Thursday, November 15, 2012

♥ tutorial veil DIY ♥


- Assalamualaikum -

Sempena cuti Maal Hijrah 1434 H ni, mood mengupdate blog membuak-buak. *muntah*
Jadi, aku nak share something tentang majlis bertunang aku yang lepas - 27hb Oktober 2012. =) Kisahnya, MUA aku - Diana tak dapat sediakan veil (aksesori lain alhamdulillah semua ada), so aku decide untuk buat sendiri jer. Walaupun aku ni sangat la tak kretif, apatah lagi bab-bab nak pegang jarum, kain semua ni. Tapi, belasah jer...dah settle jugak kan? Tanamkan dalam diri, u can do it! Cantik ke tidak tu, tolak tepi. =P

Okay, sebenarnya tak cantik pun.

Bahan-bahan yang diperlukan :- 

1) Kain chiffon 2 meter (tapi, aku potong sampai tinggal pendek jer). 
Kalau takmau pakai chiffon, beli kain net - yang paling nipis & lembut.

2) Lace & kain lebihan baju tunang.

3) Pearl beads kaler gold & white. 

Cara nak buat :-

1) Mula-mula aku potong kain tu bentuk D. Tapi, terlampau labuh. Sampai la aku aku potong ikut suka hati aku. Try kat kepala, pastu potong. Last-last jadi bentuk 3 segi macam di atas. =P Jangan lupa jahit tepi kain tu. Tapi, aku pakai api je ganti jahit tepi. Hehe sebab malas nak kuar pegi kedai jahit.

2) Lepas tu, aku jahit jelujur lace lebihan baju tunang aku. Memandangkan baju tunang aku ada lace jugak, senang ler kejenya. Kalo takpun, beli je lace kat kedai. Boleh pilih matchkan dengan kaler baju. 

Sebenarnya baju ni aku beli murah giler. Malu nak cakap = RM 30 sahaja. Ekhem. Upah jahit RM 70. Aku memang bakal pengantin bajet. (-.-') Aku beli kat Pasar Serikin, masa pegi holiday dengan family kat Sarawak tahun lepas. Actually, time nak beli tu, takde perancangan langsung nak bertunang ke kawen ke..tapi, belasah je beli. =P

3) Lepas jahit lace, aku buat bunga poddle/fabric flower tu beberapa biji (menggunakan lebihan kain baju tunang), jahitkan atas veil tu seperti gambar di atas. Jahit dulu atas kain lace, baru jahitkan manik-manik pearls atas bunga tu. Kalo tak reti buat bunga poddle tu, nanti aku buat tutorial.


4) Lastly, baru jahit manik keliling lace tu. Aku selang selikan manik gold dengan white.



Hasilnya, biasa-biasa saja. Boleh la pakai daripada takde kan. Lagipun murah jer. Bajet keseluruhan kurang dari RM 10. Hahaha, jimat banyak kan? =P

Gambar e-day aku memakai veil sepuluh hengget. 


Nota kaki :

Ada DIY yang menjimatkan, ada jugak DIY yang sangat membazir. 
Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal. =) Semoga Allah redha.







9 comments:

Anonymous said...

hai dear...syud ni...hehehe
congrats..alhamdulillah da selamat...bercinta biar sampai ke syurga my dear...sayang najwa...rindu kamu ketat2... :)

najwa's said...

ye syud sayang, in sya allah. =) rindu syud jugak.

Anonymous said...

awak nampk sgt sweet,n pretty dear...cantik sgt..
nk tgk gmbar...hehehe

najwa's said...

haha saya pun tak dapat tengok gambar tunang lagi syud. =P kat fesbuk ada sket. mana fb awak? tutup balik ke? jarang bukak blog ni..hihi =D

Anonymous said...

hehehe..over plak sy nk tgk dulu..hikhikhik...
kt usm kn dia block fb..sy pon xdk tenet nk bukak fb...heeeee...

Cik Diana said...

cantik jee. kreatif laa. nk kena blaja jgk nie.

aDisH.sHidA said...

tahniah..pandai nya dia wat veil tu,.

Sunah Sakura said...

najwa...ajar kite cane nak buat..hukhuk...lace tepi tu jahit eh?

najwa's said...

sunah : yep, jahit jelujur jer. saya tak pandai jahit & tak kretip langsung. hihi. aceceh, dah nak berlangsung ke ni?