Monday, November 26, 2012

♥ cupcakes bertunang ♥


- Assalamualaikum -

Arini aku nak share cupcakes yang aku tempah sempena majlis bertunang yang lepas - 27 Oktober 2012. Hehe. Mula-mula ingatkan nak order kek besar jer, senang. Pastu Nadia pulak hasut dia cakap cupcakes yang kawan dia order untuk Mother's Day pun cantik. Aku pun mula la pakai khidmat nasihat pakcik google. Dah survey sikit-sikit, jumpa la Nafa Home Bakery dekat belakang Bank Islam Alor Setar. So, aku terus order situ. =) 

Mula-mula nak amek fondant cake. Fondant tu yang pakai gula keras cover kek tu. Cantik terletak la nampak. Pastu macam nak save bajet plak. So, amek la buttercream jer. =P Comel jugak~ 

Fondant cupcakes - gambar dari FB Nafa Home Bakery.

Selalunya cupcakes untuk hantaran bertunang/bernikah orang buat 16 pcs. Harga untuk fondant lebih kurang RM 60. Harga untuk buttercream pulak dalam RM 40 lebih jer. Hehe. So, saya seorang yang berjimat cermat. =P Harga sebenar kena tanya tokey kedai sebab maybe ada perubahan bergantung pada corak, jenis, dan harga barang keperluan semasa.



Kita boleh mintak kotak cupcakes yang ada plastik transparent kat atas. Baru la nampak decoration cupcakes yang cantik tu. Kalo pakai kotak biasa, tak nampak la. Untuk harga kotak, tambah RM 5.

Okey, adios~ 
Selamat menempah dan menikmati cupcakes.

(^_^)



2 comments:

Cik Diana said...

Selamat bertunang. semOga kekal hendaknya. cantik n mesty sedap tuh kan. :)

najwa's said...

Cik Diana : tenkiu. =) sedap ke tak tak tahu lah..sebab bukan saya yang makan.. =P