Friday, November 30, 2012

♥ contact lens ♥


- Assalamualaikum -

Memandangkan aku seorang yang bermata empat, sekali sekala haruslah pakai contact lens kalo ada function apa-apa ye dak? Ada bermacam-macam jenis contact lens yang boleh kita pilih bergantung pada kehendak dan keperluan kita.

Masa bertunang aritu, aku beli contact lens FreshKon Colors Fusion yang pakai untuk sebulan. Aku beli 3 kotak = RM 119 (ada sesetengah kedai RM 100 jer..sila la survey). Yang tu dah promotion. Kalo sekotak jadi mahal balik. Aku beli 3 kotak untuk majlis bertunang, bernikah dan honeymoon. =P Yang ni dah ada power siap-siap. Power untuk contact lens sama untuk kedua-dua belah mata. 

Aku ni sebenarnya tak pernah pakai & tak pernah amek tau langsung pasal contact lens ni. Nak pilih kaler apa pun tak tau. Last-last akak kat kedai tu yang recommend kaler Perky Brown, Brilliant Brown, dan Shimmering Grey. Masa bertunang aritu, aku pakai kaler Brilliant Brown. Brand ni aku rasa bagi mata bertambah besar, besar, dan bolatt besar.

Masa ni make up, muka semua dah macam hazabedah. Sebab dah petang. (-.-')

Okay, sedikit tips daripada MedikTV (twitter) semasa memakai contact lens :-

1) Pakai kanta lekap dulu sebelum bersolek.
Tanggalkan kanta lekap sebelum menanggalkan solekan.
2) Bila menaiki kapal terbang untuk jangkamasa lama tanggalkan kanta lekap
kerana makin tinggi kita dari bumi makin kurang kita mendapat oksigen. 
3) Elakkan dari menggunakan maskara yang dilengkapi gentian untuk melentikkan
bulu mata kerana gentian boleh merosakkan kanta lekap.
4) Jangan sesekali berkongsi kanta lekap.

Nota kaki :

Tahniah Kak Syah sebab dapat baby boy. Iman dah dapat kawan. Alhamdulillah. =')




3 comments:

aDisH.sHidA said...

okey la power sama dua2 belah..mcm kak erm...rabun silau lagi..mahal

umYrah daRWis said...

kyaaa comei ny anda najwa!!! hahahhaha thniah lg skli!!! hehehhe

najwa's said...

gatai la ah. malu aku. jangan la dok baca blog aku. haha.. =P