Thursday, November 29, 2012

♥ borang permohonan berkahwin ♥


- Assalamualaikum -

Memandangkan aku bercuti lama di kampung, aku pun decide untuk settlekan apa-apa yang patut. Mula-mula pegi Pejabat Agama untuk amek borang nikah. Aku pegi pakai baju kurung sebab aku rasa siapa yang pakai seluar tak dibenarkan berurusan kat sana. Rasanya lah. Akak kat pejabat agama tu bagi 3 borang untuk diisi :

1) Borang Sistem Maklumat Perkahwinan Islam (SIMPI) - kaler kuning
2) Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah Darul Aman - tulisan jawi, kaler putih
3) Borang 6 - Ikrar - tulisan jawi, kaler putih.

Borang-borang ni maybe berbeza mengikut negeri. Aku tak pasti negeri lain camna. Lepas tu, isilah semua borang-borang ni selengkapnya. Ada borang yang kena cop Imam jugak.

Borang untuk pengantin perempuan kena submit dekat Pejabat Agama sebulan atau kurang sebelum tarikh nikah. Untuk lelaki pulak, valid selama 3 bulan. 

Pihak lelaki kena settlekan borang sebelah dia dulu, sampai Pejabat Agama sebelah lelaki bagi kelulusan, baru lelaki bagi borang dia pada pihak perempuan pulak. Pihak perempuan bawak kedua-dua borang (lelaki dan perempuan) ke Pejabat Agama dan dapat kelulusan serta booking date dengan Tok Kadi.

Perkara-perkara yang perlu disertakan semasa hantar permohonan berkahwin :-

Untuk aku 
1) Salinan Kad Pengenalan
2) Salinan Kad Pengenalan Wali (pemohon perempuan shj)
3) Sijil Kursus Pra Perkahwinan
4) Kebenaran Berkahwin Lelaki (jika lelaki dari luar daerah)
5) Borang-borang permohonan kahwin yang lengkap & tandatangan Imam
6) Borang HIV

Tambahan (untuk sesiapa yang berkenaan)
1) Sijil Cerai Asal - pemohon lelaki & perempuan
2) Surat Mati Bekas Suami/Isteri dan Surat Perakuan Nikah/Cerai/Rujuk - bagi duda/janda
3) Kad Perakuan Memeluk Islam
4) Kebenaran Berpoligami dari Mahkamah
5) Surat kebenaran dari Kedutaan/Pihak Berkuasa lain (bukan warganegara)
6) Kebenaran Berkahwin dari pihak berkuasa (anggota tentera/polis)

Okay, selepas tu, aku gerak ke Klinik Kesihatan untuk buat HIV Test. Sekarang dah boleh pakai screening, tak perlu ELISA method yang amek masa lama tu. Screening test akan dapat pada hari yang sama. Dan alhamdulillah, result aku NEGATIVE. =') Result ni valid 6 bulan sebelum berkahwin.

Lepas buat test kat lab, aku masuk bilik nurse. Dia interview aku sikit-sikit pasal HIV & AIDS, pasal perancangan keluarga, amek details my LMP (last menstrual period). OMG, time ni aku menipu sikit-sikit sebab aku mana ingat. Haha, malu jugak. Aku bukan pernah amek kesah sangat pasal period cycle aku ni. Alik-alik dia tanya details pulak. Kantoi aku menipu. =P

Dipendekkan citer, HIV Test aku settle dalam masa yang kejap je.  Owh, lupa nak cakap. Walaupun aku keje lab, tapi tak boleh buat test kat lab sendiri sebab untuk bernikah, perlukan result dari hospital kerajaan sahaja. USM, cannot! =P

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tapi, satu je yang tak lancar. Haha sian acik. Masa balik, dia yang drive kete. Tetiba ada habang polis pulak. Dia tak lekat sticker P. Lepas tu, apa lagi..dapat surat cinta ler. (-.-')



Nota kaki :

1) Murah rezeki jugak bila mama bagi something yang harganya 4 kali ganda Galaxy Tab yang budak tu dapat free! =P Tenkiu abah & mama sayang.

2) Kadang-kadang malas jugak nak dengar kursus pra perkahwinan free daripada mama. Tapi, untuk kebaikan sendiri jugak kannn.. =P


4 comments:

Nadia Elena said...

wahhh..untunglah dah nak kahwin.. =)

najwa's said...

Nadia Elena : hehe yep, insyaallah. =)

Anonymous said...

pelik betul masa saya pergi kat PAIKP ..dia bagi borang jawi tue jer pastue lain2 borang2 langsung dia x explain ..last2 tak pasal2 kena balik kedah sekali lagi...sbb kena reject pihak sebelah pompuaan....sadis tol.duit pun lebur byk atas jalan jer..dugaan,,

ayumi said...

kesiannyer encik anonymous.. :(