Wednesday, September 5, 2012

♥ kejadian semalam ♥


- Assalamualaikum -

Semalam teringin nak berbuka makan nasi kukus di Bertam Putra. Elok masuk simpang, nampak sorang perempuan baju putih, keliling dia ramai lelaki. What happen? Nampak pulak kereta Kak Dayah tersadai tepi jalan dengan kemek-kemek. Owh, dia accident rupanya. Sian Kak Dayah.

Weols pun (Me, Madey & Wawa) tolong settlekan urusan Kak Dayah. Pergi hospital, tengok budak tu teruk la jugak. Scary tengok luka-luka yang meleleh-leleh tu. ='( Lepas tu, follow En Basir dan Kak Maznah hantar ke rumah budak tu. Alhamdulillah, semuanya dapat settle down.

Daripada nak berbuka makan nasi kukus, terus berbuka pukul 9 malam. Haha. Pergi makan dekat kiosk Bertam, lambat giler makanan aku. *nasib baik pose, kalo tak.. panas-panas nasi, panas lagik hati kecilku. =P Sebenarnya kan, time nak kuar dari umah Kak Dayah tu, kereta aku (sebenarnya kereta Pipi, aku pinjam kejap!) tercium slow-slow pulak dengan kereta uncle depan umah tu. Alahai, ni yang rasa dup dap dup dap ni. Aku harap Pipi lebih sayangkan bakal bini dia daripada kereta besar gabak tu. =P 

Sampai rumah lebih kurang pukul 10 malam, mandi, solat sume. Then, baca quran sat. Alik-alik aku tertido pulak sampai pukul 12. Ya Allah, lenguh giler sampai cramp kaki aku bila tertido sambil bersimpuh ni. (-.-') Dengan Quran terbuka, dengan telekung pun kat badan ni, panas la jugak. Aku memang dah terbiasa tertido bila baca Quran..hehe nampak sangat tak berapa nak solehah kan? Ampun ya Allah..betul-betul tak sengaja. Tapi, selalu tertido tak lama pun, dalam 10-15 minit je. Kali ni sampai sejam lebih. =( Nyenyak plak tu. Bangun-bangun je.. lapar, masuk dapur, ambik keropok ikan 2 keping, kueh raya sikit, masuk bilik, tutup lampu, baring sambil mengunyah...lalu tido dengan bahagianya. Haha..tak senonoh!

Berjimba kejap depan hospital. =)

Syifa, tengok sini sayang!

Wawa praktis jadi mama. =P

As-syifa Aqilah meleleh-leleh air liurnya haa.. Syifa baik, tak banyak ragam bila mama ada masalah kan? =)

Al-fatihah untuk Kak Nurhidayah bt Salim.


Nota kaki : 

Tido-tido jugak, dating 2/3 malam jangan ponteng! 

(^_^)





No comments: