Friday, September 7, 2012

♥ resepi rendang ayam kunyit cili padi tok ♥


- Assalamualaikum -

Arini genap 5 minggu arwah tok kembali ke rahmatullah. Al-fatihah. Sempena dengan tu, aku postkan resepi rendang  turun temurun keluarga belah mama. Harap-harap nanti anak cucu aku still pandai merencahkan rasa untuk buat rendang ni. =P Aku suka sebab rendang ni tak rasa ke'kari'an sebab aku tak suka kari. Rasa pedas cili padi jer. Sedap meh! =')

Untuk Mama2Q, ni resepinya. =) Sebenarnya mama tak cakap pun banyak mana bahan-bahan tu, cek agak-agak sendiri..hehe try and error jek okay?

Bahan-bahan :-

Seekor ayam - dibersihkan dan dipotong  kecik2 macam buat rendang tu..
2 biji kelapa (perah amik santan sederhana pekat)
Daun kunyit dipotong nipis-nipis.
3 batang serai diketuk.

Bahan-bahan untuk dikisar :-

Cili padi ikut kepedasan (30 biji)
Bawang besar 1 labu
Bawang merah 10 biji
Bawang putih 5 ulas
Serai 3 batang dihiris halus
Lengkuas 2 inci
Halia 2 inci
Kunyit hidup 5 inci
Rempah biji secukup rasa
Jintan manis secukup rasa
Jintan putih secukup rasa
Belacan secukup rasa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Perasa tambahan secukup rasa (Hilal, Cukup Rasa, Sedap Rasa, Ajinomoto - suka hati la)

Cara membuatnya :

1) Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dalam kuali.
2) Masukkan santan bersama serai ketuk.
3) Masukkan ayam. Tunggu sampai ayam masak dengan api sederhana.
4) Masukkan gula, garam, perasa sampai sedap.
5) Agak dah nak masak, masukkan daut kunyit yang telah dipotong.

Tadaaaaaaaa, dah siap! (^_^)

 Gambar google. 
Ianya bukan sebegini. Ianya kaler kuning hijau tanpa minyak & ayamnya kecik2.


Nota kaki :

1) Boleh juga guna bahan lain untuk ganti ayam. Contoh : daging salai (sedap ni), kerang, sotong, udang (eh, boleh ke?)

2) Resepi ini tidak menggunakan minyak. So, ianya kering dan tak rasa berminyak.

3) Kalau rasa nak tambah bahan lain sebagai penyedap rasa ikut selera masing-masing, suka hati ler. =P Contoh : kerisik - aku tak suka nanti kaler rendang ni jadi kaler ke'kari'an & rasa kerisik. Aku suka kaler dia yang fresh hijau kuning ala-ala negeri kedah darul aman, negeri tercintaku iteww~

4) Gambarnya tadak. Sebab rendangnya dah habis. Tunggu raya haji baru buat pulak.



 





1 comment:

Mama2Q said...

best2...Tq .tq..nanti weekend ni leh try..