Friday, July 27, 2012

♥ tazkirah dari palestin ♥


- Assalamualaikum -

Ramadhan hari ke 7. Alhamdulillah. Moga-moga terus dilimpahi rahmat Allah. =')

4 Ramadhan lepas, Imam Masjid Al-Abbas, Gaza, Sheikh Muzaffar Salman Ahmad Al Nawati telah sampaikan tazkirah zohor di IPPT (dengan terjemahan bahasa oleh Imam Masjid Al- Muttaqin, Bandar Putra Bertam; Ustaz Faisal Husen Ismail). Subhanallah! Best sangat. 

Dia cerita tentang kehidupan masyarakat Palestin. Camna diorang berperang dan strategi yang digunakan. Sebenarnya Yahudi laknatullah itu sangat-sangatlah pengecut. Yahudi amat takut jika orang Islam Palestin memegang senjata (pegang pisau tanpa berniat untuk berperang pun Yahudi dah kecut perut). 

Masyaallah, kuasa Allah Maha Besar. Walaupun umat Islam Palestin tak mempunyai senjata yang canggih, bekalan makanan yang tidak cukup, hidup dalam kepadatan penduduk dengan ruang yang sempit, tapi Allah kurniakan mereka akal fikiran yang bijak dan kekuatan keimanan yang sangat kuat untuk menentang Yahudi. Mereka langsung tidak takut mati! Sheikh sendiri pernah menyertai perang 40 hari 40 malam terhadap Yahudi. 

Sekarang, Yahudi telah menahan kira-kira 11 ribu umat Islam Palestin. Untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian, masyarakat Palestin telah membina terowong bawah tanah menuju ke Mesir (Mesir bahan keperluannya lebih murah). Di terowong itulah mereka berjual beli. Moga-moga Allah pelihara saudara-saudara kita di seluruh dunia daripada musuh Islam.




 Sheikh nak bergambar dengan kami untuk ditunjukkan kepada saudara-saudara kat Palestin. =D

Credit gambar to : IPPT

Sebenarnya, bila aku pandang dan renung betul-betul sheikh ni, aku rasa sayu sangat. Masa dia sampaikan tazkirah, dia jarang sangat memandang ke arah hadirin. Asyik pandang bawah je. Ada part-part tertentu, dia sebak - agaknya teringatkan nasib rakyat Palestin kot. Masa aku pandang betul-betul muka dia tu, aku berdoa agar mereka diberikan kekuatan dan berdoa sangat supaya Allah temukan kami kembali di syurga kelak! Amin ya mujib~

Seharusnya kita rakyat Malaysia bersyukur berjuta kali syukur dengan nikmat Allah yang tak terhingga ni. Jangan asyik mengeluh tau! =') Pandanglah orang yang di bawah kita..




No comments: