Thursday, September 20, 2012

♥ butik pengantin ♥


- Assalamualaikum -

Lama sudah tak update pasal kawen-kawen kan? Hehe ntah le. Pelik betul hati dan perasaan ni. Nak kawen, tapi malas nak buat segala preparation bagai. Orang lain, aku tengok excited je pun. Aku je pong pang pong pang, apa pun tak settle lagi. Moga-moga Allah permudahkan.. Amin.. =')

Aritu dah pegi survey butik pengantin area Jitra dengan mama abah. Satu butik tu tak best. Sebab dia ada pakej-pakej. Bila nak tambah sikit-sikit, dia tanak buat..suruh amek pakej yang lagi mahal. So, aku pun tak jadi la amek. T_T Lepas tu, saja pegi singgah Cinderella Butik, butik yang Zatul amek dulu. Masuk je, jumpa Mala.. auwwww..terkejut makk nampak dia. Mala ni dulu jadi mak andam Zatul, so aku pun mintak la macam-macam murah-murah lagi. Hehe. Cinderella best, sebab kita hanya cakap kita nak apa, dan bajet kita berapa. Dia akan bagi service ikut apa yang kita nak bersesuaian dengan bajet la.

Simple but nice pelamin from Cinderella Wedding Creation.

Bilik Zatul - from Cinderella Wedding Creation

Meja makan pengantin Zatul - hambek kau, fresh apple giteww~

Santek jugak baju biru ni =')

Bincang punya bincang dengan Mala, aku pun tanya la... Ni transport ke Kuala Nerang, amek charge tak? Dia cakap RM 200. Dia tanya umah kat mana? Aku pun explain la kat mana umah aku tu (abah & mama pun sampuk cakap jugak). Pastu Mala senyum-senyum..eh, sekampung la kita ni! Aku pun apa lagi..terus mintak lagi murah! =D Dia burnkan duit transport semua. Pastu abah & mama tanya anak sapa la..bla..bla..bla.. Tut-tut mak bapak aku kenal plak dengan family dia. Satu tempat keja dulu-dulu. Hehe. Best-best. Aku pun kecek lagi banyakkkk..mintak free itu la... free ini la... Yang bestnya dia layan jer.. =D

Untung jugak bawak mak bapak masuk butik sekali ni. Kalo nak harap aku, mana la aku kenal sangat orang kampung. Maklum la..bila aku masuk hostel sekolah menengah, baru weols pindah kampung. Pastu masuk universiti, jauh lagi dari kampung. Pastu tak sempat menganggur, dah masuk keja pulak. Sejak dok Penang ni la, kerap sikit aku balik kampung. Rapat la sikit dengan family-family orang kampung semua (eh, yeke? hehe..sorry uols..) Aku tau mama memang suruh aku rapat-rapat kenal-kenal orang kampung. Senang gitu nanti-nanti nak mintak tolong. =P

Kesimpulannya, mama suruh je aku booking siap-siap. Senang citer. Nanti tak payah nak survey-survey banyak kali dah. Aku pun on jer.. Tapi, mama hulur duit booking dulu la. Haha! Gaji kakak lambat lagi. (bajet gaji mak aku masuk awal je..kehkeh). Sayang mama abah saya! =)

Butik : Cinderella Wedding Creation, Jitra.

Bajet : RM 3000.

Pelamin eksklusif 
(katanya la..aku pun tak tau eksklusif tu camna)
Meja makan with backdrop.
Bilik pengantin with backdrop.
Baju pengantin & aksesori 2 pasang (lelaki + perempuan) 
 (kalo nak buat baju baru, tambah RM 400.)
Make up di kedai 2 kali 
(kalo nak mak andam jaga sepanjang majlis, tambah RM 200.)

Free :

Hantaran 9 dulang.
Kek 3 tingkat - with meja.
Pintu gerbang.
Bantal sila untuk akad nikah.
Inai.
Sepasang baju perempuan sahaja 
(sukahati la nak amek baju untuk outdoor ke, baju salin-salin cam kimono ke, saree ke, apa ke.. tapi, Pipi awal-awal lagi dah gtau aku, dia tanak salin baju banyak-banyak..hehe nasib la labu..terpaksa ku korbankan hasrat hati nak dress up ala-ala rani mukherjee..)

Pastu kan, aku gedik-gedik pegi mintak tambah hiasan meja guest book. Mala pun okay je. Yeay! Tak payah susah-susah nak DIY ke ape ke nanti. Haha, mama plak bila aku request nak camtu..pandang aku pelik dah. Hehe relax la maa..orang melayu sekarang kawen pun nak macam mat saleh pe.. nak buat kenangan katanya. =P

So far, aku puas hati la. Mala pun kata nanti kalo nak tambah apa-apa ataupun nak pelamin besar mana semua, kena mai tengok umah dulu..baru boleh decide. =) =) Ingatkan aku nak kecek dia mintak red carpet jugak! Alamak, sesuai ke umah aku tu nak letak red carpet? (-.-')

Red carpet umah Zatul.

Ok, sekarang aku dok konpius nak pilih tema kaler apa? Design baju camna? Design pelamin camna? (-.-') Sebab sebelah Pipi, dia buat baju baru, design sendiri, pelamin pun design sendiri. Mak aii~ aku bukan kesah sangat. Aku redho je aku pakai baju orang lain design ke, apa ke..yang penting cantek. =') kan? kan? kan? (eleh, cakap jela aku tak kretip langsung nak design-design ni suma..) Sebenarnya, aku malas nak pikir banyak-banyak. =P Kan ke best kalo orang lain yang uruskan semua, aku naik pelamin, kawen je!
 =D =D =D hehe sengih panjang..

Adios~

(^_^)


2 comments:

Rohaizat Hashim said...

perghhhh wedding of da year gitu.. hak hak hak hak

najwa's said...

ijat : merepek! maleh aku. (-.-')