Tuesday, October 9, 2012

♥ kawen, TVT, ICS ♥


 - Assalamualaikum -

 { Sabtu }

Mengikut perancangan, Pipi ajak join Toyota Vios Tuners Club (Nothern Crew) pegi santai kat Sungai Sedim, Kulim. Alik-alik tengah malam tu, cancel. Okay, aku dah best dah sebab ingat nak kemas rumah, bilik bersepah. Of cos la disebabkan oleh keje yang sangat banyak kat lab sampai nak duduk pun tak sempat. Lenguh giler kaki berdiri. =( Tengok-tengok pagi-pagi buta cakap jadi pulak join kat Sedim tu. Haish, aku dah mula rasa tak best-tak best dah ni. Tapi, disebabkan dia janji nak belanja contact lens, aku on jela. Haha~ (ikhlas tau aku p, bukan sebab contact lens.. =P) 

Enjoy jugak hang out dengan diorang ni, walaupun sorang pun aku tak kenal langsung. Yang penting dapat mandi sungai. Sedim best, air deras - lagi best tengok theyols buat water rafting! Huwaaaa~ meleleh-leleh air liur teringin nak buat jugak..

Kitorang balik awal sikit sebab nak ke Sungai Petani pulak. Nak booking wedding planner sebelah laki. Sebenarnya, Acu (wedding planner) dah lama suruh cari design untuk baju dan pelamin. Oh well, orang yang pemalas bizi macam aku ni, mana sempat nak buat sume tu kan? =P Last-last Acu tunjuk je baju yang satu tu, dan jugak backdrop meja makan ala pelamin yang satu tu, terus je dia setuju. Aku? Redha jela. (-.-') Tak sempat nak memilih/design baju sendiri ala-ala princess bubble gum. Hehe tapi takpela, aku bukan reti pun nak design-design ni. Aku tengok baju pengantin sume macam sama je?? (motip aku buta fesyen?) Yang penting aku dapat kawen, dah ler. Aku tak cerewat sangat bab-bab ni. =)

Malam, on the way nak balik, singgah Amanjaya Mall sat, baru buka uols. Ingat nak survey contact lens je. Masuk je kedai, jumpa pulak akak Zara yang aku buat spec dulu tu. Tersu dia rekemen contact lens bla-bla-bla. Aku pun, okay jela. Hehe tak sempat survey, terus amek je? Motip sangat.

{ Ahad }

Kemas rumah. Keluar pegi print kad jemputan tunang. Mama dan abah yang suruh buat, so weols buat jela. Hehe. =) Designnya Pipi yang buat. Simple-simple je sebab majlis tunang aku pun simple jugak. 


Lepas tu, aku pulak ajak Pipi join ICS (Islamic Charity Society) pegi edarkan makanan percuma kepada gelandangan area Masjid Kapitan Keling, Penang. Tapi, disebabkan aku tengok takde perempuan yang join pun, aku pun malu-malu kucing la nak turun. So, lepak dalam kete sampai masuk Zohor. Harap-harap kami istiqomah dalam membantu masyarakat. Amin. Sape-sape yang nak join, sangat-sangat dialu-alukan. Pukul 12.30 tengahari setiap ahad. Untuk menderma duit, pakaian pun boleh, kalo tak dapat nak turun la.

Lepas makan Wantan Mee dekat Taman Tun Saadon, kami pun pegi kelas tafsir Dr Danial Zainal Abidin (Minda Super) dekat Kompleks Belia Batu Uban. Again. Sape-sape nak join pun boleh. Free. =) Pukul 3 petang setiap ahad.





No comments: