Thursday, December 27, 2012

♥ buku dan movie ♥



- Assalamualaikum -

 Tiket Wayang Free

Memandangkan Disember adalah bulan kelahiran aku (hehe - masih bajet muda), so secara automatiknya GSC akan bagi 1 tiket wayang free untuk movie-movie yang bertanda * sahaja. So, mende free sape taknak kan? Aku pun gigih la print kupon wayang tu awal bulan lagi. Mula-mula nak redeem tiket Twilight dengan Ika, tengok-tengok time kami sampai tiket pun dah tinggal depan-depan skrin. So, weols decide amek couple seat - haha romantik tak? =P


Then, aku gigih pujuk Pipi nak tengok wayang sebab nak redeem jugak tiket tu. Yang ada tanda * tu tinggal Lagenda Budak Setan - Katerina jek kat Sunway. Pipi giler-giler takmau tengok citer jiwang. Aku pulak gedik-gedik nak tengok jugak. Last-last bila sampai depan kaunter, budak GSC tu cakap movie Katerina dah di cancelkan. ='( Terpaksa la tengok citer Hobbit. Dah la 3 jam ceritanya, tak sampai klimaks lagi..dah to be continue..sedih! Tiket free tak dapat tukar jugak pun.


Last-last time besday aku aritu (22 Dis), aku ajak angah dengan adik hang out kat Penang. Pegi Pesta Penang, jalan-jalan, lepak-lepak makan-makan, (theyols yang belanja aku pizza.. =P), main bowling, sambil tu aku paksa depa tengok wayang jugak. Haha. Yang super duper bestnya, tiket free aku tu dapat redeem jugak akhirnya dengan cerita yang sangat best - Life Of Pi dekat Queensbay. Yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! =D Sengih sampai pagi besok!



Buku-buku

Gaji pun dah dapat bonus. So, shopping la buku. =') Beli 3 buah - Bukan Sekadar Resepi by Roza Roslan. Sebelum Aku Bernikah by Hilal Asyraf dan satu lagi buku ehem-ehem. =P Haha. 



Hari Warga Staf & Kursus 5S

Saat-saat genting camni la jugak lab aku bizi nak anjurkan macam-macam event. Dengan kerja kawen pun pening-pening lalat. Dengan routine labworks pun banyak. Sangat pening kepala. Mungkin aku perlu buat 5S dalam otak aku ni supaya lebih sistematik otak aku bekerja. =P

Hari Warga Staf alhamdulillah dah settle arini. Jangan tanya game yang aku masuk dapat no berapa. =P Yang penting enjoyyyyyyyyyy~

Esok Kursus 5S still berlangsung. Bersambung daripada semalam. Ni pun tak sempat nak set up makan semua. Nasib baik ada kawan-kawan tolong. Thanks uols. =') Ada 3 projek kena present esok. Wish me luck!

Next event nak buat Lawatan Muhibbah ke Rumah Anak-Anak Yatim Pengkalan Hulu. Banyak mende nak dibeli, nak buat bajet, nak di organized. Moga-moga Allah permudahkan.

Hehe sampai satu hari Incik Tunang cakap dia rasa nervous dekat dah nak nikah. Aku pulak ntah-ntah tak sempat nak rasa nervous, tau-tau dah nikah! =P 


Nota kaki :

Saya suka buku, awak suka kopi. Harap-harap kita dapat buka kedai 'Books & Cafe' ala-ala Starbucks & Borders. Nanti dah pencen, bole ngadap buku dan kopi sampai muak! =D








Monday, December 17, 2012

♥ Durian Balik Pulau ♥


- Assalamualaikum -

Sabtu lepas pegi kenduri Ikin & Faiz kat Balik Pulau, Penang. Alang-alang ke sana, weols pun round la keliling Balik Pulau tu. Wheeeee~ sumpah cantik sangat view dari atas bukit tu. Terus nampak Penang sampai ke laut dari pandangan berbeza. Subhanallah~ saya suka! =D

Sebenarnya aku tak ingat nama hentian ni. (-.-')

Dekat hentian rehat ni, ada jugak macam-macam jenis buah yang diorang jual. Kadang-kadang ada buat pesta buah. Well, paling glamer durian Balik Pulau ye dak? =P So, weols pun beli la 2 biji durian, terus makan kat atas tu jugak. Sejuk je.. Fefeling macam dekat Dataran Titiwangsa on the way ke Kelantan tu. Hehe. Korang boleh pilih nak durian brand apa. Ada banyak sangat brand sampai pening nak rasa yang mana. Paling sedap harus la durian Musang King kan? Paling mahal jugak tu.. =P


Durian D II jadi pilihan pertama weols. Alhamdulillah. Sedap, manis giler, tak pahit cuma lembik sikit. Durian ni pelik la. Pulur buah dia macam besar dan nak kupas pun macam liat jer. Korang tau ke tak ni pulur tu yang mana? Hihi yang bahagian tengah buah tu la. 




Durian D II - Tengok isi dia langsung tak mengiurkan langsung kan? Haha, percayalah..sedap! Harga untuk D II ni, RM 12 sekilo. Besar yang kami makan ni 2 kg.

Lepas tu, teringin pulak nak try Musang King. Bajet kaya la konon. Yelah, sebab tak pernah rasa kan. Orang cakap sedap. Elok je Ika dengan aku pegi pilih durian tu. Weols mintak nak yang pahit sikit-sikit. Pastu dia bagi durian Sultan. Weols dah salah faham, ingatkan Sultan tu nama lain bagi King (musang king la konon. =P) Rupanya memang ada brand Sultan pun. =P Yang ni bagi aku tak sedap sangat compared to D II. Harga pun murah sikit. RM 8 sekilo. Weols amek yang kecik jer, tak sampai sekilo sebab dah kenyang makan kenduri khen.. Kempunan jugak musang king~ 

Durian Sultan - bentuk & rasa macam biasa-biasa jer.

Insyaallah, lain kali boleh makan sini lagi. Sambil-sambil tengok view yang cantik, sambil menikmati deriyan. =') Air mineral kecik tu abang kedai durian tu bagi free jer. Tenkiu~

Psttt.. gambar sume sumber ihsan FB Normadehah. Mati la aku tak mintak kebenaran. Tapi aku tau, sheols kompen tak marah kan sayang? =P


Nota kaki :

Ahad tu pegi ziarah bakal MIL & family. Dup dap dup dap. Very awkward moment rasanya. =P Aku dah ler tak pandai nak cakap-cakap sangat. Pape pun, alhamdulillah..everything going fine walaupun elok aku sampai jer, mak dia terus letak nasi makan lunch. Haha rezeki namanya! Love uols. =') 


Sunday, December 9, 2012

♥ YES! Durian Crepe ♥


- Assalamualaikum -

Shopping

Alhamdulillah. Aku baru balik shopping. =') Maklumlah YES (Year End Sale) dah start. Haruslah beli sikit-sikit barang hantaran. Sementara tengah murah. Tapi, penat jugak nak memilih handbag. Aku bukannya jenis suka handbag kecik-kecik yang selalu perempuan pakai tu. Aku prefer handbag yang kadang-kadang boleh bertukar jadi sling bag ataupun jadi backpack. Hehe senang nak bawa masa travel mana-mana. Tapikan, kalo nak cari bag pilihan hati, macam tak sesuai pulak nak letak atas dulang hantaran. Huhu ntahlah..next week la pulak pencarian handbang bersambung....

So, hari ini shopping apa yang dapat? Jeng jeng jeng... =P

Beli 2 pasang dapat 30% off. Insyaallah untuk hantaran jugak.. =)

Semalam abah dan mama mai Penang nak pegi kenduri kezen mama. So, alang-alang kat sini, kitorang survey-survey la barang-barang kawen kat A Tu Z Seberang Jaya. Dapat jugak rembat bunga telur 5 kotak + plastik gula-gula sikit. Okaylah, kalo jadi ahli (buat kad RM 10) dapat 10% less.

Durian Crepe

Akhir-akhir ini penuh kat timeline FB, twitter, instagram dengan gambar-gambar durian crepe. Aku pun order jugak. 1 pack ada 5 biji = RM 10. Mahal la jugak kan? Kalo buat sendiri lagi murah dan boleh makan banyak-banyak. Filling dalam crepe ni ada letak durian dan whipping cream. Sedap la jugak. Tapi lepas aku makan je, mesti badan aku jadi panas dan tak best la. Ntah nape. Maybe sebab penangan kepanasan durian kot? (-.-') Wallahualam..



Free Palestin, Save Gaza

Ramai orang yang pergi Gaza semenjak diserang hebat November lepas. Alhamdulillah. Dapat juga membantu menjana ekonomi rakyat Palestin kat sana bila ramai pelancong. Ramai juga rakyat Malaysia yang berhati mulia dan prihatin memberi sumbangan kepada saudara-saudara kita di sana. Moga Allah temukan kita di syurga kelak. Amin~

Tabung Palestin dah sampai lab kami. =') Semoga Allah kira sebagai amal kebajikan.


Nota kaki :

1) Cinta itu memang tak pernah disedari, sehingga tiba saat perpisahan. *sobs*

2) Semalam tido lewat, pukul 4.30 pagi sebab maraton 3 movie - Cinta Dari Syurga, Untuk 3 Hari, Istanbul Aku Datang.

3) Malam semalam pegi tengok Twilight dengan Ika. Rasa romantik sangat bila makan KFC pun sharing-sharing, kat wayang pun amek couple seat. Wekkk...muntah hijau! =P






Friday, December 7, 2012

♥ Surah Ar-Rad ♥


- Assalamualaikum -

Aku sebagai pencinta alam, rasa tersentuh bila baca kalam Allah dalam Surah Ar-Rad ini. Rasa macam Allah perjelaskan satu per satu kekuasaan-Nya yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Allahuakbar! Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan?

Lets check it out~

Ayat 1

Ini ialah ayat-ayat kitab (Al-Quran) dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.

Nauzubillah. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan kebanyakan manusia itu.


Ayat 2

Allah jualah yang menjadikan langit yang terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy,


dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya), tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan.


Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan, Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

Ayat 3

Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung ganang (terdiri kukuh)


serta sungai-sungai (yang mengalir),



dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan ; dua-dua.



Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti.


Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu berfikir.

Ayat 12

Dialah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (panahan petir) dan memberi harapan (turunnya hujan) dan Dia yang menjadikan awan tebal yang berat dengan air.


Ayat 13

Dan Dia jugalah yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepada-Nya.

Dan Dialah yang menghantarkan petir, lalu Dia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasa-Nya), padahal Dia amat keras azab seksa-Nya.



Nota kaki :

Semuanya bergantung pada diri kita samada nak melihat ciptaan Allah dengan mata hati ataupun tak. Contohnya : Tiap-tiap hari kita melihat bulan, bintang, langit dan lain-lain. Tapi, adakah kita merasa 'sesuatu' bila tengok penciptaan tu? Untunglah kalo kita dapat merasai nikmat kehadiran semua menda tu. Sesetengah orang (termasuk aku kadang-kadang) lupa bahawa adanya matahari, tanah, bulan, bintang dan lain-lain sebab semuanya Allah bagi free. Well, menda free memang kebanyakan manusia tak appreciate. Tapi, marilah kita jadi luar biasa di sisi Allah. Bersyukur dan menghargai pemberian Pencipta kita. Supaya nanti kita dapat terus merasai nikmat kejadiaan Allah dalam syurga pulak. Insyaallah...