Friday, August 31, 2012

♥ Asiatica Bertam - Makanan Arab ♥


- Assalamualaikum -

11 Syawal. Baru 2 hari puasa enam. Hehe sempat ke tak habihkan, wallahualam.
Memandangkan Nadia gedik ajak aku balik kampung sempena merdeka ni (cuti 3 hari), Pipi pun bermurah hati untuk belanja makan nasi arab. =') Well, dah lama tak jumpa kan since puasa aritu.

Mula-mula nak pegi makan dekat Restoran Qasar Hadramaut, Bandar Perda, tapi macam tak sempat pulak nak berbuka. So, aku ajak pegi Asiatica kat Kiosk @ Bertam tu jela. Dah 3 tahun setengah duduk sini, sekali pun tak pernah jejak sana. T_T

A.S.I.A.T.I.C.A { Palace of Middle East Cuisine }

Aku order Dajaj Khaari, special braised chicken in moroccan curry accomponied with chopped bell pepper serves with rice and salad. Gitulah katanya~

{ Dajaj Khaari }

Nasi morocco ni lembut jer, senang nak telan. Ayam pun lembut, cuma aku agak maybe ayam lama sikit kot sebab tulangnya dah hitam. Sos salad pun sedap. Kalo dipelbagaikan sikit sayur dalam salad tu lagi aku suka. Salad ni ada bawang dan tomato je. Hehe maybe arabians makan salad camtu je kot. Aku lidah melayu, perlukan salad yang banyak sayur. =')

Pipi pulak macam biasa, mesti nak makan lamb. So, dia order Lamb Mandy - roasted marianted lamb serves with mandy rice, roasted chilies, lemon and tomato wedges. Dia cakap sedap, kambing tak bau. So sedap la kot kan? Hehe sebab aku tak makan kambing. So, tak tau rasa camna. =') 

{ Lamb Mandy with Asiatica Spring Season Float }

Aku amek juga rasa secubit kambing itew.. tapi, sorry! My tekak cannot go. T_T Hehe lepas tu terus pening-pening lalat. Terpaksa Pipi bawak masuk Starbuck pulakks untuk menghilangkan bau kambing tersebut. =P Lama dah tak masuk Starbuck since nak boikot Israel. Tapi, semalam yang tu je nampak..tak nampak kedai kopi lain dah.

Servis pun alhamdulillah best! Makanan tunggu tak lama sangat. Ada surau di tingkat dua. So, takde la nak terkejar-kejar pegi solat kat tempat lain pastu. Yang penting, di sini BERSIH. =') Aku ni bab sedap tak sedap tu tak kisah sangat, yang penting bersih je. Kalo makanan tu biasa-biasa je kesedapannya, tapi tempatnya bersih dan sejuk mata memandang, tekak aku terus cakap sedap jer. Hehe. 

{ Interior design }

Orite, uols-uols bole la try makan kat sini kalo nak. Nak tengok menu dulu pun boleh, click sini. Jawatan kosong pun ada lagi ni, waiter & assistant chef. =')

Until then, babai~

S.E.L.A.M.A.T   H.A.R.  M.E.R.D.E.K.A

55 T.A.H.U.  M.A.L.A.Y.S.I.A






Monday, August 20, 2012

♥ Syawal 1433 H ♥


~ Assalamualaikum ~

Pagi aidilfitri pertama sangat sibuk. Sebabnya aku ditinggalkan kat rumah semasa orang lain pergi solat hari raya dengan Nadia. Dan mem besar bagi mandat untuk buat rendang ayam kunyit (resepi turun temurun) dan kemas rumah. Aku plak bagi arahan kat Nadia (bajet bos) suruh kemas rumah sementara aku siapkan rendang. Hehe sebenarnya aku bukan reti pun nak buat rendang tu. Time tu la tiba-tiba blander rosak pulak. Terpaksa pagi-pagi buta ketuk rumah jiran bukan nak pegi beraya, tapi nak pinjam blander. T_T

Tahun ni, yang ni je sempat kumpul awal pagi raya.  =)

 My family. =')

Mak Ngah's family. =')

Pak Njang's family. =') 

Half of my cousins. =') 

My adik-adik. 

Tengahari sikit, lepas makan-makan dan bergambar dengan family semua, kami balik umah tok Minah. Sebelum tu, singgah rumah Mak Long dan Mak Lang sebelah tok mama. Malam raya, masak bihun tomyam dan lepak-lepak sambil tengok tv. Kesian kezen-kezen ku yang jauh dimata - India, Jepun. Dan yang terpaksa balik ke rumah mak mentua dulu (Epit & Mak Su), tak dapat amek gambar bersama raya tahun ni. 

Raya kedua, macam biasa, rumah aku la pulak yang menyambut tetamu. Tiap-tiap tahun memang camni dah. =') Sangat-sangat sibuk dari pagi sampai ke malam. Tapi, sempat lagi update blog. =P Pagi-pagi mama p kubur, kami sempat lagi ngadap tv. Pas mama balik, terus masak nasi minyak & lauk pauk. Family Mak Long (sebelah tok mama) mai. Tambah dengan family Mak Ngah, Mak Njang dan lain-lain lagi (sebelah tok abah). Petang, Mak Teh pulak bertandang. Nasi minyak dah habih, masak mee dendeng (eh, sebenarnya kuah dendang nasi minyak yang tercair tu dah dimodified jadi mee dendeng) =P Malam, masak nasi briyani gam udang. Yang ni chef Kak Farah pulak ye. Pun lauk tak cukup sebab family besar Mak Long Jah pulak mai. Hehe nampak sangat family weols besar kan? Tapi, takpe..walaupun makanan sokmo tak cukup, tapi kami bahagia gitu kumpul ramai-ramai. Gosip ramai-ramai. #eh, tipu je. =P

For lunch.

Makan petang.

Kuah dendeng yang dimodified bertukar jadi kuah mee bandung. =P


S.E.L.A.M.A.T  H.A.R.I  R.A.Y.A  A.I.D.I.L.F.I.T.R.I
M.A.A.F  Z.A.H.I.R  B.A.T.I.N




Thursday, August 16, 2012

♥ ramadhan kareem & nadia's besday ♥


- Assalamualaikum -

Ramadhan kareem hampir melabuhkan tirainya. Camna pesta ibadah kita? Puas tak? Harap-harap bertemu lagi ramadhan yang akan datang.

IPPT buat macam-macam aktiviti jugak sepanjang ramadhan ni. Tapi, ku rasakan kurang meriah berbanding tahun lepas. Tahun lepas ada tadarus online bersama-sama geng ESQ. Ada tadarus dengan Kak Siti. Boleh pergi tazkirah tiap Jumaat (sekarang bos suruh ikut rotation). Apa-apa pun syukur sebab Allah bagi kita peluang bertemu ramadhan tahun ni. Moga-moga kita mendapat rahmat dan keampunan dari-Nya.



Iftar Perdana semalam - 15 Ogos 2012 - 26 Ramadhan 1433 H

Sumbangan untuk anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin. Terima kasih pada yang menghulur sumbangan. 
=)

 Gotong royong untuk iftar - turn ADL. So, kena turun padang la. =P

****************************

Seminggu lepas birthday Nadia. 
Kita celebrate kat Asama Restoran, Central Square, Sungai Petani.
Heppy birthday sis. Moga-moga diberkati Allah dunia akhirat. (^_^)



*malas nak rotate - maap!





Seriously sedap. =) Yang bawah tu suma haousemate Nadia.

Okies, aidilfitri bakal menjelma. Selamat hari raya semua. Maaf zahir dan batin.
(^_^)


Nota kaki : 
Aku balik kampung hari Jumaat malam. Sobss..sobss..sobss.. ='(






Tuesday, August 14, 2012

♥ allahyarhamah tok ♥


~ Assalamualaikum ~

Jumaat. 14 Ramadhan lepas, tok sebelah mama (Hajah Minah bt Hj Ali) telah kembali menemui Ilahi. Allahuakbar! Bila Kak Amy call cakap tok dah takda, terasa lemah satu badan ni. Tok meninggal pukul 12.30 tengahari Jumaat tu sebelum kami semua balik kampung bercuti Nuzul Quran. Tok memang dah sakit tua dan bed ridden. Dua tiga hari sebelum tok pergi, tok dah tak banyak cakap (sebelum ni tok suka panggil anak2 dia kalo nak apa-apa). Alhamdulillah, jumaat dan ramadhan pilih tok untuk mengadap Allah dengan tenang sekali, tanpa tersekat-sekat nafas nazak. Moga-moga tok menjadi tetamu Allah yang sangat-sangat istimewa dan kami ditemukan kembali di syurga-Nya kelak. Amin~

Cerita di sebalik tabirnya, Pak Su cakap, masa tok nak meninggal, hujan gerimis turun atas bumbung bilik tok. Hanya di bilik tok saja, tempat lain takda hujan. Wallahualam. Allah knows best!

 [ Hikmah yang aku dapat semasa kematian tok ]

Satu
Mama cakap tok selalu memuliakan ramadhan. Tok akan jemput ramai orang iftaar sama-sama kat rumah dia. Walaupun takda makanan mewah, dia tetap memberikan yang terbaik. Bila ramadhan tiba, tok selalu bertadarus Al-Quran dengan tokwan (allahyarham). Dia akan khatam Quran 2 kali kalo sempat. Hidupnya selalu berulitkan Quranlah semasa ramadhan. Sebab itulah ramadhan pilih dia.

Dua
Bila cium dahi tok buat kali terakhir, ianya membuatkan aku terpikir berkali-kali bahawa hidup kita semakin singkat. Pandang sekeliling, rumah tok dah beransur usang. Tempat yang jadi permainan kami kecik-kecik dulu dah dipenuhi semak-samun. Pandang muka mama, muka abah, muka mak-mak saudara semakin di mamah usia. Pandang muka sepupu-sepupu, semakin dewasa (semestinya dah beranak-pinak). Pandang muka anak-anak buah, Allahuakbar! Semuanya sudah besar dan semakin ramai budak-budak bertambah (sampai sesetengahnya amek masa yang lama untuk aku ingat namanya). Subhanallah, keluargaku makin besar, yang tua, digantikan dengan generasi baru. Masa kita semakin hampir!

Tiga
Masa pergi kubur untuk kebumikan tok (pukul 11.30 pm - lepas terawih), aku pandang sekeliling. Kubur-kuburnya tak sama panjang. Maknanya, mati tak mengenal usia! Ada kubur sekecil bayi, ada kubur sepanjang dewasa. Saat melepaskan segenggam tanah ke pusara tok, aku merenung diri bahawa aku nanti akan turut ke sana jua. Kehidupan tok baru bermula. Kehidupan baru, kehidupan yang kekal abadi, yang semstinya tidak akan sama dengan kehidupan dunia. Bila talkin dibacakan, aku pejam mata rapat-rapat. Cuba merasai perasaan saat kita ditalkinkan. Tiada apa yang dibawa ke perkampungan sana. Hanya amal yang disemai di dunia ini saja. Allah..Allah..Allah..rahmatilah kami dunia akhirat.


Moga-moga kita dimatikan dalam keadaan husnul khotimah, bukan suul khotimah. Amin ya mujib~