Saturday, November 24, 2012

♥ layout baru ♥


- Assalamualaikum -

Alhamdulillah. Arini selesai hari pertama kursus pra perkahwinan yang aku amek kat Hasani Sungai Petani. Seronok. Harap-harap ilmu yang dapat kekal di ingatan sampai mati. =)

Tiba-tiba rasa gedik nak tukar layout blog plak. Rasa pening otak tengok kaler hitam saja. Hehe. Rasa nak kaler lembut-lembut, selembut jiwaku yang sedikit kacau bilau lately. *wink* Memang lah layout baru ni tak secantik or secomel blog bloggers lain. Tapi, saya malas nak tokok tambah banyak-banyak. Sometimes, less is more right? =P

babai pinky-black. =)

Ehm, kadang-kadang sedikit homesick. Rasa nak balik kampung, duduk lepak-lepak dengan family. Tambahan pulak, adik-adik masih bercuti semester. Rasa teruja nak 'membengongkan' diri kat rumah. Takpe, next week amek cuti tiga hari, campur weekend, jadi 5 hari. Yahoooo.. =P

Aritu masa balik cuti aidiladha + bertunang, aku tinggalkan Gumiho dengan Humairah (my ikans laga) seminggu tanpa makanan. Last-last dua-dua mati terbongkang. Sedih giler. *sobs* Tapi takpe, sekarang dah dapat pengganti. Kaler biru sekor - namanya Bebbie Blue, satu lagi kaler purple-pink-salmond - still takde nama. Takde idea lah nak letak nama apa. Takkan nak letak nama Evlova macam kucing Nurin pulak. Nak sebut pun susah. (-.-')


Bebbie Blue with who? Suggestion?

Nota kaki :

Untuk mengubah dunia, kita harus mengubah penduduk dunia. Untuk mengubah penduduk dunia, perlu ubah hatinya. Untuk ubah hatinya, peliharalah solat. =')





1 comment:

misz_eyza said...

wah dah gi kursus kawen nie.. hehe