Tuesday, October 23, 2012

♥ birthday mama & dadih aisy ♥


- Assalamualaikum -

Semalam 22 Oktober, besday mama yang ke 46. Happy birthday mama. May Allah bless dunia akhirat. =) Weols celebrate kat Pizza Hut jer. Tu pun birthday mommy yang belanja diri sendiri. Hehe boleh gitu? 

Mama with Nurin. =)

Sebenarnya weols p Jitra nak amek dadih untuk kenduri bertunang nanti. Sedap dadih ni - Aisy Paya Pahlawan. Try la. Boleh kautim harga lagi dengan owner dia. Beli banyak dapat murah. Weols beli satu kotak. Bajet nak buat untuk 200 orang. Mula-mula mama cakap nak order banyak perisa. Tapi, Kak Ida (owner) nasihat, kalo nak buat kenduri, better beli sejenis perisa jer. Nanti tak la orang nak amek sorang 4 perisa yang berlainan. Kang tak cukup plak untuk semua tetamu. Betul jugak kan? =) So, weols pun amek perisa strawberi & vanilla jer. Tambah sikit-sikit perisa lain untuk makan kat umah.

Sebenarnya tak tau la apa perasaan dekat-dekat dah nak bertunang ni. Heartless? (-.-') Entah. Banyak perkara yang tak dirancang terjadi. Semakin banyak airmata yang dikorbankan. ='( Rindukan seseorang yang jauh teramat sangat pun ye jugak. *sobs*

Ya Allah, berikanlah aku cinta-Mu agar aku tidak mencintai dunia lebih dari cintaku pada-Mu..





No comments: