Monday, July 2, 2012

♥ apam polka dot ♥


- Assalamualaikum -

Hepi Monday peeps. =')
Weekend lepas balik kampung, balik buat Apam Polka Dot.
Wah, siyes jadi!! Sukeee~ Senyum sampai telinga.
Tapi kan, tak la menjadi 100%.
Ekhem, cumanya herot-petot sikit la akibat tak letak paper cup tu dalam bekas lompang.
Main letak dalam loyang je, pastu kukus.
Takpe, first time kan.. Yang penting sedap! =)
Satu lagi, aku memang sangat tak kretip.
Polka dotnya aku tak pandai nak dot kan..
Meleh-leleh.. comot jadinya.
Last-last, mula merepek-repek buat lukisan love la, petak-petak la.
Hehe enjoyyyy jela~

Hajat di hati, nak jadikan camni. Tapi, apakan daya... sob..sob..sob.. (>_<) 
Gambar : Anjung Nory

Resepinya aku dapat di sini : Cik Tom. Mudah, ringkas, dan senang. Boleh try ya! =)

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Pesanan khidmat masyarakat :

1)  Jangan buka api terlalu kuat semasa kukus untuk mengelakkan apam jadi merekah. So, ianya maintain gebu. =)

2) Kalo taknak comot, pakai piping bag semasa letak adunan dalam paper cup. Dot-dot kan pun pakai piping bag jugak. Aku pakai sudu je masukkan dalam paper cup tu, dan pakai lidi untuk buatkan dot-dot.. pun boleh kan? =P Kalo nak dot-dot tu lagi cantik, pakai picagari. =)

3) Jangan lupa letak paper cup berisi adunan tu dalam bekas lompang dulu before kukus. Sebab nanti adunan tu akan kembang semangkuk, dah tak cantik.. Aku ler yang buat kembang dua mangkuk tu. (-.-')

4) Boleh jugak korang taknak buat dot-dot tu. Lukis la ikut kreativiti korang. Buat la bentuk angry bird ke, bee ke, love ke, ladybird ke... Yang penting, rasanya sama je.. =')

5) Pastikan penutup periuk kukus takde wap air semasa mengukus untuk mengelakkan air wap tu menitis atas apam dan membentuk lubang-lubang kecil. Eh, camna nak bagi takde wap kat periuk kukus eh? Nama pun nak mengukus?? (-.-') Korang boleh try balut penutup periuk tu dengan kain bersih. Supaya air wap yeng menitis, dapat diserap oleh kain tersebut.

Okies, adios~
Boleh try ya!


Nota kaki :

Ekhem, aku rasa aku tak boleh buat ni untuk bagi tetamu makan time majlis kawen nanti. Sebabnyaa......... (-.-') (-.-') (-.-') Tak de gambar hasil air sendiri ditepek kat sini. Sebabnyaaaa... (-.-')


4 comments:

Sunah Sakura said...

ish, laju2 scroll ke bawah nak tengok gambar apam dia...takde lak..ggrrrr...hahaha~

Mr and Ms bOZhiCkA said...

Nak cuba lah..hehe

CaDLyNN said...

nak cube tp taktau bile..huhuhuhu

Ardini Humaira said...

ya Allah cantiknye warna apam tu :D