinnya..buat list dulu ye..kang lupa.. =P

1) Hatyai holiday
2) DIY maternity pillow + mum & kids's expo
3) Update rumah baru - cat, langsir, pokok-pokok di taman.. =)


Thursday, October 17, 2013

♥ salam aidiladha & tam meow-meow ♥


- Assalamualaikum -

Hehe banyaknya mende nak citer, tapi asyik takde masa malas jek. Pasal pregnancy kah? Pasal progress rumah baru kah? Pasal holiday Langkawi kah? Pasal kucing barukah? Pasal resepikah? Ataupun pasal raya haji? =D

SELAMAT AIDILADHA uols..
Semoga semuanya beroleh rahmat Allah dunia dan akhirat..
Maaf zahir batin ye..

Kali ni weols beraya kat Kulim dulu. Mak dengan abah mertua tak balik pun. Depa beraya kat Selangor jer..so, aku, Pipi dan Fatihah jelah beraya pagi tu. Hehe first time masak rendang & nasi lauk sendiri time raya. Dah rasa macam mak-mak pulakss.. =P Rendang tu masak rendang kunyit turun temurun (walaupun tak jadi..haha), pastu masak nasi briyani (beli rempah briyani paket..=P), goreng papadom mamak yang besar tu, dengan sambal ayam madu jer. Jadi lah..asal boleh masuk mulut, kenyang sudahhh... =P

Lepas solat raya (solat habih pukul 10 am..lama kan?), duduk lepak-lepak layan tv jap..pastu kami pun berangkat balik Kuala Nerang. Ikutkan hati aku, nak balik tengok atok depa sat, tapi along dengan adik taknak, so, iols balik kampung iols ler..hihi..=D

Okies..layan gambo raya jelah ye~








Lepas raya, pastu p main bowling.. =D

_____________________________________________________________


Alhamdulillah, lebih kurang sebulan dah duduk rumah baru. So, kami dah ada ahli rumah yang baru jugak.. Tadaaaa~ Tam namanya.. =P Kami amek anak daripada kucing Inyau Nurul.

Bagus kucing ni, tak banyak kerenah, senang bela, senanglah segala-galanya. =) First time ajar berak dalam litter box, terus pandai..tak pernah lagi berak kencing merata setakat ni. 

Mula-mula amek, Tam ni macam tak berapa nak kenal kami..sehari kami kurung dalam toilet, biar dia kenal tu tempat berak dia, mana tempat makan dia.. Dua hari tak lepas keluar, dok dalam rumah jer, time ni dah  tak kurung dalam toilet, biar Tam kenal keseluruhan rumah dulu.. Lepas tu, hari keempat, saja jer kami lepas dia keluar..time ni terrible. Haha..aku balik lunch, Tam langsung tak balik rumah..sampai aku balik keje, Pipi balik keje, Tam tak reti nak balik lagi. Last-last puas kami cari keliling rumah, tengok-tengok jiran gtau yang Tam dok melepak kat rumah dia seharian. Grrrrr~ apa punya meowww~ Lepas pada tu, langsung tak bagi Tam keluar dah. Dia keluar jer, Pipi mandikan dia balik..tak bagi dia kotor. Hehe pastu, jadilah Tam sebagai kucing indoor jer.. =P

Baru-baru ni, Pipi gigih buat rumah dia daripada box. Haha, nak beli mahal uols..beratus. Harap-harap dia suka la rumah tu, dan tak lagi melepak dalam almari tudung aku.. 

Best jugak ada Tam ni, manja sangat. Balik keje jer, nak sendel-sendel kat kaki, nak manja leteww~ Hehe macam tak percaya pun ada berjaya jugak bela kucing sendiri. =D Thank you Allah..




Adioss~

(^_^)

Nota kaki :

Hitam itu menawan! =D





Monday, September 2, 2013

♥ mimpi susukan baby masa pregnant ♥



- Assalamualaikum -

Korang pernah mimpi pelik-pelik tak masa mengandung? Hehe aku ni sokmo jah mimpi..tertido dalam kelas masa cikgu mengajar pun boleh termimpi lagi.. =P

Baru-baru ni, lepas balik daripada rumah Bertam, lebih kurang pukul 10 pm, aku dengan Pipi terus balik Kulim. Plan asalnya memang lepas keje nak balik Kulim terus, tapi perabot bilik tidur plak nak sampai..dah takleh delay-delay ke weekend. Terpaksa jugak gigih mengecat bilik tu sampai siap sebelum lori sampai lepas magrib camtu la.. Dah settle pasang-pasang semua, pukul 10 pm, kami bertolak balik Kulim ikut jalan lama yang serammmm tu.. (-.-')

Sampai jer rumah, aku terus tido sebab penat. Malam tu aku termimpi ada orang bagi baby boy kat aku. Aku pun terus menyusukan baby tu yang aku tak tau anak sape ntah..time tu aku still mengandung macam sekarang ni la. Masa nak susukan tu, aku terpikir jugak yang susu pertama banyak kolostrum, nanti kesian Fateh tak dapat kolostrum banyak-banyak. Tapi, aku pikir nanti-nanti budak tu bakal jadi anak angkat aku jugak..so, aku bagi jelah. Dalam mimpi tu, susu aku tu bercampur darah sikit..tapi aku gamak pulak bagi kat baby tu. (-.-')

Susu aku banyak sangat keluar sampai baby tu kenyang. Tiba-tiba baby tu bangun dan sebut 'wahid..isnain, salasa..sampai a'syaro.. (sebutan 1, 2, 3 dalam bahasa arab). Aku mula la bangga sebab susu aku yang menyebabkan budak tu pandai baca. Pastu tiba-tiba budak tu jatuh terlentang daripada katil yang tinggi, tapi langsung dia tak nangis. Terus lagi sekali aku bangga sebab susu aku buatkan budak tu jadi kental. Haha tak senonoh kan? Mimpi aku panjang lagi jalan ceritanya..tapi part tu la paling aku ingat sekali.

Tiba-tiba dalam tengah pagi-pagi buta tu, aku terjaga daripada tido sebab terdengar Pipi azan. Mak aii..dia pun mimpi mengigau tengah azan pulak. Esok pagi, dia cakap dia mimpi dia tengah tunggu solat Jumaat, tiba-tiba ada pakcik tu tunjuk kat dia, dan suruh dia azan dengan kuat dan lantang.. Tu la pasal dia mengigau azan. (-.-')

Masa tido tu, aku rasa sejuk melampau sampai menggigil-gigil gigi. Esok pagi, lepas bangun pun aku gigil sangat..sampai takleh mandi nak pergi keje. Lat-last aku sampai lab pukul 10.30 am. ='( Lepas sampai lab, aku teruja sebab mimpi aku susukan baby tu..aku pikir mesti susu aku nanti jadi banyak untuk Fateh..syukur2.. Tapi, lepas share status tu kat FB, ramai pulak kawan-kawan cakap mimpi aku seram..siap ada akak tu PM sharing pengalaman dia kena sihir..first2 dulu pun dia mimpi susukan baby. Terus aku cuak..search2 kat internet, memang pun jumpa banyak orang cakap mimpi susukan baby tak elok - ada kaitan dengan sihir, saka, gangguan jin..dan lain-lain. Terus aku rasa tak best. =(

Mula-mula aku citer kat mak mertua, dia pun dah risau..siap bagi petua macam-macam kat aku. Letak garam, pakai bawang putih sebelum keluar rumah.. Pastu citer pulak kat mama, mama cakap mimpi camtu memang ada kaitan dengan mende2 tak elok pun.. Hehe terkejut aku bila mama cakap camtu, yelah..mama tu aku rasa dia bukan jenis taksub sangat dengan perkara-perkara mistik ni. 

Pastu, aku pun mula la pikir mende-mende pelik yang jadi kat diri aku akhir-akhir ni..lepas aku kawen terutamanya..(yang aku rasa aku tak boleh ceritakan kat sini). Hehe saje je terpikir bukan-bukan. Terus rasa nak ajak Pipi pergi Darussyifa' kat Bertam Indah tu. Lepas jumpa ustazah semua..ustazah ada baca-baca kat kepala aku, dia cakap badan aku okay..alhamdulillah. Cumanya, dia taktau la maybe kat tempat-tempat tertentu tu ada gangguan jin tu. Dia cakap memang mende tu mengganggu manusia, cumanya kita kena yakin dengan kuasa Allah melebihi segala-galanya. Dia nasihatkan banyakkan baca surah Alamnashroh, dengan bismillahillazi..tu. Lepas tu sebelum tido, tepuk-tepuk bantal dan tempat tido tu. Pasang selalu ayat-ayat Rukyah, Surah Al-Baqarah, dan semua ayat Al-Quran la. Try ubah tempat tido..Insyaallah okay..

Mimpi tu mungkin mainan syaitan..dan mende-mende pelik yang lain tu pun mungkin mainan syaitan jugak..ataupun kerja manusia-manusia terlaknat. So, banyakkan berdoa supaya dijauhi daripada perkara-perkara tak elok. Semoga Allah lindungi baby yang dikandung ni dan jugak kami sekeluarga serta tempat tinggal dan kenderaan kami..aminnn... =)


Nota kaki :

Ada orang cakap bagus betul Pipi ni..kuat instinct dia. Aku yang mimpi tak elok, dia pun mimpi azan. Semuanya ilham daripada Allah jugak.. Hehe well, abang kan always my hero tak kira di alam realiti ataupun alam mimpi.. =P








Tuesday, August 20, 2013

♥ grill rumah baru ♥


- Assalamualaikum -

Alhamdulillah, kami dah dapat kunci rumah 1 Ogos 2013 aritu, seminggu sebelum raya. Seronok sebab Allah permudahkan urusan. Orang lain ada yang kena bayar denda beratus-ratus sampai beribu-beribu, syukur kami juz kena bayar duit cukai tanah jer RM 23 untuk sampai hujung tahun ini. =)

Kami memang berazam nak duduk rumah ni cepat sebab sepanjang mengandung ni, aku tak larat sangat nak drive jauh-jauh Kulim-Bertam hari-hari pagi-petang. Nasib baik Pipi yang selalu hantar dan ambik masa pergi keje. =P Manja giler iolssss...kehkeh..

Grill rumah pun dah siap dipasang. Hehe kami orang first pasang..pastu dapat murah je pulak tu..alhamdulillah. Dalam 2 ribu jer..aritu survey-survey, rata-rata ambik 2 ribu setengah ke tiga ribu..lambat plak tu.. (-.-') Kami terkejut jugak sebab masa pergi tengok rumah lepas raya tu, dah siap ada orang duduk..tapi takde grill la. Giler cepat..agaknya bila la diorang nak mencuci rumah semua ye..tak raya kot. =P

Aritu survey, kalo grill jenis metal biasa bentuk S tu mahal sikit..dekat nak sama harga dengan wrought iron. Kami bukannya takmau grill jenis wrought iron tu, tapi dia buruk..hehe..tak sesuai dengan jiwa. Masa deal dengan Cina tu, dia nasihatkan jangan ambik kaler putih, memang la smart, tapi nak mencucinya susah..cepat kotor. Kami kami pun decide nak ambik kaler sama dengan pintu..grey slow camtu la. Alik-alik bila nak pasang, dia cakap staf dia tersalah cat kaler putih, nak tukar ke tak? Kalo tukar kena tunggu esok. Aku pun terus cakap taknak tukar la, hehe sebab dah tak sabar nak pasang.. =P




Sepatutnya tingkap no 2 tu, uncle tu buat la dua 'S' jugak. Tak la burukss. T_T 

Yang bestnya Uncle Cina ni buat bentuk S tu kat semua tingkap & pintu..kat dapur dengan bilik pun. Kalo dengan Melayu tu, dia nak ambik RM 2500 paling murah..tu pun bentuk S tu dia nak buat kat tingkap depan jer.. Dapur, bilik semua nak buat yang straight biasa jer..

Oklah, banyak duit sebenarnya nak masuk rumah baru ni. Kami pun takdela banyak mana saving, so buat apa yang perlu la dulu. Cabinet dapur, plaster siling semua tu, slow-slow la hokey..tak buat lagi. =')






Saturday, August 17, 2013

♥ sistem failing bil-bil di rumah ♥


- Assalamualaikum -

Semenjak dah nak masuk rumah baru ni, aku asyik-asyik dok khatam blog-blog tentang home organizing. Hehe seronok tengok rumah orang kemas, susun, dan teratur. Tapi, bila tunjuk kat Pipi masa mula-mula tu, dia siap cakap orang-orang camni perfectionist sangat sebab sampai ke dalam peti ais pun nak di organize nya. Hehe lama-lama baru dia paham & okay bila tau tujuan sebenar kemas-mengemas ni. =)

First step yang aku buat sebelum masuk rumah baru ni adalah dengan menyediakan sistem failing untuk segala surat-menyurat dan bil-bil. Pening jugak nak pikir nak pakai fail jenis macamana untuk senangkan keje nanti. Last-last aku beli fail biru RM2/pcs yang boleh sumbat kertas dan ada button jer untuk tutup. Harap-harap fail ini okay & memudahkan keje. 


Pastu aku labelkan ikut jenis urusan tertentu, macam bil air, elektrik, astro, surat rumah, surat aku, surat Pipi, surat-surat hal nikah, kereta, motor dan lain-lain. Label ni aku ambik daripada Sioca pastu edit ikut kesesuaian hidup kita la. 

Gambar senget - tak boleh rotate pulak. (-.-')

Aku label 2 kali, satu kat tengah-tengah fail (besar) dan satu lagi kat hujung fail (kecil) supaya nanti bila aku susun fail tu menegak, aku boleh pilih fail mana yang aku nak tanpa perlu belek satu persatu fail yang dah disusun tu.




Hehe, okay ni lah entri pertama tentang susun menyusun barang-barang ni. Aku harap dapat terus beristiqomah dalam menjaga harta mende laki aku elok-elok dan dapat menjadi isteri solehah di dunia & akhirat. =)





Friday, August 16, 2013

♥ raya 2013 ♥


- Assalamualaikum -

Hehe cerita raya aku tak banyak. Walaupun pertama kali beraya berdua sebagai suami isteri..tapi kami dua-dua kurang sihat. Hehe demam selsema semua cukup. So, bila sedara-mara datang umah malam raya tu, aku hidang awal-awal jer..pastu terus tertido. Maklum la, sejak mengandung ni, memang asyik lena memanjang..hehe. =P

Tahun ni beraya kat rumah aku kat Kuala Nerang. Raya kedua dah balik rumah mertua kat Kulim. Kebetulan mak dan abah mertua semua beraya kat Sg Buluh dulu raya pertama tu. Pape pun, seronok jugak dapat kenal lebih ramai sedara mara belah Pipi. Dan agak terkilan jugak sebab tak sempat nak tawaf beraya sakan rumah sedara mara belah aku kali ni. Kalo tak, kami sampai raya ke sepuluh pun dok sibuk atur rumah orang nak pergi beraya. =')

Kali ni kurang bergambar..gambar dengan keluarga belah Pipi pun takde. *sobs* Baju raya kami masing-masing mak bapak sendiri yang sponsor lagi. Haha dah kawen pun semua nak harap mak bapak ye. =P Duit raya pun kami masih dapat lagi. Tapi, tahun ni first time dah start bagi duit raya kat sanak saudara. Tu pun duit raya lebih banyak lagi..tak reti nak bagi kekdahnya.. =P

S.E.L.A.M.A.T   H.A.R.I   R.A.Y.A   A.I.D.I.L.F.I.T.R.I 

M.A.A.F   Z.A.H.I.R   B.A.T.I.N






Semoga ramadhan yang lepas memberikan perubahan takwa buat hati-hati kita.  Dan semoga aidilfitri ini dapat merapatkan ukhwah dan memberi kemaafan sesama kita. =)

Marilah berdoa untuk segala konflik yang berlaku terhadap saudara-saudara seislam kita di Mesir, Palestin, Syria, dan seluruh dunia. Semoga Allah memberikan kemenangan buat Islam tak lama lagi.. Al-Fatihah.


Nota kaki :

Alhamdulillah. Aku berjaya puasa penuh..tak banyak alahan pun sepanjang ramadhan. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan puasaku sepanjang trimester pertama ni. =)