Wednesday, October 10, 2012

♥ veil & tudung tunang ♥


- Assalamualaikum -

Sejak dua menjak ni, blog aku memang takde readers langsung la kecuali aku sorang je. Sebab? Aku dah privatekan. Hehe. Maap, bukan apa..tapi tanak sedara mara, kengkawan yang kenal-kenal baca kisah kawen aku. =) Taknak dikatakan menunjuk-nunjuk pulak gitew. Kalaulah blog ni bole set kan untuk readers yang tak dikenali je, kan best? =)

Sebenarnya dok pening otak pikir pasal tudung & veil yang nak pakai time tunang nanti. Nak beli kat kedai, mahal. =( Pastu pakai sekali je. Nak sewa pun rasa tak berbaloi. Paling murah Acu bagi RM 50 untuk veil + bunga tekap kat kepala tu (atira ke ape ntah?). Tapi, aku taknak sebab MUA aku, Diana dah sediakan crown ataupun atira tu nanti. =( Sobss..sobss...sobss..

Lepas dah buntu, aku pun rasa nak DIY veil sendiri pulak. Ehem-ehem..perkataan DIY tu sensitip. Aku ni berangan je sume nak DIY, last-last tempah jugak! (-.-') Tapi, sumpah aku rasa nak buat veil ni macam senang je. Jeng-jeng-jeng.. Aku nak pakai veil chiffon, nampak menari-menari sikit. Kalo pakai kain net, tak ke keras kejung? Opss, lupa..ada aku baca kalo nak pakai kain net, beli net yang jenis lembut hokey? Balik weekend ni niat di hati nak ajak mama pegi beli kain chiffon & beading semua. Harap-harap menjadi. Amin~

Tudung pulak. Aku konpius la nak pakai tudung camna. Mula-mula ingat nak pakai shawl sakura yang santek giler tu. Tapi, memandangkan muka aku bulat, aku batalkan jela hasrat tu. =( 

Sweet je pakai camni kan? kan? kan? Kalo suka, pegi la shopping kat radiusite nun~ =)

Pastu aku pikir taknak pakai tudung awning. Alasannya tetap sama, muka aku bulat. Aku tak suka kalo awning tu pendek separuh muka je, pipi aku nampak tembam. No! No! No! =( Emmm...kalo nak tempah tudung awning ni sendiri pun boleh, RM 25 upah sahaja, material sendiri. Tengok la pikir nanti.

Last-last kan, aku pikir nak pakai tudung bawal jela. Haha. Aku tengok Aish pakai tudung bawal je, cantek jugak. Sweet je rasa. Kalo tudung awning tu, nampak macam mak-mak orang gitu. #eh, maap! =P


Ataupun, aku nak pakai selendang biasa-biasa tu je. Pastu pakai veil yang simple. Ehem, macam okay jugak sebab baju aku dah banyak lace. 

Sobss..sob..sob.. Help me!

Moga-moga dipermudahkan-Nya. Amin~



1 comment:

nazira said...

tahniah..hehe..

http://ruangannazira.blogspot.com/