Tuesday, October 23, 2012

♥ birthday mama & dadih aisy ♥


- Assalamualaikum -

Semalam 22 Oktober, besday mama yang ke 46. Happy birthday mama. May Allah bless dunia akhirat. =) Weols celebrate kat Pizza Hut jer. Tu pun birthday mommy yang belanja diri sendiri. Hehe boleh gitu? 

Mama with Nurin. =)

Sebenarnya weols p Jitra nak amek dadih untuk kenduri bertunang nanti. Sedap dadih ni - Aisy Paya Pahlawan. Try la. Boleh kautim harga lagi dengan owner dia. Beli banyak dapat murah. Weols beli satu kotak. Bajet nak buat untuk 200 orang. Mula-mula mama cakap nak order banyak perisa. Tapi, Kak Ida (owner) nasihat, kalo nak buat kenduri, better beli sejenis perisa jer. Nanti tak la orang nak amek sorang 4 perisa yang berlainan. Kang tak cukup plak untuk semua tetamu. Betul jugak kan? =) So, weols pun amek perisa strawberi & vanilla jer. Tambah sikit-sikit perisa lain untuk makan kat umah.

Sebenarnya tak tau la apa perasaan dekat-dekat dah nak bertunang ni. Heartless? (-.-') Entah. Banyak perkara yang tak dirancang terjadi. Semakin banyak airmata yang dikorbankan. ='( Rindukan seseorang yang jauh teramat sangat pun ye jugak. *sobs*

Ya Allah, berikanlah aku cinta-Mu agar aku tidak mencintai dunia lebih dari cintaku pada-Mu..





Monday, October 15, 2012

♥ seminggu sebelum bertunang ♥


- Assalamualaikum -

Lagi seminggu setengah. Gelisah, resah, pasrah..semua ada. Sekarang ni baru mula nak terkejar-kejar pikir pasal gubahan hantaran. Niat dihati nak buat gubahan bunga tisu je...tapi, macam tak kretip pulak! Tak cantik. =( Dah la beli ribbons & kain satin tak menyerlah. 


Gambar instagram yang sengaja di blur kan. (-.-')

See, really have no idea. Sangat tak terserlah. =( Ika dah janji nak tolong buat esok. Kalo tak jadi jugakkk~ sob..sob..sobss... 

Lagi satu yang tak settle-settle ni nak DIY veil. Cari kain berhari-hari. Dah jumpa kain, blank pulak. Tak tau nak start dari mana. Huwaaa....last-last dok meroyan nanges sorang-sorang dalam bilik. (aku memang kuat nanges pun ye..)

Harap-harap Allah permudahkan segala urusan ini. Dah la mood ke laut akhir-akhir ni. Well, pms lagi. Time ni la jugak jerawat naik mencanak-canak. Aritu pun balik kampung tak bawak facial cleanser. Muka dah serabai giler. Lepas tu, balik Penang pulak tertinggal moisturizer kat kampung pulak! =( =( Yadey, lab tempat saya keje banyak sejuk gigil-gigil tau. Habih muka menggelupas. =(

Engagement day? Redha jela~ 








Wednesday, October 10, 2012

♥ veil & tudung tunang ♥


- Assalamualaikum -

Sejak dua menjak ni, blog aku memang takde readers langsung la kecuali aku sorang je. Sebab? Aku dah privatekan. Hehe. Maap, bukan apa..tapi tanak sedara mara, kengkawan yang kenal-kenal baca kisah kawen aku. =) Taknak dikatakan menunjuk-nunjuk pulak gitew. Kalaulah blog ni bole set kan untuk readers yang tak dikenali je, kan best? =)

Sebenarnya dok pening otak pikir pasal tudung & veil yang nak pakai time tunang nanti. Nak beli kat kedai, mahal. =( Pastu pakai sekali je. Nak sewa pun rasa tak berbaloi. Paling murah Acu bagi RM 50 untuk veil + bunga tekap kat kepala tu (atira ke ape ntah?). Tapi, aku taknak sebab MUA aku, Diana dah sediakan crown ataupun atira tu nanti. =( Sobss..sobss...sobss..

Lepas dah buntu, aku pun rasa nak DIY veil sendiri pulak. Ehem-ehem..perkataan DIY tu sensitip. Aku ni berangan je sume nak DIY, last-last tempah jugak! (-.-') Tapi, sumpah aku rasa nak buat veil ni macam senang je. Jeng-jeng-jeng.. Aku nak pakai veil chiffon, nampak menari-menari sikit. Kalo pakai kain net, tak ke keras kejung? Opss, lupa..ada aku baca kalo nak pakai kain net, beli net yang jenis lembut hokey? Balik weekend ni niat di hati nak ajak mama pegi beli kain chiffon & beading semua. Harap-harap menjadi. Amin~

Tudung pulak. Aku konpius la nak pakai tudung camna. Mula-mula ingat nak pakai shawl sakura yang santek giler tu. Tapi, memandangkan muka aku bulat, aku batalkan jela hasrat tu. =( 

Sweet je pakai camni kan? kan? kan? Kalo suka, pegi la shopping kat radiusite nun~ =)

Pastu aku pikir taknak pakai tudung awning. Alasannya tetap sama, muka aku bulat. Aku tak suka kalo awning tu pendek separuh muka je, pipi aku nampak tembam. No! No! No! =( Emmm...kalo nak tempah tudung awning ni sendiri pun boleh, RM 25 upah sahaja, material sendiri. Tengok la pikir nanti.

Last-last kan, aku pikir nak pakai tudung bawal jela. Haha. Aku tengok Aish pakai tudung bawal je, cantek jugak. Sweet je rasa. Kalo tudung awning tu, nampak macam mak-mak orang gitu. #eh, maap! =P


Ataupun, aku nak pakai selendang biasa-biasa tu je. Pastu pakai veil yang simple. Ehem, macam okay jugak sebab baju aku dah banyak lace. 

Sobss..sob..sob.. Help me!

Moga-moga dipermudahkan-Nya. Amin~



Tuesday, October 9, 2012

♥ kawen, TVT, ICS ♥


 - Assalamualaikum -

 { Sabtu }

Mengikut perancangan, Pipi ajak join Toyota Vios Tuners Club (Nothern Crew) pegi santai kat Sungai Sedim, Kulim. Alik-alik tengah malam tu, cancel. Okay, aku dah best dah sebab ingat nak kemas rumah, bilik bersepah. Of cos la disebabkan oleh keje yang sangat banyak kat lab sampai nak duduk pun tak sempat. Lenguh giler kaki berdiri. =( Tengok-tengok pagi-pagi buta cakap jadi pulak join kat Sedim tu. Haish, aku dah mula rasa tak best-tak best dah ni. Tapi, disebabkan dia janji nak belanja contact lens, aku on jela. Haha~ (ikhlas tau aku p, bukan sebab contact lens.. =P) 

Enjoy jugak hang out dengan diorang ni, walaupun sorang pun aku tak kenal langsung. Yang penting dapat mandi sungai. Sedim best, air deras - lagi best tengok theyols buat water rafting! Huwaaaa~ meleleh-leleh air liur teringin nak buat jugak..

Kitorang balik awal sikit sebab nak ke Sungai Petani pulak. Nak booking wedding planner sebelah laki. Sebenarnya, Acu (wedding planner) dah lama suruh cari design untuk baju dan pelamin. Oh well, orang yang pemalas bizi macam aku ni, mana sempat nak buat sume tu kan? =P Last-last Acu tunjuk je baju yang satu tu, dan jugak backdrop meja makan ala pelamin yang satu tu, terus je dia setuju. Aku? Redha jela. (-.-') Tak sempat nak memilih/design baju sendiri ala-ala princess bubble gum. Hehe tapi takpela, aku bukan reti pun nak design-design ni. Aku tengok baju pengantin sume macam sama je?? (motip aku buta fesyen?) Yang penting aku dapat kawen, dah ler. Aku tak cerewat sangat bab-bab ni. =)

Malam, on the way nak balik, singgah Amanjaya Mall sat, baru buka uols. Ingat nak survey contact lens je. Masuk je kedai, jumpa pulak akak Zara yang aku buat spec dulu tu. Tersu dia rekemen contact lens bla-bla-bla. Aku pun, okay jela. Hehe tak sempat survey, terus amek je? Motip sangat.

{ Ahad }

Kemas rumah. Keluar pegi print kad jemputan tunang. Mama dan abah yang suruh buat, so weols buat jela. Hehe. =) Designnya Pipi yang buat. Simple-simple je sebab majlis tunang aku pun simple jugak. 


Lepas tu, aku pulak ajak Pipi join ICS (Islamic Charity Society) pegi edarkan makanan percuma kepada gelandangan area Masjid Kapitan Keling, Penang. Tapi, disebabkan aku tengok takde perempuan yang join pun, aku pun malu-malu kucing la nak turun. So, lepak dalam kete sampai masuk Zohor. Harap-harap kami istiqomah dalam membantu masyarakat. Amin. Sape-sape yang nak join, sangat-sangat dialu-alukan. Pukul 12.30 tengahari setiap ahad. Untuk menderma duit, pakaian pun boleh, kalo tak dapat nak turun la.

Lepas makan Wantan Mee dekat Taman Tun Saadon, kami pun pegi kelas tafsir Dr Danial Zainal Abidin (Minda Super) dekat Kompleks Belia Batu Uban. Again. Sape-sape nak join pun boleh. Free. =) Pukul 3 petang setiap ahad.





Friday, October 5, 2012

♥ resepi apple oreo milkshake ♥


- Assalamualaikum -

Yeay! Shaker blander dah sampai. =)
Aritu beli via Groupon. Murah.



Kecik & comel je. Mula-mula bland, pastu cabut dan bole minum terus. Bekas blander tu macam tumbler je. Suka..sebab tak payah nak transfer masuk gelas lain. =P (Gile pemalas!)

Sesuai untuk surirumah-surirumah yang sibuk nak ke pejabat awal-awal pagi menyediakan breakfast.

Okay, memandangkan shaker dah sampai, so aku dengan terujanya nak rasmi la shaker baru ni.

Gigih google resepi milkshake..last-last dapat jugak try! 

Lets, checkidout~ =')


Apple Oreo Milkshake

Multipurpose = shaker blander + tumbler 

Ingredients :

1) Biskut Oreo
2) Fresh milk
3) Vanilla ice cream 
4) Epal (sukahati nak masuk ke tak)
5) Ais kiub secukup rasa.

The blue team with cik apple.

Cara-caranya : 

Bland kesemua bahan di atas sesedap rasa. Pastu bole minum sampai kenyang. =)
Kalo nak tukar perisa, silakan.. contoh, perisa strawberi : beli ais krim strawberi, susu strawberi, buah strawberi, pastu blandkan saja. =) Kalo tamo masuk buah pun bole, sedap jugak!

Senangkan? Enjoyyyyy~ 

(^_^)


Nota kaki :

Derr, bila la berat badan ni nak turun? Napsu makan memang membuak-buak. (-.-')


Tuesday, October 2, 2012

♥ snowbell ♥


- Assalamualaikum -

Seminggu setengah kehilangan Snowbell yang dikasihi.
Rasa nak meroyan.
Balik rumah, terbayang-bayang Snowbell depan mata.
Rasa nak bersedap-sedapan peloks Snowbell sambil tengok tibi, tido, makan nasik, sidai baju, basuh pinggan, masak, hatta berjalan saja-saja dalam umah pun, aku memang slalu pegang Snowbell. 

=( =( =(

Aritu angah tanya Baby In, 

" In, In tak rindu Snowbell ka?"
" In mesti la rindu, tapi tak mau tunjuk kesedihan In. 
In takmau Snowbell sedih bila dia tau In sedih.."

(-.-')

Derrr, i'm speechless. In memang suka propa je lebih.
Tapi, memang mama ada pesan masa Snowbell mula-mula hilang tu : jangan cakap-cakap sangat pasal Snowbell depan In. Ada time-time dia jadi rindu..

Ekhem, redha jela. Buat sapa-sapa yang amek Snowbell weols, sila jaga baik-baik.
Weols nak jumpa 'anak yatim piatu' tu di syurga kelak.

***********************************

Sejarah kemunculan Snowbell di rumah weols.

Satu petang, mama & baby In jumpa baby kucing dok meow-meow belakang umah.
Tengok bulu kaler putih, comot ya ampun~ Geli!
Pastu depa amek mandikan, bagi minum susu. Pastu bela.
Nama Snowbell tu, berkat hasutan aku ngan In la - lepas kami tengok citer Stuart Little...kan ke nama kucing putih bulu kembang tu Snowbell? =P
Bila Snowbell dah jadi kanak-kanak, pun aku tetap tak suka + geli sebab tak comey langsung, kurus keding.

(Aku memang suka kucing, tapi susah nak jatuh cinta dengan kucing. Takde sape dapat ganti Meah dalam hati aku ni.)

Lama-lama Snowbell dah besar sikit (kurang setahun la bela), dia jadi makin comey. Bulu gebu-gebu. Kaki pendek, jalan kedek-kedek, angkuh. Bila orang panggil, tak penah menyahut. Kami panggil Snowbell bisu. Tapi, engkau nak buat apa pun kat dia, tak kesah punya - penyek, cium, gomol, peloks kuat-kuat, tarik misai - dia sabarrrr je~

Okay, sekarang saya dah mula rindukan Snowbell. Ni yang malas nak citer panjang-panjang pasal dia ni. Minggu lepas, tiap-tiap malam meroyan menangis rindukan Snowbell. Macam orang putus cinta. Macam tu la gamaknya.

Nampaknya, Allah tak panjangkan jodoh kami. Baru je hati ni terbuka untuk bercinta dengan kucing lain selain Meah, tapi Snowbell hilang pulakks! =( =(

Buat Snowbell, ketiadaanmu dirasa. Tak sangka pulak gambar yang baru amek ni, gambar terakhir kenangan bersama Snowbell... Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!  

Kalo kehilangan Snowbell kekal ke alam satu lagi (bukan orang curi), weols doakan semoga bertemu kita di syurga nanti. Insyaallah. Semoga Allah redha. Rest in peace, Snowbell! 



Nota kaki : 

Seriusly, aku rasa teruk macam putus cinta bila Snowbell hilang!