Monday, August 20, 2012

♥ Syawal 1433 H ♥


~ Assalamualaikum ~

Pagi aidilfitri pertama sangat sibuk. Sebabnya aku ditinggalkan kat rumah semasa orang lain pergi solat hari raya dengan Nadia. Dan mem besar bagi mandat untuk buat rendang ayam kunyit (resepi turun temurun) dan kemas rumah. Aku plak bagi arahan kat Nadia (bajet bos) suruh kemas rumah sementara aku siapkan rendang. Hehe sebenarnya aku bukan reti pun nak buat rendang tu. Time tu la tiba-tiba blander rosak pulak. Terpaksa pagi-pagi buta ketuk rumah jiran bukan nak pegi beraya, tapi nak pinjam blander. T_T

Tahun ni, yang ni je sempat kumpul awal pagi raya.  =)

 My family. =')

Mak Ngah's family. =')

Pak Njang's family. =') 

Half of my cousins. =') 

My adik-adik. 

Tengahari sikit, lepas makan-makan dan bergambar dengan family semua, kami balik umah tok Minah. Sebelum tu, singgah rumah Mak Long dan Mak Lang sebelah tok mama. Malam raya, masak bihun tomyam dan lepak-lepak sambil tengok tv. Kesian kezen-kezen ku yang jauh dimata - India, Jepun. Dan yang terpaksa balik ke rumah mak mentua dulu (Epit & Mak Su), tak dapat amek gambar bersama raya tahun ni. 

Raya kedua, macam biasa, rumah aku la pulak yang menyambut tetamu. Tiap-tiap tahun memang camni dah. =') Sangat-sangat sibuk dari pagi sampai ke malam. Tapi, sempat lagi update blog. =P Pagi-pagi mama p kubur, kami sempat lagi ngadap tv. Pas mama balik, terus masak nasi minyak & lauk pauk. Family Mak Long (sebelah tok mama) mai. Tambah dengan family Mak Ngah, Mak Njang dan lain-lain lagi (sebelah tok abah). Petang, Mak Teh pulak bertandang. Nasi minyak dah habih, masak mee dendeng (eh, sebenarnya kuah dendang nasi minyak yang tercair tu dah dimodified jadi mee dendeng) =P Malam, masak nasi briyani gam udang. Yang ni chef Kak Farah pulak ye. Pun lauk tak cukup sebab family besar Mak Long Jah pulak mai. Hehe nampak sangat family weols besar kan? Tapi, takpe..walaupun makanan sokmo tak cukup, tapi kami bahagia gitu kumpul ramai-ramai. Gosip ramai-ramai. #eh, tipu je. =P

For lunch.

Makan petang.

Kuah dendeng yang dimodified bertukar jadi kuah mee bandung. =P


S.E.L.A.M.A.T  H.A.R.I  R.A.Y.A  A.I.D.I.L.F.I.T.R.I
M.A.A.F  Z.A.H.I.R  B.A.T.I.N




4 comments:

CaDLyNN said...

selamat hari raya :)

duniafana said...

tu dia aih...besaqnya fmily kamoo

Mama2Q said...

i sempat makan yang for lunch tu jer yer...lain kali nak tunggu sampai malam lah....baru leh rasa macam2....muahahaha

alia azmi said...

salam aidilfitri ^^