Tuesday, August 14, 2012

♥ allahyarhamah tok ♥


~ Assalamualaikum ~

Jumaat. 14 Ramadhan lepas, tok sebelah mama (Hajah Minah bt Hj Ali) telah kembali menemui Ilahi. Allahuakbar! Bila Kak Amy call cakap tok dah takda, terasa lemah satu badan ni. Tok meninggal pukul 12.30 tengahari Jumaat tu sebelum kami semua balik kampung bercuti Nuzul Quran. Tok memang dah sakit tua dan bed ridden. Dua tiga hari sebelum tok pergi, tok dah tak banyak cakap (sebelum ni tok suka panggil anak2 dia kalo nak apa-apa). Alhamdulillah, jumaat dan ramadhan pilih tok untuk mengadap Allah dengan tenang sekali, tanpa tersekat-sekat nafas nazak. Moga-moga tok menjadi tetamu Allah yang sangat-sangat istimewa dan kami ditemukan kembali di syurga-Nya kelak. Amin~

Cerita di sebalik tabirnya, Pak Su cakap, masa tok nak meninggal, hujan gerimis turun atas bumbung bilik tok. Hanya di bilik tok saja, tempat lain takda hujan. Wallahualam. Allah knows best!

 [ Hikmah yang aku dapat semasa kematian tok ]

Satu
Mama cakap tok selalu memuliakan ramadhan. Tok akan jemput ramai orang iftaar sama-sama kat rumah dia. Walaupun takda makanan mewah, dia tetap memberikan yang terbaik. Bila ramadhan tiba, tok selalu bertadarus Al-Quran dengan tokwan (allahyarham). Dia akan khatam Quran 2 kali kalo sempat. Hidupnya selalu berulitkan Quranlah semasa ramadhan. Sebab itulah ramadhan pilih dia.

Dua
Bila cium dahi tok buat kali terakhir, ianya membuatkan aku terpikir berkali-kali bahawa hidup kita semakin singkat. Pandang sekeliling, rumah tok dah beransur usang. Tempat yang jadi permainan kami kecik-kecik dulu dah dipenuhi semak-samun. Pandang muka mama, muka abah, muka mak-mak saudara semakin di mamah usia. Pandang muka sepupu-sepupu, semakin dewasa (semestinya dah beranak-pinak). Pandang muka anak-anak buah, Allahuakbar! Semuanya sudah besar dan semakin ramai budak-budak bertambah (sampai sesetengahnya amek masa yang lama untuk aku ingat namanya). Subhanallah, keluargaku makin besar, yang tua, digantikan dengan generasi baru. Masa kita semakin hampir!

Tiga
Masa pergi kubur untuk kebumikan tok (pukul 11.30 pm - lepas terawih), aku pandang sekeliling. Kubur-kuburnya tak sama panjang. Maknanya, mati tak mengenal usia! Ada kubur sekecil bayi, ada kubur sepanjang dewasa. Saat melepaskan segenggam tanah ke pusara tok, aku merenung diri bahawa aku nanti akan turut ke sana jua. Kehidupan tok baru bermula. Kehidupan baru, kehidupan yang kekal abadi, yang semstinya tidak akan sama dengan kehidupan dunia. Bila talkin dibacakan, aku pejam mata rapat-rapat. Cuba merasai perasaan saat kita ditalkinkan. Tiada apa yang dibawa ke perkampungan sana. Hanya amal yang disemai di dunia ini saja. Allah..Allah..Allah..rahmatilah kami dunia akhirat.


Moga-moga kita dimatikan dalam keadaan husnul khotimah, bukan suul khotimah. Amin ya mujib~










1 comment:

Ikr@m said...

byk2 bersabar keh.Lama x jenguk belog ni.Selamat Hari Raya :-)