Monday, September 17, 2012

♥ bila kakak jaga adik ♥


- Assalamualaikum -

Dah 2 hari Baby In tido dengan kakak. Dah 2 hari jugak kakak tido tak bape nak nyenyak. Hihi..yadeyy~ Camna mau jaga baby sendiri nanti maaaa? =P

Suatu malam.

Kakak     :   Baby, malam ni sleep dengan kakak eh?

Nurin       :   Alaaa..tapi In nak sleep dengan mama.

Kakak     :   Jom la. Nanti kakak dah nak kawen, dah takleh sleep ngan baby lagi dah. Kena sleep dengan somi kakak. Pastu, kakak ada baby kakak. Mesti la time tu kakak dah layan baby kakak dah. Tak sempat nak tengok In dah. ='(

Nurin       :   Ala..raya ke-dua tu lambat lagi kan kakak? Kakak kawen raya ke dua kan? 

(Kehkeh mana dia dengar ntah raya ke-dua tu..=P)

Kakak     :   Memang la. Raya ke-dua tak lama dah. Lagi sebulan.

Nurin       :   Ok-ok lah. Nanti In cakap kat mama dulu. Kakak sleep tepi kanan, In sleep tepi kiri, Snowbell  sleep tengah-tengah okay?

Kakak     :   Okeyyyyyyyyyyyyy... =D

(Yes! Berjaya taktik kakak nak tido dengan In.)

Tengah malam.

Nurin mengigau. Bangun tengah malam nak susu. Bangun tengah malam nak kencing. Abah & mama sat-sat masuk bilik kakak tengok In. Snowbell pulak asyik nak buassss. Kakak terus jadi burung hantu. Sok, lepas Subuh, kakak langgar pantang-larang tido lepas subuh kakak. Kakak pun ponteng tahajud sebab mengantok (bukan sebab tak terjaga!) LOL. =P 

Besok pagi.

Baby semalam mimpi kakak dengan anak kakak. Kakak tak payah kawen la eh? <-- kata Nurin. =P Lepas pada tu, asyik cakap anak kakak mesti tak comel, tak pandai buat lawak, tak rajin macam In kan? Hahaha.. kakak hanya gelak guling-guling.. =P

Dugaan baru sikit, dah kelam kabut jadinya hidup ni. Tu adik dah besar panjang (5 tahun). Kalo baby lagi, memang tak tido langsung la kakak sepanjang malam. Hihi. (-.-') 

Camna la mak bapak kita besarkan kita adik beradik ye? Weols 6 beradik. Jarak dekat-dekat je - dua tahun sorang kecuali Baby In yang last ni. Kembar sepasang. Time kecik-kecik memang nakal. Tapi, mama abah cool je..siap nak tambah lagi sorang pun bila dah tua-tua ni (40 tahun). Then, dapat la si kecik baby In.. =P Kami pun hidup bahagia sampai ke syurga..insyaallah!

Sekian, terima kasih~ 

(^_^)

Abah & mama. =')

Saya memang suka tutti fruiti pun kan? Pantang jumpa! Mesti nakkkk. =P

Saya memang suka paksa Snowbell sukakan saya pun!

Yes! Akhirnya Snowbell tewas di tangan saya! Hahahaha. <-- muka cute, gelak jahat.

Snowbell, tengok kakak! Senyummm... =)

Hey, geram lah!!! 

Dalam hati Snowbell cakap, mencik aku si Nurin ni. Suka nak paksa-paksa tau~ Kite malu amek gambo.

Snowbell, kalo kau tanak dok atas aku lagi, silakan berambushhhh.... =P


Nota kaki :

Malam ke-dua baby In tido dengan kakak sampai separuh malam je. Pastu nanges sebab sakit telinga. Abah angkat masuk bilik dia. Sampai ke pagi dia nangis. Tapi, kakak dapat tido lena sikit la.. =P Esoknya baby In ponteng skolah.



No comments: