Friday, August 31, 2012

♥ Asiatica Bertam - Makanan Arab ♥


- Assalamualaikum -

11 Syawal. Baru 2 hari puasa enam. Hehe sempat ke tak habihkan, wallahualam.
Memandangkan Nadia gedik ajak aku balik kampung sempena merdeka ni (cuti 3 hari), Pipi pun bermurah hati untuk belanja makan nasi arab. =') Well, dah lama tak jumpa kan since puasa aritu.

Mula-mula nak pegi makan dekat Restoran Qasar Hadramaut, Bandar Perda, tapi macam tak sempat pulak nak berbuka. So, aku ajak pegi Asiatica kat Kiosk @ Bertam tu jela. Dah 3 tahun setengah duduk sini, sekali pun tak pernah jejak sana. T_T

A.S.I.A.T.I.C.A { Palace of Middle East Cuisine }

Aku order Dajaj Khaari, special braised chicken in moroccan curry accomponied with chopped bell pepper serves with rice and salad. Gitulah katanya~

{ Dajaj Khaari }

Nasi morocco ni lembut jer, senang nak telan. Ayam pun lembut, cuma aku agak maybe ayam lama sikit kot sebab tulangnya dah hitam. Sos salad pun sedap. Kalo dipelbagaikan sikit sayur dalam salad tu lagi aku suka. Salad ni ada bawang dan tomato je. Hehe maybe arabians makan salad camtu je kot. Aku lidah melayu, perlukan salad yang banyak sayur. =')

Pipi pulak macam biasa, mesti nak makan lamb. So, dia order Lamb Mandy - roasted marianted lamb serves with mandy rice, roasted chilies, lemon and tomato wedges. Dia cakap sedap, kambing tak bau. So sedap la kot kan? Hehe sebab aku tak makan kambing. So, tak tau rasa camna. =') 

{ Lamb Mandy with Asiatica Spring Season Float }

Aku amek juga rasa secubit kambing itew.. tapi, sorry! My tekak cannot go. T_T Hehe lepas tu terus pening-pening lalat. Terpaksa Pipi bawak masuk Starbuck pulakks untuk menghilangkan bau kambing tersebut. =P Lama dah tak masuk Starbuck since nak boikot Israel. Tapi, semalam yang tu je nampak..tak nampak kedai kopi lain dah.

Servis pun alhamdulillah best! Makanan tunggu tak lama sangat. Ada surau di tingkat dua. So, takde la nak terkejar-kejar pegi solat kat tempat lain pastu. Yang penting, di sini BERSIH. =') Aku ni bab sedap tak sedap tu tak kisah sangat, yang penting bersih je. Kalo makanan tu biasa-biasa je kesedapannya, tapi tempatnya bersih dan sejuk mata memandang, tekak aku terus cakap sedap jer. Hehe. 

{ Interior design }

Orite, uols-uols bole la try makan kat sini kalo nak. Nak tengok menu dulu pun boleh, click sini. Jawatan kosong pun ada lagi ni, waiter & assistant chef. =')

Until then, babai~

S.E.L.A.M.A.T   H.A.R.  M.E.R.D.E.K.A

55 T.A.H.U.  M.A.L.A.Y.S.I.A






2 comments:

Mama2Q said...

cheq, minta postkan resepi rendang arwah tok yang best tu,,miss her badly, and miss the rendang!!

najwa's said...

hehe insyaallah! nanti tanya mama dulu, rempah2 tu ingat2 lupa..