Friday, July 6, 2012

♥ jus longan campur barli berhalwa kundur ♥

- Assalamualaikum -

Salam pagi jumaat! =')
Sebelum pergi keje, saya mau buat satu entry ringkas..
Maybe boleh buat idea untuk breakfast japgi.

Resepi ini saya dapat dari labmate - Ajak. Sedap.
Dan boleh juga diminum ketika demam, sakit & time tak lalu makan. Hehe.

Resepinya ialah : Jus longan campur barli berhalwa kundur.
Tadaaaaa~ gempak tak namanya?? =P

Cara-caranya senang aje.

1) Rebuslah barli.
2) Campurkan longan kering ke dalam air rebusan barli tu. (Panas-panas ye)
3) Campurkan halwa kundur pulak.
4) Gaulkan sebati & tunggu sehingga rasa buah-buah tadi bercampur.

Dah siap! =')
Boleh letak ais ataupun minum panas-panas.
Saya suka minum panas-panas.

Tak perlu letak gula dah sebab halwa kundur tadi dah manis.
Nanti manisan halwa tu akan meresap dalam air tadi.

Adios~
Selamat mencuba. =)



1 comment:

Ardini Humaira said...

nanti dni nak cuba :D