Tuesday, July 17, 2012

♥ tutorial DIY bunga tisu ♥


- Assalamualaikum -

Aku dah start buat bunga tisu untuk pelamin tunang nanti. Hajat di hati nak pelamin yang nampak gebu-gebu gitu. Tapi, mau berjimat-cermat. So, pelamin bunga tisu la jawabnya - insyaallah! =')

Ini contoh bunga tisu yang dah dibuat. 
Gebu kan? Dan jugak menjimatkan. Hehe i like~

Masa untuk menyiapkan sekuntum bunga ni - kurang dari 10 minit.
Tisu yang digunakan : aku beli kat IKEA - sebab keras dan besar daripada tisu biasa.
Satu pack tisu ada 50 pcs = RM 11.90, boleh dapat 50 kuntum bunga gebu camni.
Kalau nak pakai kertas crepe pun boleh jugak. Sama je~

Orite~

Jom ikut tutorial bunga tisu ni.
Harap-harap korang faham la ye..sebab mudah aje.

1) Bahan-bahan yang digunakan : Tisu IKEA, dawai bunga telur, gunting.


2) Buka helaian tisu tu, gunting jadi 4 petak.


3) Letakkan keempat-empat petak tisu tersebut secara bertindih, dan lipat membentuk kipas.


4) Lipat di tengah-tengah tisu (yang dah jadi kipas), dan lilit dengan dawai.



5) Gunting kedua-dua bahagian hujung tisu menjadi separuh bulatan.


6) Buka tisu tersebut sehelai-sehelai (tisu IKEA ada 3 helaian nipis), dan tarik membentuk bunga.


7) Perkemaskan kelopak-kelopak bunga tersebut hingga menjadi gebussss! =')


Boleh combine banyak-banyak kaler supaya semuanya nampak ala-ala fairy tales. 
#eh, merepek plak!



Nota kaki : 

Bunga tisu ini juga boleh dibuat bunga telur (kena pakai tisu yang sizenya kecik sikit), bunga pahar, bunga corsage, bunga hiasan atas meja.... dan macam-macam la! Ianya berfungsi macam bunga-bunga yang lain jugak. Nak bagi yang girlfriend pun boleh! =P




9 comments:

Ardini Humaira said...

letak pada gubahan hantaran wat kalerful memang lawa :D

Mr and Ms bOZhiCkA said...

Cantikk and yg plg penting murah kan?rasa cam nak buat jugak, tapi tak tahu untuk apa, kalau untuk bunga telur ok ke?

najwa's said...

bozhicka : hehe santek jugak buat bunga telur pun.. =P

pelangi chenta said...

sy guna kertas crepe.cadang nak letak dalam dulang hantaran nanti sbg hiasan.selamat berDIY =)

wan rahimah said...

sy buat untuk akak sy kahwin... bunga telur... hantaran n pelamin semua puji n jimat kos

Eya Asmyra said...

sy gune crepe paper juga . btw , ape name tisu betul nie ek ?

eya.asmyra@yahoo.com

aleeya azlie said...

Br nk test buat untuk adik ipar.thanks ats pkongsian..tp nk tny la..slain tissue paper..material apa ye yg bleh mgembang n xrosak bla kne air

aleeya azlie said...

Br nk try bt utk s.i.l nnt..btw tq ats pkongsian..cme nk tny material apa slain tissue n crepe paper yg xrosak kalau kna air yek

aleeya azlie said...

Br nk test buat untuk adik ipar.thanks ats pkongsian..tp nk tny la..slain tissue paper..material apa ye yg bleh mgembang n xrosak bla kne air