Wednesday, November 14, 2012

♥ what i love to do ♥


- Assalamualaikum -

Taman Negara, Penang.

Alhamdulillah. Finally, dapat jugak masuk hutan lepas dah berbulan-bulan membela lemak. Nasib baik stamina aku masih OK-OK walaupun mental separuh KO. Hehe ni sebab budak tu la punya pasal. Dah sampai Pantai Karachut, tiba-tiba cakap pasal nak balik naik bot. Terus hati meronta-ronta nak naik bot jugak. Takmau trekking dah. Tapi, mental harus kuat. Jangan terpengaruh dengan mana-mana hasutan. =P Alhamdulillah, aku rasa sangat puas dapat sedut udara segar, berada dekat dengan bau-bau daun, dapat jumpa tanah tak rata, melihat binatang-binatang hutan, dan jugak dapat berjalan atas pasir pantai. Tenkiu Allah. =) 

This is really not Karachut, Karachut panas oii.. Ni memori lama kat Gunung Irau. =)

Lepas tu, macam biasa, setiap Ahad - lepas kuar hutan, mandi di Masjid Terapung, masuk kuliah Dr Danial Zainal Abidin di Kompleks Belia Batu Uban. Jemput la join kalo free. =)

Majlis Khatan Perdana.

Memandangkan cuti Deepavali lepas aku tak plan apa-apa aktiviti, aku pun join ler Malaysian Relief Agency (MRA) cawangan Kedah buat Majlis Berkhatan untuk budak-budak. Sebenarnya aku tak kenal sape-sape pun kat situ. Aku join pun sebab nampak Cikgu Lan (sebenarnya Cikgu Lan pun aku tak kenal, sampai la jumpa face to face kat majlis tu) advertise iklan untuk cari volunteer program ni. Mula-mula aku jaga kaunter pendaftaran, tapi a bit kelam kabut sebab aku tak tau apa-apa langsung kan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar jugak. Seronok dapat kenal kawan-kawan baru. Moga-moga dapat berjumpa di syurga. =)

Yang bestnya time majlis khatan ni, tengok kerenah budak-budak. Dengan merajuk, taknak bersunat. Takut tengok doktor, menjerit kuat-kuat, semua ragam ada. =P Ada sorang budak tu, bila doktor cakap bismillah - dia menjerit lagi kuat bismillah. Doktor cakap allahuakbar - dia menjerit lagi kuat allahuakbar! Hehe how sweet kanak-kanak ribena. Yang tak boleh blah tu, ada jugak budak-budak bawah umur yang baru khatan 2-3 tahun nak try mangayat. Mintak no hp la..kacau-kacau la.. hehe sabau jelaa adik-adik oii~

Lepas berkhatan, rest jap. =)

Mandi bomba dulu sebelum jadi lelaki sejati. =P

Happy Deepavali.

Selepas balik majlis khatan, lepak Expo dekat Tasek Gelugor tu, lepas Asar bertolak pegi beraya Deepavali rumah Mohan dekat Kulim. =) Kuih-muih diorang sama macam biskut raya kita jugak. Ada almond london, biskut arab, mazzola dan lain-lain. Maruku dan laddu harus la ada kan? =P Mak mohan sediakan nasi tomato lauk udang untuk kami. Tenkiu auntie. Next year, insyaallah ada rezeki kami datang lagi..

Mohan and little sis, Shamini. =)

Deepavali kolam done by them. =)


Nota kaki :

"Wahai manusia! Seseungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesunnguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalam kamu)."  

                                                                                       { Surah Al-Hujurat : ayat 13 }





No comments: