Thursday, November 8, 2012

♥ ceritera november ♥


- Assalamualaikum -


Histopathology & Cytology Lab

Alhamdulillah. Hari ini selesai audit ISO 15189 di lab. Ringan terasa bahu, beban sudah sedikit berkurang. =) Hanya 3 observation - well done team mates. Tapi, workload masih banyak seperti 3 bulan lepas - bermula September sample meningkat 200%. Hebat kan? Memang tak sempat duduk goyang kaki, apatah lagi nak check emel dan bergosip. Memang sudah menjadi katak - yang tetap di kurungan tempurung. (-.-') Tapi, aku mahu sentiasa postive. Tiap-tiap hari berdoa mahukan rezeki yang halal. Jadi, Allah sudah kurniakan (insyaallah) - maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan? Senyum redha. =) Moga-moga pekerjaan ini menjadi sedekah dan tasbih-tasbih untuk mengadap Yang Maha Adil nanti.


Tepek gambar sendiri can eh? =P 

E-day

Bertunang? Ya, sudah. =) Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Walaupun pelbagai ranjau onak duri terpaksa ditempuh, berdozen-dozen air mata dibazirkan, memendam menjeruk rasa hati dan perasaan, alhamdulillah - kami sudah selamat bertunang. Tapi, kami harus sedar, bertunang tidak menghalalkan segalanya. Perlu lebih menjaga adab sopan, saling memahami, menghormati sesama muslim. Perjalanan kami baru bermula. Harap-harap ianya sampai ke syurga, insyaallah. Mohon doakan ya? =')

Pssttt..nanti-nanti aku update pasal majlis bertunang itu ye? Banyak nak dicerita, tapi belum dapat masa yang sesuai. =P

Moga-moga Allah redha. 

Blog

Seriously, aku sangat rindu untuk berblogging macam dulu-dulu. Blog tak berhabuk. Pastu sikit-sikit tukar layout. =') Tapi, sekarang aku sangat menghargai masa. Terutama masa rehat & masa untuk membaca malam-malam. Balik kerja dah magrib. Mandi, solat - tido. ='( Rindu jugak nak berehat-rehat kat kampung. Dengan abah, mama, dan adik-adik. How i miss them so much. =( Homesick! Little bro - Amirul Asyraf dah start SPM. Goodluck! Moga-moga menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia & akhirat sana.

Aidilfitri 2012. =) 


Nota kaki : 
Sederhana itulah yang menyelamatkan jiwa. Be positive. =)



No comments: